Khamis, 28 Mei 2020

kucing berulat..

Aku sebenarnya tak suka kucing,Tp kucing penuh dlm kawasan rumah aku.Kucing yg ramai2 ni hasil dari orang yg tak bertanggung jawab telah buang kucing2 mereka dgn selamba muka depan rumah aku,Oleh kerana itu,aku nmpk seperti suka kpd kucing..Walau pun aku tak suka kucing,aku tak lah sampai hati nak buang plk kucing2 tersebut,kesian bila tgk dlm mata nya,Jadi aku tak sampai hati.Oleh kerana tak sampai hati nak buang semula kucing2 yg dibuang maka ramai lah kucing kat rumah aku..Walau mcm mana baik aku kpd kucing2 ni,aku tak lah sampai bawak masuk semua kucing2 ni kedalam rumah,aku hanya biarkan mereka dicucur atap rumah,Cuma yg perlu aku buat hanya bagi makan je hari2,Walau pun aku biar je kat luar tp tempat dia binatang ni tidur sangat selesa,Aku rasa tugas aku dah selesai kpd makhluk tuhan yg bernama kucing.Dia binatang ni tak kan dakwa aku di akhirat nanti,Aku rasa lah....

Yang aku nak cerita tentang seekur kucing jantan putih yg aku bagi nama GEMUK kerana dia sangat gemuk,Oleh kerana gemuk dan hensem tentu dia jadi mcm jaguh,selalu kehulu dan kehilir,Oleh kerana jantan mungkin dia jadi rebutan sehingga dia berkelahi dgn kucing2 yg lain,walaupun  dia ni hensem tp tak pandai berlawan,dia telah kalah teruk,dia seolah2 hilang sehinggakan dia balik pada hari raya baru2 ni dgn muka dah berulat dan cedera diseluruh badan,Oleh kerana hari raya aku tak dapat buat apa2,hanya isi minyak gamat jer tempat yg berulat,busuk jangan cerita lah.Pada hari raya ke-3 aku pergi ke pejabat haiwan untuk minta ubat dan cerita kpd pegawai yg bertugas,Aku rasa jgk malu kerana hanya seekur kucing sehingga perlu minta ubat di pejabat haiwan..Pegawai bertugas meminta aku bawa kucing yg aku maksudkan utk mereka rawat,mereka enggan bagi ubat yg diminta,Nak tak nak aku terpaksa balik utk ambik kucing yg dah buruk muka nya.Kali ini aku bawak ramai dari anak2 saudara aku yg baik dgn kucing yg dah berulat muka nya,Walau pun dimasa ini masih lagi dalam keadaan PKPB,aku tak peduli sangat tentang itu untuk bawak ramai2 anak2 saudara aku naik kereta ramai2 lagi pun bandar kat tempat aku ni tak lah dikuat kuasakan sangat,mungkin hulu terengganu kawasan hijau covid 19,jadi pihak polis pun tak ambik kisah sangat tentang larangan,jadi penuh lah kereta aku dengan anak saudara aku yg kecik sehingga kpd yg besar2,hehehehe,
Kucing ni aku panggil gemuk,kerana dia gemuk sebelum dia sakit,apabila aku panggil je dia,dia mesti meluru untuk mendapatkan aku.Selain nama gemuk,nama dia jugak putih..Tp kalau aku panggil putih dia tak hirau,panggil gemuk jer baru dia angkat muka,Suka lah tu dipanggil gemuk.dimasa sakit ni dia sangat kurus,kurus kering.

Dipejabat haiwan kita mesti mematuhi sop nya sendiri kerana sekarang ni masih lagi dalam wabak covid 19.Sop nya ialah seperti basuh tangan dgn mengunakan sanitizer dan air,Setelah itu tulis nama plk kat buku pendaftaran,Hanya dua orang sajer dibenarkan masuk kat bilik rawatan,Dalam bilik rawatan kita tak ada buat apa2 pun cuma tenguk je,Doktor haiwan yg merawatnya,Kita tak sentuh apa2 pun,cuma tenguk je,Doktor basuh tempat yg berulat dan isi ubat serta cocok kucing tu sejarum,Setelah itu balik setelah rawatan selama lebih kurang 20 minit,Doktor yg bertugas memberi jaminan kucing aku akan sembuh,tak perlu risau tapi dengan berjanji mesti bawak balik kat klinik haiwan kalau kucing tak sembuh..Diperjalanan balik aku dapati ulat keluar dengan banyak,mungkin ubat yg diisi telah berkesan sangat2.Bayaran yg dikenakan sebanyak 10 ringgit,Sebelum dari tu mak2 kpd anak saudara aku dah bagi tau,kalau bayaran nya mahal,contoh nya dua tiga ratus ringgit harap talipon,dia orang nak belanja,Makna nya ada yg sangup bayar untuk rawatan kucing aku ni walaupun harga mahal.
Tempat yg paling teruk berulat disebelah pipi nya yg kanan,punya lah byk ulat mungkin lebih dari seratus ekor.Kesian nya aku sehingga bawak dia berubat kat pejabat haiwan,Aku tak pernah bawak kucing utk dirawat sebelum ini.Sesungguh nya aku mcm nak menitik air mata tenguk kucing dalam kesakitan,(ishhhh emosi nya aku)

