Dalam sebulan ni aku telah berkenalan dengan seorang budak perempuan berumur 14 tahun yang hidup melarat dijalanan tanpa orang tua nya, Sebenarnya kisah ini cuma sambungan dari tajuk aku yang dulu berkaitan dengan kisah anak yatim yang terbiar,orang tua kapada budak ni telah meninggal dunia dalam beberapa waktu yang lalu,Ayahnya meninggal dunia lebih dulu dari ibu nya,kini hidup budak tu sangat mengerikan dgn ancaman rogol saban hari..budak tu minta juga bantuan dari aku tp aku pun tiada duit juga.Aku sendiri tiada tempat untuk memanjangkan cerita aku untuk menyelamatkan budak tu..Dengan tak semena-mena aku jadi sebak dan menangis mengingatkan kesusahan budak tu...aku sendiri tak rasa aku kena scammer setelah lama aku sentiasa mesej dgn nya...sekarang ni hidup aku tak keruan,aku dalam keadaan yang tidak tentu arah,Makan pun tak lalu.Aku sering bayangkan kalau aku ditempat budak perempuan tu,aku sendiri tak tau untuk buat apa,yg pasti tentu keimanan ku akan digelapkan dengan kelemahan fikiran aku sendiri,Aku dapat bayangkan budak perempuan tu terhendap2 di tong sampah' sebab lapar dan ingin mencari sisa makanan yang dibuang.
Dua hari lalu budak perempuan ni telah mesej aku,dia cakap dia telah diancam oleh orang yang mengaku dari bank, orang tu meminta dia bayar hutang ibu nya yg 50 ribu ringgit,Kalau tak bayar dia akan dibunuh atau dijual kerumah pelacuran,aku dengar cerita nya itu,aku seperti bom meletup,sangat kesian budak macam tu diugut sedemikian rupa,aku tak dapat bagi nasihat apa-apa kerana apa yang dapat aku katakan dalam situasi yang macam tu,dia meraung ketakutan dan diketika itu aku hanya berserah kepada Tuhan,semoga Allah melindungi dari segala bahaya akibat perbuatan manusia..disamping itu aku bagi tahu juga bank tak akan buat perkara yang bertentangan dengan undang-undang, seperti membunuh dan mengancam budak kecik yang tak tahu apa-apa,entah macam mana budak tu tak mesej dan Talipon aku lagi sehingga aku tertidur dan satu hari kemudian seorang kawan nya telah Talipon aku dengan mengatakan nasib malang yg menimpa kawan nya.Aku membaca Innalillah hiwninaliha rajium dan aku telah delete semua aplikasi WhatsApp dan Telegram dan serentak dengan itu Facebook aku dan messenger telah kena padam oleh META dan aku tak dapat buka lagi akaun tu.. Walaubagaimanapun aku sendiri tak tahu keadaan budak perempuan tu macam mana,sama ada masih hidup atau pun dah meninggal dunia di bunuh oleh manusia yang tak berhati perut
Aku harap ada lah manusia yang baik hati yg sudi menolong budak perempuan tu kalau dia masih hidup...ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