Stesen
keretapi bertam terletak dikampung bertam baru,Kampung terdekat ialah kampung bertam baru
ialah kampung bertam lama..Kampung bertam baru dan bertam lama terletak
dijajahan gua musang, Kampung bertam lama dan kampung bertam baru telah
dipisahkan oleh sebatang sungai yang dinamakan sebagai sungai betis/nenggeri.Yang
menyambungkan kedua2 kampung ini ialah jambatan keretapi yang dibina diatas
sungai betis,Jambatan tersebut dinamakan sebagai jambatan clementi.Sekian
blog ini aku catitkan sekadar ingin berkongsi apa yang aku lakukan,apa yang aku dengar,apa yang aku faham,apa yang aku lihat dan apa yang aku fikir, tiada berhajat kapada apa-apa kecuali ingin kepuasan diri semata-mata....
Selasa, 27 Disember 2016
Isnin, 19 Disember 2016
Air terjung gunung stong
Air terjun gunung stong ni tak payah diperkenalkan lagi,Memang air terjun ni dah terkenal kerana ketinggian nya.Salah satu yang tertinggi di Asia.Air terjun gunung stong serupa sahaja dengan air terjun lain tapi yang berlainan kerana ketinggian nya yang memukau.Terletak dinegeri kelantan,pekan2 terdekat ialah pekan dabong 5km,bandar jeli 50km,bandar gua musang 80 km (lebih kurang)Tenguk gambar kat bawah>>>>>>
jambatan kampung stelu
kumpulan budak2 yang jaga lalu lintas,traffik light tak berfungsi
Jambatan pulau stelu,Gua Musang
Kelantan...satu jambatan yang sangat terkenal di malaysia,Sebab menjadi
terkenal kerana jambatan ni runtuh dibanjir besar kelantan 17 -12-2014 hingga
30-12-2014.Sebab menjadi terkenal kerana menjadi modal politik antara parti
memerintah negeri kelantan dan kerajaan yang memerintah diputra jaya.Menjadi
terkenal juga kerana menjadi bahan ejekan antara penyokong parti masing2.Aku
jadi hairan sebab apa kemudahan utama ini tak dibuat dengan kadar
segera.Sedangkan jambatan ini merupakan penghubung utama jalan Gua Musang
Jelawang.Sebelah menyebelah antara jambatan ini merupakan perkampungan yang
ramai penduduk,..
semasa aku lalu atas jambatan pulau stelu
Aku telah lalu dijambatan stelu
dengan cara tidak sengaja kerana aku memandu dijalan gua musang-jelawang pada suatu hari
pada 13-12-2016.Memandu laju dijalan Gua Musang Jelawang aku dikejutkan dengan
papan tanda yang menunjukan jambatan sempit dihadapan.Yang aku sedia maklum
kalau terjumpa dengan papan tanda macam tu ialah sebuah jambatan yang agak
sempit untuk dilalui..Apa yang aku dapati setelah sampai dihujung jambatan
ialah tak kelihatan pun jambatan,yang ada sekumpulan budak2 yang memberi
isyarat menyuruh aku berhenti,Setelah aku jenguk2,nunnnn!!!!! jauh dibawah
kelihatan sebuah jambatan yang benar2 kecik untuk dilalui.Aku agak panjang
dalam 100 meter.Setelah aku tanya kapada budak2 yang ada kat situ,ketahui lah
aku budak2 tersebut sedang mengambil tugas untuk mengawal lalu lintas kerana
traffik light tidak berfungsi.Aku dapati juga budak2 tu memungut duit dari
kederaan yang mengunakan jambatan tersebut,mungkin menjadi kesalahan dengan
memungut duit tanpa kebenaran pihak kerajaan tetapi dengan adanya budak2
tersebut menjadikan kita mudah untuk mengunakan jambatan tersebut,Kira halal
lah duit seringgit yang aku bagi,boleh juga budak2 tu buat belanja..Tentang
kebenaran pula,mungkin budak2 tu telah
disokong oleh ahli jawatan kampung untuk buat kerja tu dan aku fikir tak menjadi kesalahan.
hanya ni saja yang tinggal
Aku juga diberitahu bahawa
jambatan sementara yang baru aku lalui telah dibina oleh angkatan tentera
malaysia dan orang yang aku tanya tak tahu bila kah jambatan baru hendak
dibina,mungkin kalau benar2 nak tahu boleh saja bertanya kapada MB kelantan
atau PM malaysia iaitu dato’ najib.Pada fikiran aku tak payah lah nak campur
dalam urusan dia orang,dia orang dah pandai2 semua.Dari orang itu juga aku tahu nama jambatan tersebut..Aku singgah sebentar untuk
ambik gambar buat kenangan dan gambar untuk isi dalam blog ni.
Rasa jgk takut bila berdiri ditepi jambatan yang tak runtuh
Aku meneruskan perjalanan aku
setelah beli air kat hujung jambatan yang dijual oleh tiga orang awek kelantan
yang cun,kalau lah awek tu tak cun tobat pun aku tak beli.hehehe
Aku rasa jambatan ni panjang nya lebih dari 100 meter
Sabtu, 17 Disember 2016
ronda-ronda ke-kelantan
Seorang
kawan telah mengajak aku pergi ronda2 dikelantan,Tujuan nya untuk menjadikan
aku pemandunya sebab kawan aku ni kurang cekap memandu.Kami bermula dikuala
berang pada pukul 8.30 pagi 13-12-2016.Mengambil laluan lebuhraya kuala
berang-gua musang melalui sungai gawi tasik kenyir.Tujuan kekelantan untuk
melihat stesen keretapi dipendalaman kelantan dan ingin ke air terjun gunung
stong di Jelawang...
Dari kuala
berang ke sungai gawi mengambil masa hampir 1 jam,singgah sebentar minum kopi
disimpang kuala jeneris,kedai kawan lama...Dari sungai gawi ke sempadan
kelantan terengganu mengambil masa lebih dari sejam dan singgah sebentar
melihat jambatan sungai belimbing.
Jalan gua musang-Jelawang
Dari
sempadan kelantan ke simpang chiku mengambil masa setengah jam lebih walaupun
jauh nya hanya 30km.Jalan yang kuran baik menyebabkan perjalanan menjadi sangat
lambat,Dari simpang chiku ke kampung bertam baru melalui kampung limau kasturi
yang sejauh 50km mengambil masa kurang dari sejam.Simpang untuk masuk kebertam
baru ialah 2 km dari RR gua Musang.Dibertam baru ni lah ada sebuah stesen
keretapi yang agak terpencil dinegeri kelantan.Laluan yang aku ambil ini kerana
aku menyangka jalan raya nya bersambung terus ke jelawang seperti yang aku
tenguk di google map,rupa2nya garisan hitam yg bertanda digoogle map ialah
jambatan jalan keretapi,bukan jalan tar biasa,Aku telah diberitahu oleh orang
kat situ kalau untuk pergi ke jelawang terpaksa berpatah balik ke lebuh raya
gua musang dan ke bandar gua musang,dari situ lah laluan ke jelawang...Aku
bertolak dari bertam baru ke gua musang pada pukul 12.00 tengah hari dan sampai
ke bandar gua musang hampir pukul 1.00 petang
Stesen keretapi dikampung bertam baru
Jambatan keretapi disebelah kg bertam lama
Tanpa
singgah untuk makan atau solat,perjalanan diteruskan untuk kejelawang atau
lebih tepat lagi ke air terjun gunung stong,Dilaluan ini lah telah terjadi
kehebuhan seluruh negara kerana dijalan pendalaman ini mempunyai jambatan yang
telah runtuh pada banjir besar pada 17-12-2014 hingga 30-12-2014 dan jambatan ini tinggal terbiar tanpa
dibuat baru akibat dari diskriminasi pihak kerajaan pusat kerana berlainan
parti politik.Jambatan yang dimaksudkan ialah Jambatan kampung pulau stelu,Setelah
jambatan ini roboh pada banjir besar tersebut jambatan sementara telah dibina
oleh angkatan tentera malaysia(itu yg telah diberitahu kapada aku) dan
digunakan sampai sekarang.Jambatan ini boleh dikatakan panjang kerana terbina
disungai betis yang lebar,mempunyai trafik light untuk memudahkan penguna tapi
semasa aku tiba disitu trafik light nya tak berfungsi,untuk memudahkan pengguna,
peranan itu telah diambik oleh budak2 dikampung tersebut dgn bayaran yang
tertentu.Aku singgah sekejap untuk ambil gambar dan meneruskan perjalanan ke
air terjun stong yang berdekatan dengan pekan jelawang,Ditengah2 nya aku masuk
sekejap untuk ke kampung bertam lama yg terletak 20km dari laluan gua musang
–jelawang.Aku kesitu hanya lah untuk memastikan sahaja hubungan antara bertam
baru yang ada stesen keretapi dgn kampung bertam lama,rupa2nya kampung tersebut
hanya dipisahkan dengan sungai betis sahaja,Aku dapati kampung tersebut sangat
dekat dan mungkin masjidnya ada sebuah sahaja untuk solat jumaat.Kelengkapan
balai polis yang terletak dikampung bertam baru ada juga dikampung bertam lama
iaitu beberapa kereta peronda dan bot polis,mungkin untuk kemudahan disebelah
bertam lama sedangkan balai polis terletak dikampung bertam baru (payah nak
faham tu,hahahaha).Setelah aku snap beberapa keping gambar terutama sekali
jambatan keretapinya aku bertolak balik ke laluan gua musang-jelawang,sebenar
nya dari bertam lama laluan terus juga ke jelawang tetapi oleh kerana jalan nya
sempit,aku balik pula kepangkal jalan yakni jalan gua musang –jelawang,Semasa
laluan balik ini aku jumpa dengan segerombolan itek putih,aku snap jgk gambar
sbb aku suka ambik gambar,kikiki...
Jambatan sementara dikampung pulau stelu
Tujuan
utama sekarang ialah untuk tuju ke air terjun gunung stong dipekan
jelawang,Tiba dipekan jelawang dah pun pukul 4.00 petang,makan tengah hari di
RR dipekan jelawang dengan harga yang sangat murah,makanan berupa nasi
campur,daging ayam dua,belacan dan nescaffe,harga hanya rm10 untuk dua orang
(bleh mari mkn sokmo klu lagu ni). Sambil2 makan sambil mengorat dengan mek2
kelantan yang cun2 yang ada dikedai tu,aku sengaja buat2 aku ni pelancung yang
konon nya datang melancung tapi mengorat tak cukup syarat mana ada orang nak
layan,aku datang hanya berkereta cap ayam sahaja iaitu kereta bezza perodua bkn
kereta buatan luar seperti audi dan sebagainya hehehehe...
Gerembolan itik dekat dengan kampung jerek
Aku masuk
sebentar kekawasan air terjun gunung stong,Aku dapati tempat perkelahan ini
ditutup kpd umum disebabkan musim tengkujuh tp dgn bantuan budak2 muda kat situ
aku dapat juga masuk melalui sungai air terjun tersebut,Aku dapati kemudahan
yang ada kat air terjun ni seperti dah ditinggalkan,seperti dah tak
terjaga,banyak dari bangunan nya dah reput,Laluan simen nya seperti lama tak
dibaik pulih,Gah nama air terjun gunung stong tak sepadan dengan kemudahan yang
ada,memang banyak chalet yg dibina tp banyak yang dah reput,takut nak naik
(BUKAN NAK MEMBURUK2 TAPI ITU YANG BENARNYA,PERGI TENGUK SENDIRI MASA TERDEKAT
NI) Air terjun gunung stong merupakan salah satu air terjun yang tertinngi di
asia sepatutnya tempat tersebut dijaga sepadan dengan kemasyhuran nya terutama
sekali chalet2 nya.Kebersihan persekitaran seperti ditempat2 lain jgk...
Air terjun gunung stong dari jauh
Setelah
solat jamak taakhir,aku bertolak balik melalui jeli pada pukul 5.30
petang,Ditengah2 antara pekan jelawang dan jeli aku terjumpa sebuah gerai yang
menjual kutu bambu (itu yg dibagitau),Kutu bambu dibuat dari ubi kayu parut
yang telah dikeringkan,Ubi kayu parut ni dikukus dgn menguna sarang yang
dibuat,sungguh sedap,aku beli rm4 dan makan jugak kat situ. makan style anthony
bourdain,hehehe...Aku sampai rumah pada pukul 10.00 malam setelah pekena sup
tulang dikedai din selasih dipekan kuala berang.harga rm 23.50....Abis...
Isnin, 31 Oktober 2016
Gunung reng
Terlihat ditepi lebuh raya timur-barat
Gunung reng...Aku tak tau sgt pasal gunung ni tapi terasa juga takjub tenguk gunung yg dinamakan gunung reng.Nampak macam terpacak atau terkeluar dari bumi.Menegak seperti dinding bangunan tinggi.Aku sendiri tak tau gunung reng layak dinamakan sebagai gunung,kerana aku sendiri tak tau apakah ciri2 yang perlu untuk digelar sebagai gunung,( aku sendiri tak faham apa yg aku taip,keh keh keh)
Batu kapur menegak sehingga tak tercapai oleh kamera yang berharga murah
Gunung reng aku dah tenguk sudah acap kali ketika aku melalui jalan di-Jeli untuk kepantai barat.Aku tak ambik hirau pun akan keujudan gunung ni sehingga disuatu hari 29-10-2016,kawan aku mengajak aku berhenti untuk melihat gunung reng dari dekat.Aku didalam perjalanan ke baling kedah untuk melawat kawan aku yg meninggal dunia.
Pintu gua yang besar..Ada orang kata,ada laluan sehingga kepuncak gunung
Mengambil
simpang kanan menghala kekawasan gunung reng dan seterusnya simpang kekiri
ditepi masjid aku sampai ditepi sungai pergau yang terletak tersergam gunung
reng.Aku tak sangka kawasan nya luas dan mempunyai kedai makan.Lebih tak sangka
lagi aku dapati dibawah gunung reng mempunyai
gua yang besar,Yang aku ingatkan gunung reng semata2 gunung sahaja..
Penduduk yang sedang bergotong royong
Ramai orang
kelihatan kat kawasan gunung semasa aku sampai,Aku disapa oleh seorang hakak,
“dari mana”
(lorat kelantan tau)
“klu nak
ambik gambar,masuk dalam nung” katanya lagi
Memang orang
kelantan sangat ramah,Hakak tu juga bagitau aku, baru sebentar orang pulau
pinang datang berkunjung,Hakak tu juga bagi tau aku bahawa dia dan ramai2 orang
kat situ sedang bergotong royong membersih kawasan tu.
Setelah aku
ambik gambar didalam gua dan diluar gua,aku bertolak ke baling kedah...Sekian
Dinding gua yang cantik seperti dilukis2
Catitan:Sebenarnya aku sendiri tak tau sejarah gunung reng,Jadi tak payah lah aku nak melalut bercerita benda yang aku tak tau.Lebih senang dengan apa yang aku pasti sahaja...
Dinding Gua yang tertulis macam2
Dari dalam gua
Kawasan luar gua,lapangan yang luas..
Rabu, 14 September 2016
batu pejal
Tentang
gambar diatas,Gambar ni aku ambik ketika aku pergi memancing disungai
lasir,Sungai lasir berkualakan tasik kenyir.Aku rasa tempat ni terletak 800
meter dari aras laut berdasarkan kapada altimeter yang aku donwload dari google
play.Kawan aku kata gambar ni seolah2 satu runtuhan dari tamadun silam,Mungkin
kawan aku terpengaruh dengan cerita2 diblog,Cerita tentang piramid dan
sebagainya.Bagi aku gambar batuan ni hanya lah terjadi akibat dari terlalu lama
dalam keadaan yang macam tu,mungkin aliran sungai yang membentuk batu tu
sedemikian rupa,.Kawan aku cukup berminat dengan gambar ni tapi aku tak menaruh
minat apa2.Bagi aku gambar batu ni hanya lah gambar batu yang tak menceritakan
apa2,hanya sekadar batu sahaja.Kawan aku mengajak aku ketempat ni tapi aku malas
nak layan,buat lenguh jer.Tapi kapada siapa2 yang nak kesini cukup mudah,mula2
pergi kekuala sungai lasir iaitu tempat peranginan
yang dibina oleh ketengah (rasanya ketengah merupakan egensi kerajaan
persekutuan malaysia),lepas tu boleh saja berjalan kaki sejauh 4-5 km melalui
sungai lasir ke hulunya.dialiran sungai nya terdapat banyak batu yang besar2,berlambak
disepanjang sungai nya,dari situ boleh saja perhatikan semua batu2nya,kalau
bernasib baik mungkin boleh terjumpa runtuhan tamadun silam,hehehehe....Perlu
juga diketahui bahawa sungai lasir berulukan gunung gajah terum,dari tempat
gambar batu diatas tak berapa jauh dari puncak gunung gajah terum,sekian
warna bulat biru tempat batu tu,sebelah kanan gunung gajah terum
Sabtu, 18 Jun 2016
kebun tembakau
kebunnya
Sejak
kenaikan harga rokok yang mengila,penanaman tembakau kampung telah mengambil
tempatnya dengan penanam tembakau telah menanam pokok ini dengan lebih
banyak.Aku sempat kekebun tembakau dikampung aku untuk merasa keperitan penanam tembakau
Daun yang baru dipungut
Tak aku
sangka pendapatan dari hasil penanam kecil2an ini telah mendapat hasil yang
sangat lumayan,pada tahun 2015 yang lalu pekebun tembakau ini telah meraih
pendapatan sebanyak 24 ribu ringgit,
pokok yang ditanam nya sekitar 2 ribu pokok sahaja, bermakna sepokok tembakau telah memberi pendapatan
sebanyak RM 12 ringgit..Walau bagaimana pun masa yang diambil untuk pendapatan
sebanyak itu ialah enam bulan.Enam bulan
itu dikira dari mula2 menanam sehingga hasil dikeluarkan..
Pokok tembakau yang baru ditanam..
Gambar kebun
tembakau ni ialah kebun tembakau jiran aku,aku sempat melihat kebun nya disuatu
hari sambil duduk sembang petang,Menghayati dan menikmati pemmandangan yg indah
dikebun nya..SEKIAN..
Khamis, 2 Jun 2016
tukar hak milik kenderaan
Hari ini aku
bercadang untuk pergi tukar nama kereta aku di JPJ Negeri terengganu,kereta aku
telah aku jual kapada seorang kawan aku,Kereta buruk aku, aku telah jual dengan
harga RM 1000,sangat murah,leebih murah dari honda cub buruk,Dari dibiarkan
buruk macam tu lebih baik aku jualkan saja,sebenarnya kereta aku dah bertaraf besi buruk,Kereta aku berjenama proton saga
yakni proton saga lama,tahun aku tak
ingat tapi mmg soheh kereta aku dah lebih dari 20 tahun usianya,sangat memadai
klu dijual dengan harga tersebut.Aku memang tak suka berurusan dengan
pejabat,Menjadi kegusaran aku untuk melalui macam2 kerenah yang disediakan oleh
pihak JPJ (jabatan pengangkutan jalan).Sebenarnya proses menukar nama kereta
tak lah payah mana,Yang menjadi payah ketika belum berurusan,kalau dah
berurusan macam senang jer.macam beres jer...
Cara2 untuk
menukar nama kereta semudah abc itu pun kalau dokumen telah lengkap,Tak ada
saman lama yang tertunggak,Yang pertama kena ada ialah geran kereta,geran
sangat perlu dalam proses menukar nama,Dalam proses menukar nama hak milik
kereta aku, semua dokumen telah diselesaikan oleh pembeli kerana pembeli ni
sudah berpengalaman..Pergi kat kaunter pertanyaan dan tanya kat situ apa yang
mesti dibuat,Yang pertama ambik nombor giliran,selepas nombor kita naik pergi
sahaja ketempat yang sepatutnya,jangan pula tersalah ambik nombor untuk urusan
lain,urusan lain seperti buat cukai jalan dan sebagainya,tempat yang sepatutnya
kita pergi ialah ke kaunter pindah
milik..
Dikaunter tu
kita hendak lah bagi semua dokomen yang ada,terutama geran,my kad pemunya dan
mykad yang hendak dipindah milik,Dimasa ini mesti ada dua individu,yang pertama
ialah tuan kereta dan kedua pembeli kereta kita,Sebenarnya tak banyak cakap pun
dikaunter ni,pegewai hanya meminta kita dan pembeli meletakan ibu jari tangan
dialat letronik yang disediakan selepas itu semua nya beres,tak sampai lima
minit proses ni selesai,Semua selesai dengan geran baru dikeluarkan,geran baru
sudah bertukar saiz kapada saiz yg kecik,aku tak teringat utuk ambik gambar
geran baru yang bersaiz kecik ni.Bayaran yang dikenakan sebanyak RM 100,Biasa
nya pembeli lah yg mengeluarkan semua perbelanjaan untuk proses tukar hak
milik,walau mcm mana pun semua perbelanjaan ditentukan semasa menjual
kereta,persetujuan kedua pihak menjadikan urusan menjadi mudah...Hanya itu sahaja
proses menukar hak milik,tak de susah pun ,SEKIAN
Isnin, 30 Mei 2016
pokok senduduk
Pokok
senduduk (ada tempat2 diterengganu memanggilnya sebagai pokok keluduk) sangat
mudah dijumpai dimerata2 tempat,sama ada ditepi2 jalan,ditepi padang
permainan,ditepi sawah padi atau pun dikebun2.Sangat mudah dijumpai sehingga
kita tak tau khasiat dari pokok ni,Ada dua kegunaan dari pokok senduduk yang
aku ketahui,itu pun telah diberitahu oleh arwah tok ki aku semasa aku kecik,
Yang
pertama,
Daun pokok
senduduk boleh menahan darah dari keluar apabila angota badan terluka,seperti
terluka kena pisau dan sebagainya,cara nya,ambil daun senduduk tiga
helai,kemudian kunyah halus2 dan letakan ditempat yang luka,inshallah darah akan
berhenti keluar dengan cepat dan tempat yang luka akan tertutup.
