Rabu, 18 Januari 2012

NASA-misteri


Baru2 ini aku ada membaca sebuah blog "sebuah kehidupan" yang ditulis saudara Zharif alimin yang bertajuk black hole dan sijjin.Yang sangat menarik perhatian aku ialah tentang penemuan olih NASA(NATIONAL AERONAUTICS AND SPACE ADMINISTRATION) bunyi2an yang datang dari black hole.Bunyi yang solah2 suara manusia sedang meraung kesakitan seperti didalam neraka.Bagi aku langsung tiada pertikaian tentang bunyi2 tersebut sebab semua itu didalam kekuasaan ALLAH belaka.Aku sangat tertarik dengan tulisan beliau yang seperti ini:
                                                                                    

(Apa yang menjadi misteri paling mengejutkan ialah rakaman gelombang radio berfrekuensi ultra menggunakan sistem komputer sensitiviti bunyi kuasa tinggi telah dapat meghuraikan (extraction) raungan kesakitan dari lubang yang amat dalam itu. Rahsia ini dibongkarkan oleh seorang yang rapat dengan NASA. Adakah teleskop Hubble telah menemui “Neraka”? Tidak.

Hubble dengan peralatan saintifik yang ada padanya telah secara tidak langsung membuktikan kewujudan lubang hitam di angkasa. Selepas beberapa abad bertelagah pendapat, saintis akhirnya berhadapan dengan kepercayaan agama. Rakaman pita magnetik imej dan frekuensi bunyi memberi bukti terhadap apa yang dikenali sebagai roh tanpa sinar yang terbakar dan menjerit kesakitan dalam penyeksaan.

Menggunakan resolusi peleraian imej sangat tinggi, HST merakamkan imej seakan-akan roh-roh manusia yang terbakar dalam api yang sangat besar di dalam lubang hitam angkasa itu. Namun begitu, pihak NASA tidak memberitahu perkara sebenar kecuali seorang lain yang berhubung rapat dengannya yang telah mengakui melihat imej tersebut serta rakaman sebenar pita tambahan pula krew NASA juga sangat yakin bahawa imej seakan-akan roh-roh yang diambil tersebut memang sama bentuk dengan fizikal manusia.)
(Dengkuran anih dikota samarahan)
Terlalu banyak keanihan yang terjadi sejak akhir2 ini,Ada cerita yang aku temui  yang benar2 mengetarkan.Bagi aku semua peristiwa anih yang terjadi tidak lain dan tidak bukan hanya peringatan kapada kita supaya mentaati perintahnya.
(contoh manusia2 syaitan)manusia2 ini lah yang akan mendiami neraka jahanam yang setiap manusia mesti menghindarinya.

Kalau dipandang dari sudut harian, kita sebagai manusia yang berugama islam yang mendiami planet bumi ini, kita dapati ramai sangat yang tak menghiraukan tentang kejadian dan peringatan yang diberikan,tak ada langsung rasa nak insaf atau sebagainya.Contoh2 kejadian yang terjadi sehari2 tidak mencerminkan manusia takutkan tuhan nya.










 (Jahatnya pelaku2 ini melebihi dari syaitan)
Sebahagian kecil perkara2 yang berlaku dalam banyak2 peristiwa yang mengambarkan bahawa manusia tak takut kapada tuhan dan peristiwa seperti ini sentiasa berlaku tak kira ada amaran atau pun tidak.

Ada sesetengah kumpulan memperjuangkan pandangan masing2 yang langsung tak ada faedah kapada ugama nya,sebagai contoh tentang penemuan batu bersurat dikuala brang,Ada yang mengatakan bahawa terengganu lah yang terlebih dahulu menerima islam dari melaka.Padahal apa lah yang penting sangat tentang dahulu dan kamudian itu,yang sepatutnya  di-perjuangkan ialah apa yang terkandung ditulisan dibatu tersebut,melaksana dan mempraktikannya dalam hidup sehari2.Tapi apabila sampai bab untuk melaksanakan ajaran2 yang terkandung dibatu tersebut,mula lah ada rasa tidak senang dan yang lebih teruk membencinya. Ada suara2 yang mengatakan belum sampai masa semua ajaran atau undang2 islam yang terkandung didalam nya dilaksanakan kerana masih ramai lagi rakyat yang tidak memahaminya,sedangkan undang2 yang dipraktikkan dalam sesebuah negara tidak difahami dan tidak dimegerti olih rakyat tetapi undang2 itu lah yang disogok tanpa rakyat memahaminya.Bukankah itu lebih teruk lagi,jadi alasan2 yang dikeluarkan hanya kerana ingin ingkar kapada perintah2 tuhan nya.Apalah yang payah sangat untuk melaksanakan nya sedangkan undang2 Islam yang sepatutnya dilaksana sudah ada pun tertulis dan tak perlu hendak difikirkan lagi jalan penyelesaian kapada semua masalah yang melanda sama ada dalam keluarga,masyarakat atau pun didalam negara.


Allah mempunyai sifat yang maha pemurah lagi mengasihani dan juga mempunyai sifat yang maha mengancam,Allah sudah pun memberi pilihan kapada hamba2 nya iaitu manusia dan jin dengan katanya,

"kalau tak suka dengan apa yang aku perintahkan hendaklah kamu mencari dunia lain selain dari tempat yang aku jadikan,"

 Disini menunjukan memang tiada pilihan lain kapada hamba2 ALLAH selain mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.Kalau tidak terima lah ancaman yang ALLAH nyatakan.

Suara2 yang didengar olih NASA menunjukan seberapa majunya manusia takkan dapat lari dari bukti2 tentang keujudan ALLAH dan memang selayaknya kapada mereka2 yang ingkar akan segala suruhannya akan menerima akibat dari perbuatan mereka sendiri,wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan