Banjir besar sedang melanda kampung aku diakhir tahun 2012 pada 31 hb dis 2012.Banjir yang aku upload gambar ni pada pukul 5.45 petang,Ditika ini air masih lagi naik,tidak menampakkan air semakin surut kerana hujan turun dengan lebat seolah2 tak nak berhenti,Mungkin menjelang maghrib air akan memenuhi jalan kat kampung aku,huhuhu TAKUT WEH.. Dua keluarga telah pun berpindah kerumah saudara yg lebih tinggi.Gambar kat bawah telah diambik pada sekitar pukul 6 petang..stop setakat ni,huhuhu...
blog ini aku catitkan sekadar ingin berkongsi apa yang aku lakukan,apa yang aku dengar,apa yang aku faham,apa yang aku lihat dan apa yang aku fikir, tiada berhajat kapada apa-apa kecuali ingin kepuasan diri semata-mata....
Isnin, 31 Disember 2012
Sabtu, 29 Disember 2012
Buah Pulasan
Buah pulasan,buah yang seakan buah rambutan cuma rambut pada buah nya sahaja yang agak berbeza,Buah pulasan mempunyai rambut yang keras dan buah rambutan mempunyai rambut yang lembut.Dikampung aku buah pulasan dipanggil sebagai buah pahit....
Kat kampung aku memang payah nak jumpa buah ni,aku rasa nak buat ubat pun dah tak ada,Aku pun terasa hairan juga mengapakah buah pulasan tak seperti buah rambutan yang sentiasa ada dalam pasaran..Buah pulasan memang tak kalah dari segi rasa kerana rasanya sangat sedap memang tak kalah kalau dibandingkan dengan buah rambutan..Itu lah sahaja apa yang aku tau tentang buah pulasan,hehehehehe....

Khamis, 27 Disember 2012
Banjir di-dungun
Pada tahun 2012 musim tengkujuh lambat terjadi,biasanya musim tengkujuh melanda pantai timur pada bulan oktober hingga bulan febuari,Tapi pada kali ini musim tengkujuh telah berlaku agak lewat iaitu telah melanda pantai timur semenangjung malaysia pada hari ahad 23hb disember 2012..
Pada kali ini negeri yg teruk terjejas ialah pahang,kelantan dan terengganu iaitu negeri tradisi banjir,Dinegeri terengganu kawasan yg agak teruk dan lama limpahan airnya ialah didaerah dungun terengganu dengan mangsa dipindahkan agak ramai,Dewan2 dan sekolah telah dijadikan tempat permindahan,Dibawah gambar2 disekitar daerah dungun yang kawasan nya terjejas teruk...

Isnin, 24 Disember 2012
Main Air
Banjir mula melanda kat kampung aku,Hujan turun tak henti2 semenjak dua hari yang lalu menyebabkan kawasan rendah dah pun dinaiki air sepenuh nya...Setelah hujan lebat tak hentinya pada tengah hari tadi air banjir dah pun menengelamkan jalan raya yang melalui kampung aku yang menghubungkan bandar kuala brang... Banjir ini dirakamkan pada 24hb dis 2012...pukul 6 petang..
Rutin biasa bila banjir ialah main air,Keseronokan main air sudah menjadi tradisi sejak lama,Kebanyakan penduduk akan keluar hanya untuk melihat air atau bermain air..huhuhu...
Ahad, 23 Disember 2012
Buah Lekir
Buah lekir satu jenis tumbuhan yang aku sendiri tak tau jenis apa,Tapi buah ni menjadi makanan kapada burung2,Burung yang makan buah lekir ialah burung merbuk carut,Carut yang dimaksudkan ialah bunyi burung ini seakan2 mencarut..Disesetengah tempat dipantai timur terutama diterengganu burung merbuk carut juga dipanggil sebagai burung merbuk kong kang..
Buah ni hanya tumbuh pada musim banjir sahaja.Aku sendiri sudah lama tak tenguk buah ni sejak 10 tahun yang lalu.mungkin kerana kawasan yang menjadi tempat pokok ni tumbuh telah menjadi kawasan pertanian membuatkan ianya sukar untuk hidup...

Dimasa kecil aku, pokok ini menjadi kesukaan kapada yang suka menjerat burung musim banjir,Cara2 untuk menjerat burung yang memakan buah lekir hanya lah mengunakan jerat biasa yang digunakan untuk menjerat burung atau ayam hutan,Walau macam mana pun burung merbuk carut telah menjadi haiwan lindungan kerana burung jenis ni sangat berkurangan dan mungkin pada sesetengah habitatnya mungkin dah tak ada,Aku tak pernah tenguk burung merbuk ni sejak bebelas tahun yang lalu..Perlu juga diketahui bahawa buah ini tak boleh untuk dimakan,biasa nya buah ni sangat gatal...