Selasa, 31 Mac 2015

rokok murah

Baru2 ini tempat aku telah digemparkan dengan operasi oleh pihak kastam untuk membeteras penjualan rokok murah,Kebanyakan kedai ditempat aku menjual rokok murah sama ada sedikit atau pun banyak,Ada macam2 ragam pihak pekedai menyelamatkan diri dari terkena dakwaan penjualan rokok ini.Rokok murah yang dimaksudkan ialah rokok berjenama John dan rokok kretek iaitu rokok gudang garam.Biasanya rokok2 jenama ini tak bercukai

(Yang aku paling mushkil mengapa kah pihak berkuasa nampak  bersungguh2 membeteras penjualan rokok murah sedangkan dimasa tertentu pihak berkuasa memuji sikap pembeli yang dapat membeli barang yang berharga murah tetapi bila terjadinya peminat rokok dapat membeli rokok murah,pihak berkuasa seperti hendak berperang dengan orang ramai yang membeli rokok murah.Alasan pihak berkuasa kerana rokok yang berharga murah tidak kena cukai,alasan pembeli ialah kerana rokok yang bercukai terlalu mahal,jadi peminat rokok mencari altenatif lain dengan membeli rokok yang berharga murah yang dikatakan tidak bercukai,Sepatutnya pihak berkuasa memuji setinggi langit pembeli rokok yang dapat membeli rokok murah seperti memuji tindakan PM malaysia yang dapat beli ayam seringgit seekor dan mungkin ayam itu tak bercukai kerana harga nya yang sangat murah,tetapi ini tak terjadi kapada pembeli rokok murah.Dimasa ini PM dan pembeli rokok murah dah setaraf tetapi PM dipuji tapi pembeli rokok murah telah diburu semahunya.

Disini pertembungan terjadi antara pembeli dan sikap pihak berkuasa.Sepatutnya pihak berkuasa tak menaikan harga rokok sampai begitu sekali kerana perkara ini telah menyusahkan kapada kedua belah pihak,Pihak berkuasa akan menghabiskan banyak masa kapada benda2 yang tak berfaedah dengan memburu perokok yang menghisap rokok yang berharga murah,sedangkan pihak berkuasa masih banyak lagi kerja yang berkaitan dengan keselamatan negara yang mesti diselesaikan.Banyak alasan diberikan oleh pihak berkuasa tentang kenaikan harga rokok,salah satu alasan ialah untuk menjaga kesihatan rakyat nya,kata rakyat pula kalau nak jaga kesihatan rakyat kerajaan sepatutnya menutup terus kilang rokok bukan nya dengan menaikan harga rokok sehingga ketahap menyusahkan pihak kerajaan sendiri dan pembeli,Pada hemat sesetengah rakyat pula,kenaikan harga rokok tak kena mengena dengan  kesihatan, kenaikan harga rokok hanya lah peluang individu dalam kerajaan mengumpulkan harta,peluang kerajaan memungut hasil dari rakyat untuk pembangunan dan dan mengumpul harta,Itu sahaja yang sebenarnya,Dipihak rakyat yang membenci kapada perokok pula mesti sedar bahawa perokok lah yang banyak menyumbang kapada pembangunan negara dari hasil pencukaian rokok,Dikatakan cukai yang dikenakan atas setiap kotak rokok yang berharga RM 13.50 sekotak ialah separuh dari harga rokok,bermakna cukai sahaja ialah RM 6.75 sen,jadi tak perlulah ada pihak dari rakyat sendiri yang jengkel kapada perokok.Pihak berkuasa pula tak usah lah sombong sangat dengan mengatakan nak jaga kesihatan rakyat kerana dengan  adanya perokok dapat memberi hasil kapada negara,dapat terus survival kapada sesetengah pemimpin,Pemimpin tak sepatutnya terlalu hipokrit.)

Cerita diatas merupakan keluhan seorang kawan yang sangat kuat merokok dan kawan aku meluahkan perasaan nya dan disuruh panjangkan kedalam blog aku,sekian

Ahad, 29 Mac 2015

kawin



Malas nak kawin:

Bila aku menghadiri tempat2 kenduri kawin aku akan ditanya dengan soalan lazim,
”Bila nak kawin,”???.
Soalan yang aku tak boleh nak jawab,Kadang2 rimas juga bila ke suatu tempat yang ramai orang akan di tanya dengan soalan yang macam itu,Tak terpikirkah orang yang bertanya akan memalukan orang yang ditanya,lebih2 lagi kalau orang yang ditanya itu seorang perempuan tp nasib baik jugak aku yang ditanya itu seorang lelaki.Kalau dipikirkan dan untuk mencari jalan perkelahian kes mcm ni mudah untuk diselesaikan,salah satu caranya ialah dengan menampar orang yang menanya atau maki dia didepan orang yang ramai2 itu tapi mungkin kita dikatakan plk tak sporting dan mungkin juga kita akan dijauhi oleh rakan2..
Gambar hiasan