Yang kedua
Daun pokok
senduduk boleh dikunyah semasa perut lapar,lapar yang dimaksudkan ialah mungkin
habis bekelan semasa pergi memancing,lapar semasa dikebun,terasa lapar semasa
berjalan2 dipinggir kampung atau lapar sementara pulang kerumah dan memang
tempat yang kita pergi tak ada kedai dan sebagainya,(pikir2 patut lah,bukan
lapar kebulur macam orang afrika).Cara nya sangat mudah,iaitu dengan mengambil
lima atau enam helai daun senduduk dan kunyah,yang sepatut ditelan ialah hasil
dari kunyahan dan bukan hampas daun
senduduk.hampas daun senduduk hendaklah dibuang keluar dari mulut,kebijaksanaan
cipataan tuhan dapat mengasingkan semua bahan kunyahan dalam mulut hanya dengan
lidah sahaja.Hasil nya perut yang tadi berbunyi akan terasa terisi dengan serta
merta,kapada yang merokok mungkin boleh merokok sehingga dua atau tiga
batang,yang terasa tak larat tadi boleh
berjalan pulang dengan selesa.Kalau tak percaya boleh cuba bila2 masa
sahaja,Dua yang diatas aku dah biasa buat,tak ada sakit dan tak ada alahan..
Yang
menjadikan aku mengambil cakna khasiat pokok senduduk apabila aku terkena
sakit2 dalam perut,menyucuk2 dan terasa ngilu,Aku tak tahu sebab apa jadi
begitu,mungkin sebab aku pergi bermain motor selama tiga hari
berturut2,lambungan dari motor menyebabkan perut menjadi penat,bermain motor
bukan lah bermain dijalanan biasa atas tar tapi bermain motor dengan cara yang
ektrem didalam hutan rimba melalui jalan balak,dengan cara mudah berlumba motor
didalam hutan dengan kawan2.Melambung dan jatuh serta luka menjadi perkara
biasa,tak dak heran...
dari google
Untuk mengetahui
nya tentu saja pergi kat pak cik google jer,Aku google dan aku tahu lah apa2
yang berkaitan dengan pokok senduduk,sama ada khasiatnya dan profilnya sekali.Setelah
baca khasiat pokok senduduk aku mencari pokok senduduk yang banyak dikampung
aku,Aku cabut sepokok dan balik kerumah dan merebus sepokok,dari akar sehingga kedaun nya sekali,Sebenarnya khasiat
pokok senduduk memang berkebetulan dengan sakit aku iaitu menyocuk2 dibahagian
perut sebab itu aku bersungguh2 benar untuk mencuba.Dengan kehendak Allah sakit
aku menjadi lega keesukan harinya.
Cara sebenar
merebus pokok (akar) senduduk:
>Cabut
sepokok,dikerat2 menjadi kecik dan jemur sehingga kering terutama akar nya,
>Setelah
kering,akar pokok senduduk direbus didalam periuk atau kendi (cerek)..
>Biarkan
mendidih sehingga tinggal separuh air nya..
>Sejukan dan
diminum segelas sehari..
SELAMAT
MENCUBA...