Pada keesukan nya yakni hari raya keempat kucing aku dah menampakan kesembuhan dengan meminum air serta makan,Tempat yg bernanah serta berulat dah pun kering,Aku rasa dia akan sembuh sepenuhnya dalam tiga empat hari lagi,SEKIAN.

Ni lah rupa pejabat haiwan kat tempat aku,kuala berang hulu terengganu

Ahad, 24 Mei 2020

bantuan PKP

Aku sangat terasa dengan beberapa peristiwa tentang kesusahan yg dihadapi oleh ramai orang sejak PKP dilaksanakan di negara kita Malaysia,Maksud PKP ialah perintah kawalan pergerakan yg disebut sebagai MCO dalam bahasa inggeris iaitu movement control order..Kesusahan yg dihadapi oleh beberapa orang yang sangat mengejutkan kapada aku seperti tiada sedikit pun makanan dirumah mereka sehingga ada yg keluar melanggar PKP semata2 untuk menarik perhatian orang atau pihak berkuasa.Kadang2 aku seperti tak percaya apa yg berlaku,tak mungkin sehingga begitu sekali miskin nya mereka.Terasa bodoh sangat ada yg tak punya apa2,adakah mereka memang sangat malas atau pun apa atau pun orang2 ni hanya berpura2 miskin.Yang aku maksudkan miskin itu sehingga tiada apa2 untuk dimakan,Macam tak lojik kan.Aku tak hairan kalau yg tiada makanan atau pun mati kebulur tu pendatang asing,pendatang asing memang lojik kalau lapar kebulur.Orang tempatan tak mungkin seperti itu,lagi pun pihak kerajaan dah bagi bantuan semasa menghadapi petaka covid 19.Kerajaan telah berbelanja sebanyak lebih dari 200 billion ringgit supaya rakyat nya tak lapar,dan dimanakah lojik nya masih ada yg tak punya apa2 utk dimakan.

Yang aku nak cerita bukan lah tentang orang2 yg menderita dengan kemiskinan tu,yang aku nak cerita tentang bantuan yg aku dan orang kampung aku dapat,Sejak PKP berlansung. Aku sekurang2nya telah dapat bantuan sekurang2nya sebanyak enam kali,Yang memberi bantuan plk terdiri dari parti politik,iaitu PAS dan UMNO,kat kampung aku memang tak ada parti politik lain seperti PKR,PAN dan parti bunga,jauh sekali DAP,memang DAP tak ada nyawa pun kat kampung aku yg 100% melayu,Selain itu dapat juga bantuan dari syarikat2 seperti agro bank,Felcra dan egensi kerajaan seperti jabatan pertanian,Selebih nya dari orang perseorangan.Bantuan pula berupa perlu pertama seperti beras gula dan barang2 perlu pertama lain nya,tak berhenti setakat tu sahaja bantuan seperti sayur,ikan daging pun dibahagi,bukan sekadar tu saja bantuan lauk pun ada yg diterima,punya lah mewah orang kampung aku dengan bantuan2 sehingga kat rumah aku boleh dibuka kedai runcit,punya lah banyak bantuan,Oleh kerana banyak sangat bantuan,aku plk telah bagi banyak dari bantuan tu kpd jiran terdekat dan adik beradik aku yg lain,Kalau lah aku tak bahagi2 bantuan yg aku terima,nescaya sampai raya korban pun bantuan2 tu tak habis utk dimakan.Aku kan bujang dan duduk dgn mak je,mana boleh habis..Selain bantuan itu bantuan perihatin nasional boleh dikatakan telah diterima oleh ramai penduduk kampung aku,sehinggakan aku pun dapat bantuan BSH sebanyak RM 800 ringgit,Aku kan bujang tentu lah dapat,lagi pun aku miskin kikikiki,

Atas sebab2 yg aku bagi tu lah aku hampir tak percaya masih ada yg tak ada duit utk berbelanja dimasa PKP ni.Walau mcm mana pun aku bersangka baik,tentu ada sebab2 tertentu yg menyebabkan masih ada yg sesusah itu,Kita tak rasa maka kita tak tau,mungkin org yg susah itu duduk dibandar kerana orang yg tinggal dibandar lain cara nya nak hidup,Hidup dikampung boleh jgk tanam sayur sendiri,Boleh jgk mamah ubi kayu bakar,boleh cari pucuk paku ditepi sungai,boleh jgk mancing ikan seluang utk dibuat lauk,terasa plk aku mungkin orang2 yg dikatakan susah kerana tak nak makan barang local ni atau macam mana,naik hairan aku...SEKIAN

Selasa, 19 Mei 2020

Dilemma bulan ramadan

Assalamualaikum, selamat berpuasa,semoga ibadat puasa kita diterima oleh ALLAH,Puasa pada bulan ramadan dah berpuluh2 tahun aku lalui,Senang cerita aku tak pernah meninggalkan puasa sejak dari dulu2,walau mcmana pun aku meninggalkan puasa sebanyak tiga kali iaitu pada umur 11 thn,15 thn dan 17 thn,punya lah baik aku kan,walau mcmana pun jgk aku telah ganti semua puasa2 yg aku tinggalkan..
Ayam pasu cheta

Kali pertama aku tinggal puasa kerana sgt terliur buah rambai,jd aku makan tanpa bg tau kpd mak dan ayah aku,umur 11 thn merupakan budak lagi,dlm darjah 5,puasa mmg tak wajib keatas aku sbb masih budak tp akibat dari didikan, aku sangat mengambil berat ttg puasa,kali kedua masa tingkatan 3,tak puasa pada kali ini kerana terpengaruh oleh kawan,aku terikut sama tak puasa,meninggalkan puasa merupakan kekesalan yg sgt berat kpd aku dan aku bertaubat tak kan tinggalkan puasa walau apa jadi.Kali ke-3 kerana nasihat doktor mengenyurkan aku utk berbuka kerana mengambil  suntikan kat spital.Aku dah tak ingat apakah sakit aku sehingga dicocok dan itulah kali akhir aku cocok  sehingga tahun 2014 aku di cocok sekali lagi kerana digigit lipan,tahun 2014 merupakan tahun dimana banjir besar terjadi dikelantan dan terengganu.

Dilemma bulan puasa ialah tentang juadah berbukanya,Hari2 sentiasa ditipu oleh nafsu sendiri,Pada siang nya seolah2 tak teringat sejarah yg kelmarin,sentiasa nak buat atau beli sebanyak mana juadah berbuka,sedang dah tau makanan yg pertama masuk mulut merupakan makanan yg paling sedap,tak kira apa makanan tu,selebih dari makanan yg pertama makanan tu dah jadi tak sedap walau pun makanan itu yg paling sedap.Masalah tertipu oleh nafsu sendiri ialah aku sgt terliur kpd makanan yg dijual,sepatutnya kita tak payah masak kalau dah beli makanan dan sepatutnya kita tak payah beli makanan kalau dah masak kat rumah,

Juadah berbuka mesti yg senang je,mcm sedikit kueh,nasi dan lauknya,lauk nasi tak payah banyak,sekadar sejenis je,sehabis banyak pun dua jenis.Air plk sekadar air sejuk masak atau air tea o,kalau lebih dari tu mmg membazir.Bab juadah berbuka mmg tak kan sudah sehingga bila2 kerana godaan nya besar sangat.Walau pun otak dah set semua yg patut utk berbuka puasa tetapi godaan tetap sentiasa ada walaupun dimusim covid 19.Iklan juadah berbuka puasa di facebook dan whasaap tak dapat ditolak2.Yg bagi iklan plk terdiri dari kawan2 yg menyebabkan  rasa nak tolong kawan berniaga,di tambah plk dgn khidmat COD,iklan nya plk sgt mengoda,contoh iklan kawan2 aku..
Iklan ikan bakar,siap dgn COD plk tu.
IKLAN AYAM PASU CHETA,
TAK TAU LAH AKU APA YG CHETA.

Selamat berpuasa yg tinggal lagi empat hari dan disambung plk dgn puasa enam


Rabu, 6 Mei 2020

Catatan rohingya

Catatan tentang kaum rohingya dan sejarah asal usulnya berikutan dgn permintaan yg sangat luar biasa kpd kerajaan malaysia oleh kaum rohingya..Permintaan nya ialah meminta kerakyatan kpd semua pelarian rohingya yg berada dimalaysia.Selain itu,kaum rohingya meminta semua kemudahan yg diberi kpd warganegara malaysia diberi jgk kpd kaum rohingya.Sejak permintaan tak lojik nya kpd kerajaan malaysia telah menimbulkan kemarahan kpd penduduk tempatan.

Harap kerajaan malaysia halau semua kaum rohingya dari bumi malaysia.

1) SIAPAKAH ROHINGYA?

Sebagai pengganti sambungan kisah hantu kem mentakab; saya storykan sikit siapakah Rohingya sebab ada isu menuntut hak sama rata. Ramai yang silap faham tentang Rohingya dan menghentam Myanmar.

Kita kena belajar dari sejarah. Dari aspek sejarah, Bangsa Rohingya adalah satu bangsa yang sangat kuat di selatan Bangladesh atau di hujung Bangladesh. Macam zaman puak Kublai Khan, Moghul cam tu. Oleh kerana mereka kuat, maka bangsa Rohingya menjadi satu bangsa yang sangat zalim, suka membunuh, menindas kaum bangladesh. Sampai pada satu tahap, kaum utama Bangladesh bangkit menentang dan berlaku peperangan hebat sehingga kaum rohingya terpaksa berundur dan memasuki kawasan utara myanmar. Dia macam pertempuran Jabida Massacre di Filipina antara puak Moro dengan kristian. Di Bangladesh terjadi peristiwa Barabkunda. Boleh baca pertempuran Saidpur atau the battle of Saidpur yang mana kaum Rohingya diserang dan dihalau sehinga Bangladesh tidakj mahu mengakui Rohingya adalah rakyat mereka kerana kezaliman rohingya sendiri.

Akhirnya mereka menduduki di kawasan utara Myanmar sambil melancarkan serangan ke Bangladesh. Maka terbentuklah penempatan segenting Sitakund dan Bahannagar. Mereka tewas dalam beberapa pertempuran seperti Sehingga mereka dihalua keluar terus dari Bangladesh. Semasa menduduki kawasan utara Myanmar, kaum rohingya ini mengganas terhadap puak-puak kawasan utara Myanmar dan bertindak membunuh mereka. Mereka sangat zalim. Maka berlaku perang antara Myanmar dan Rohingya. Sehingga akhirnya Rohingya tewas dan tak tahu nak lari ke mana? Ke utara iaitu negara asal mereka iaitu Bangladesh, mereka sudah tidak diterima langsung. Di Myanmar pula, kerajaan Myanmar memang tak mahu mereka dan dianggap sebagai penceroboh.

Jadi kita nak baik-baik dengan Rohingya ni, fikirlah masak-masak. Sejarah menunjukkan mereka ini tidak pandai berterima kasih. Tengoklah, dalam keadaan kita kelam kibut berlawan dengan Covid 19, mereka boleh ambil kesempatan mendarat di Langkawi. Ni katanya banyak lagi bot nak sampai.

jadi renung2lah. Nak kesian mesti kena pada tempatnya. bak kata Hang Nadim "sejarah kerap sangat berulang"

Semasa EMCO COVID 19, kIta terkejut dgn jumlah pendatang yg sangat ramai dan tak terkawal. Contoh  insiden penemuan pendatang di jln masjid india sampai 12000 org, Pasar borong selayang dan KL dll tidak bisa menyedarkan kita?

Adakah peristiwa 1945 yg mana British tidak mampu mengawal pendatang yg mereka bawa masuk sebagai buruh dan lebih ramai dari rakyat dan maka itu operasi penghantaran balik gagal dan akhirnya kita di paksa menerima mereka sebagai rakyat, tidak mampu lagi menyedarkan kita?
Kredit:
PANGLIMA II BRIGED,BRIG JEN DATO' DR MOHD RADZI BIN HJ ABDUL HAMID

========================================================================

2)ETNIK ROHINGYA BANGSA TERMALAS DIDUNIA DAN TIDAK TAHU BERSYUKUR

Mohamad Shafiq Abdul Halim | 23hb April 2020
fb @ astri-vorra riddle

Pulau Pelarian Bhasan Char atau Char Piya  adalah sebuah pulau di Hatiya Upazila , Bangladesh yang disediakan khusus untuk penempatan semula pelarian Rohingya. Pulau ini berada di kordinat 22.3769 ° N 91.3961 ° E  60 km dari pantai di  Teluk Bengal.