Sebenarnya banyak benda yang aku pikir tentang kawin,salah satu nya tentang tanggung jawab,tanggung jawab bukan hanya tanggung jawab dunia tapi yang lebih berat lagi ialah tanggung jawab akhirat,Tanggung jawab akhirat ialah tanggung jawab yang berkaitan dengan ibadat  khusus dan ibadat umum,kalau isteri tak solat suami juga yang tanggung akibat,kalau isteri tak tutup aurat suami juga yang kena,begitu juga dengan anak2,kalau anak2 buat salah ayah juga yang tanggung.Itu yang berkaitan dengan tanggung jawab akhirat,tanggung jawab dunia terlalu banyak dari cari makan sehingga kapada yang lebih kecil.Mengingat kan itu aku kensel bab bercinta cintan,Aku langsung tak peduli dengan kawin,Pada pikiran aku perkawinan sangat menyusahkan tetapi ada suatu yang aku tak harus sama sekali mengutuk perkawinan kerana perkawinan adalah suruhan tuhan dan merupakan sunnah rasulallah.
Ini lah mesej dari perempuan tu,mungkin malu seorang lelaki terima mesej mcm ni tanpa buat apa2,samada merogolnya,godam sampai pengsan atau simbah asid tp aku mmg tak berdaya untuk lakukan,jadi lah aku sebagai lelaki cap ayam.Mesej  ni aku simpan dalam talipon sampai sekarang walaupun telah banyak talipon yg bertukar ganti.Dendam aku kat perempuan tu tak habis sampai bila2,Hanya masa yg menentukan nya.Atas sbb2 mcm aku lah,klu ada perempuan yg kena bunuh aku sengeh je.mungkin kes seperti aku.

Bila sendirian aku teringat pengurbanan arwah ayah aku,ayah aku seorang yang miskin,yang tak mampu menyediakan kelengkapan hidup aku adik beradik,Masa kecik aku sering tak cukup makanan,terliur makanan yang dijual dikedai2 sedangkan aku tak mampu untuk membelinya,Dimasa itu lah aku akan teringat jika aku kawin anak2 aku akan merasa hal yang serupa,akan rasa terpinggir dari kawan2 kerana kurang kelengkapan itu.Yang aku paling takut ialah miskin,miskin aku telah rasa pahit nya jadi dengan tidak berkawin peluang untuk anak2 aku rasa miskin langsung tak ada.Orang kata roda selalu berputar tapi roda aku tak banyak yang berputar,berputar dengan cara yang sangat lambat,peluang untuk jadi seorang yang kaya atau sedikit berada langsung tak ada.Jadi keinginan berkawin kapada aku,aku pendamkan sahaja.Lagi pun kawin hanya lah harus hukum nya.

Aku bukan tak mengurat langsung,ada sikit2, kalau keberanian aku ada tapi yang jadi masalah ialah aku telah dihina oleh sekurang tiga orang perempuan,Aku telah diludah dan dimaki dengan kata2 yang menyayat hati,sehingga ada yang kata dengan penjodoh binatang,walau macam mana pun bukan itu penyebab yang aku malas nak kawin,yang menjadi penyebab sebenar ialah kemiskinan dan memikirkan tanggung jawab yang sangat berat yakni tanggung jawab akhirat dan tanggung jawab dunia.

Berbalik kapada perempuan tadi,mungkin dengan sebab kemiskinan itu jgk lah menjadi aku diludah dan dihina macam tu,Aku sebenarnya ingin membalas dendam dengan perempuan yang panggil aku binatang tapi aku tak jadi hati,aku berhasrat ingin membunuh nya dengan cara melanggar dengan kereta tapi bila aku nak melakukan nya aku rasa kesian plk.Lagi pun sangat berdosa jika aku melakukan nya,kesian sebab ayah dan emak perempuan itu merupakan kenalan baik orang tua aku dan menjadi kenalan kapada aku sendiri.Menjadi persoalan adakah perempuan yang maki aku itu mempunyai sikap kasian seperti aku,kalau dia ada kesian yang seperti aku rasa, mengapakah dia sangup memaki aku dengan kata binatang,salah kah kalau kita katakan hasrat kita kapada nya,Kalau dia tak sudi,tak boleh kah bercakap dengan cara yang baik2,tapi itu lah.....