Catitan:
kalau nak tahu khasiat pokok senduduk,google je,semuanya ada disitu....:)
Khamis, 19 Mei 2016
talipon
Mula2 aku kenal talipon ketika kampung aku ada talipon yg
pakai dail (pusing2),Ketika itu ramai yg berebut untuk guna kemudahan tu,masa
itu untuk mengunakan talipon mesti memasukan duit siling kedalam tempat yg
disediakan,kalau untuk panggilan jauh mesti minta khidmat operator talipon
terlebih dahulu,ketika operator menyuruh memasukan duit ketempat yg disediakan
baru lah penguna boleh mengunakan talipon,dimasa itu panggilan pengunakan
minit,aku tak ingat berapa sen kah seminit,cerita yg mudah ialah betapa
susahnya untuk menguna talipon dimasa itu.
Selepas tu ada plk talipon yang tak mengunakan wayer,aku
tak tau apa nama talipon tu,tapi ada yang panggil talipon ATUR.Apa yang diatur
aku pun tak tau,malas nk tgk dlm internet apa kah maksud ATUR,kerana aku pasti
ATUR hanya singkatan untuk perkataan yg panjang,Aku difahamkan talipon ATUR
sangat mahal,Aku difahamkan harga nya sekitar 10 ribu untuk satu set,punya lah
mahal,Aku tau harga nya sebegitu dari kawan aku yang memiliki talipon jenis
ni,mungkin juga tak betul dgn harga yg diberitahu kerana mungkin dia nak buat
eksen dgn aku,mana lah tau.Kawan aku ni,dia seorang perniaga atau pun
tauke,memiliki talipon akan memudahkan kerja nya,oleh kerana kawan aku ni
tauke,hanya dia sahaja yg mampu memiliki talipon ni.Talipon ni ada arial yg
tinggi dan dipasang didalam kereta,kalau dia ke bank atau kemana2 dia akan galas
talipon nya yg sangat besar tu,boleh dikatakan mcm nak bergaya dgn talipon yg
besar,Macam galas bag.Kadang2 macam nak tersuka jugak bila mengenangkan sikap
kawan aku ni..maklum lah dia sorang je yg ada,huhuhu....
Selepas itu ada plk talipon yg juga tak mengunakan wayer
yg dipanggil talipon RILL,Talipon ni juga mengunakan arial tapi arialnya lebih
besar dari talipon ATUR,Seakan2 arial TV,Mungkin jgk talipon RILL ni talipon ATUR jgk,Aku sendiri tak pasti,dan aku sendiri tak tau sebutan RILL ni betul atau tidak,aku hentam jer sbb ada yang kata mcm tu,hahahaha...Ada macam2 perkakas yg ditepek
didinding rumah dan mengunakan kuasa letrik,Mendailkan talipon ni main tekan2
tak lagi dipusing macam talipon yg lama,Bunyinya juga sedap masa tekan nombor
yang dikehendaki,tik tik tik bunyi nya macam cerita james bond,Talipon yang
pakai pusing bunyi nya greeeee,greeee,greeeee bila didail macam dalam cerita
Allah yarham P.Ramlee,Talipon ni lah fisrt yg digunakan dirumah aku,maklumlah
kampung aku terletak dipendalaman,tak memungkinkan mengunakan talipon seawal2
masa.
Selepas itu bermula lah talipon bimbit yang biasa
sehingga talipon itu sendiri berevolusi sehingga jadi talipon yang canggih2
sehingga sekarang.Aku juga memiliki talipon untuk mengikut peredaran masa dan
untuk kemudahan juga. Aku bermula dengan talipon pertama aku yg aku tak tau apa
model nya,yang aku tau nama nya NOKIA..
Talipon pertama aku...
Nokia,model nya tak tau.Harga tak ingat
2)
Nokia jugok ni.Harga RM250
3)
Nokia xpress muzik,Harga RM 600
4)
Tablet lenovo.Harga RM 600
5)
Tablet Samsung.Harga RM 560
6)
Samsung,tah ke hape nama modelnya.Harga RM68.
7)
Samsung jgk ni,harga RM 299
8)
Samsung GT hape tak tau,Harga RM 150
9)
Samsung GT jgk ni.Harga RM 150
10)
Nokia Lumia 800,harga dlm RM 700
Semua talipon aku masih aku simpan kecuali tablet lenovo,tablet tu dah hancur kerana terjatuh dicameron highland dan dilanggar oleh kereta,Lima dari talipon aku masih boleh digunakan,Simpan buat kenang2an..huhuhu...