Aku pun hairan dengan sikap lemah aku yang malas nak kawin,Tapi itu lah...huhuhu
(macam bodoh jer aku rasa dengan tulisan aku ni,kikikiki)

Khamis, 26 Mac 2015

pokok temengir



Pokok temengir tak ada lah pelik sangat kapada aku tetapi kisah pokok ini telah menarik minat aku ketika aku singgah dikebun pak cik aku disuatu petang,Aku ke dangau pak cik aku kerana ingin rasa nikmat makan didangau,kerana pak cik aku mengajak aku makan bekalan yang dibawanya.Pak cik aku  mengusahakan tanaman kelapa sawit dikawasan paya,cara penanaman yang macam ini tentu memerlukan usaha yang lebih kerana kelapa sawit kurang subur ditanam ditempat2 yang macam ini,kelapa sawit memerlukan saliran yang baik barulah pokok nya boleh hidup dengan subur,kawasan paya pokok kelapa sawit  memerlukan tanahnya ditimbun seolah2 dibuat batas seperti menanam ubi.Cuma batas yang dibuat besar2 sebesar 10 kaki atau lebih,sesuai untuk tanam kelapa sawit.Jadi pakcik aku telah menumpukan sepenuh perhatian kapada kebun nya,walaupun batas yang dibuat mengunakan jentera berat tetapi untuk memastikan batas dan musuh tanaman mesti dikawal sepenuh nya jadi pak aku sentiasa ada dikebun nya.




Dangau yang pak cik aku buat bukan lah besar sangat tapi dangau yang sekadar tempat dia berehat setelah penat berkerja dikebun,Atap nya sekadar dari daun pokok salak yang dijalin dengan baik sehinggakan tak tembus oleh air hujan dan telah diikat mengunakan akar temengir,(Aku sendiri tak tau sama ada nak pangil akar atau tali,klu akar tentu lah macam akar2 pokok yang lain tapi yang digunakan untuk mengikat atap dangau seperti tali,Aku pun kompius...ditepi paya banyak pokok salak yang tumbuh jadi daun salak digunakan untuk sementara waktu,dipaya juga mempunyai tempat untuk menangkap ikan paya seperti haruan,keli anak2 seluang,banyak kegiatan ditempat2 yang macam ini)



Sebenarnya aku sendiri tak tahu jenis tali yang digunakan oleh pak cik aku,tetapi setelah aku bertanya baru lah pak cik aku bercerita dan membawa aku kepokok temengir,Dari situ lah aku ketahui tali yang digunakan untuk mengikat atap dari daun salaknya mengunakan tali jenis itu,Yang aku sangkakan tali yang mengikat atap dangau pak cik aku adalah sejenis akar seperti akar2 lain, yang tumbuh melilit dipokok2 kayu,sangkaan aku memang meleset kerana akar temengir ialah kulit kayu yang disiat dan dijadikan tali,kulit nya tak putus dan sangat kuat.Pak cik aku telah buat demotransi menyiat kulit pokok temengir supaya menjadi tali untuk mengikat banyak benda,bukan sekadar untuk ikat atap sehingga digunakan mengikat pagar(tapi sekarang akar ni dah tak diguna lagi secara leluasan sekadar tempat2 yang sementara sahaja, sebab banyak dawai dan tali2 plastik serta paku yang digunakan untuk mengikat pagar,yang terakhir pagar letrik sangat popular untuk memagar kebun2),Pak cik aku juga telah bercerita kegunaan tali dari kulit pokok temengir kapada aku dimasa2 yang lalu,mengikat buah durian untuk dipikul kerumah,ikat pagar dawai,ikat gelegar dangau,mengikat atap dangau,buat bubu,buat tuar dan macam2 lagi yang tali diperlukan.
Salah satu yang diceritakan kapada aku ialah kulit kayu temengir yang besar boleh digunakan untuk membuat dinding dangau dan mungkin dizaman2 dahulu kulit pokok ini digunakan untuk membuat dinding rumah.Pokok temengir sendiri boleh mencapai sebesar 4 inci garis pusat jadi lebar kulit pokok ini boleh mencapai sehingga sehasta atau pun 12 inci,lebih lebar dari papan2 yang ada sekarang jadi tak ada masalah untuk dibuat dinding dangau atau rumah dizaman2 dahulu.Kulit kayu temengir cukup tahan sehingga berbelas tahun ditempat yang tak kena air (kering) jadi sangat sesuai digunakan dimasa2 itu..Itu cerita pokok temengir,Sekian