Pemimpin Rohingya menentang keras usaha kerajaan Bangladesh menyediakan pulau ini dengan alasan pulau ini dilanda banjir setahun sekali pada Jun hingga September kerana monsun serta kesukaran menjalani kehidupan seperti kebiasaan di mana mereka perlu bertani, menternak dan mencari hasil laut bagi tujuan tersebut. Perkara ini disuarakan oleh pemimpin Rohingya kepada kumpulan hak asasi manusia. Mereka inginkan negara ketiga yang telahpun maju menerima mereka sebagai rakyat dimana semua kemudahan tersedia tanpa mereka perlu berusaha.

Oleh yang demikian kerajaan Bangladesh terpaksa membelanjakan 309.5 juta Bangladesh Taka bersamaan RM 15.80 juta pada peringkat awal untuk menambak pulau tersebut dari 9 kaki (2,7 m) menjadi 19 kaki (5,8 m). Perbelanjaan ini ditambah bagi membina perumahan empat kaki di atas tanah, stesen perlindungan, infrastruktur penyaluran air, jalan dan komplek-komplek lain bagi tujuan pekerjaan dan sebagainya.

Projek ini dipanggil Proyek Ashrayan (Ashrayan-3) dicirikan oleh Badan Pelarian PBB sebagai "mencabar secara logistik" dan melalui pelbagai kajian bagi memastikan jaminan keselamatan dan keselesaan etnik rohingya. Projek ini bermula pada 26 Januari 2017, sehingga  bulan ogos 2019 kerajaan Bangladesh berjaya membina hampir 100 ribu penempatan baru bagi etnik rohingya.

Pada Januari 2020, pulau ini siap sepenuhnya untuk diduduki namun tetap ditentang oleh pemimpin Rohingya dengan membangkitkan isu baharu dimana kerajaan Bangladesh mahupun dunia tidak dapat memberi jaminan bahawa pulau ini akan kekal selamat selamanya dan tidak akan hilang suatu hari nanti akibat monsun. Mereka juga menyatakan tiada jaminan bahawa mereka tidak akan terputus bekalan makanan dan perhatian sewajarnya oleh pihak yang menyediakan penempatan ini dari sudut keselamatan atau sebagainya. Mereka juga meminta bantuan ketenteraan, pengawal perairan dan lain-lain yang tidak masuk akal kerana mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan bangladesh sebagai rakyat mereka namun pelbagai usaha telah dibuat untuk menyediakan segala yang perlu bagi mereka meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu pergantungan atau tekanan dari pihak lain.

Jika kita bandingkan dengan umat islam di Thailand pada kurun ke 18 yang dihalau oleh raja siam ke pulau Koh Panyee kordinat 8°20′8″N 98°30′11″E di Wilayah Phang Nga Daerah Mueang Phang Nga Thailand yang diiktiraf oleh dunia sebagai The Amazing Race oleh kerajaan Amerika Syarikat pada tahun kurun ke 19 dek kerana mereka di halau ke pulau yang tiada tanah untuk diduduki dimana pulau ini dipenuhi dengan batu.

Semasa kali pertama mereka tiba di pulau ini, mereka tidak mendapat sebarang bantuan oleh kerajaan siam dan hanya mampu membina sebuah masjid dan menanam bakau ditengah laut bagi mengelakkan dari ombak besar dan monsun (tiada tembok pecah ombak hingga kini hari). Sehingga ke hari ini pulau ini menjadi pusat tumpuan dunia kerana mereka berjaya membina rumah di atas air, hotel 5 bintang dan restoran 5 bintang, sistem air, jalan raya, sekolah serta padang bola di atas air.

Mereka hidup di atas air dan hanya berada di tanah ketika mati kerana Pulau tersebut tidak dapat menampung jumlah penduduk dan hanya boleh bercucuk tanam, masjdi dan perkuburan di atas tanah.

Ini membuktikan bahawa etnik rohingya tidak tahu bersyukur dan hanya menunggang agama untuk mendapat simpati disamping mengambil kesempatan ke atas orang lain. Diharapkan tuan/puan sebelum mengecam saya membaca secara total usaha yang dibuat oleh PBB dan OIC ke atas mereka akan tetapi mereka tetap menolak dan demand negara ketiga yang maju menerima mereka sebagai rakyat tanpa perlu beruo saha.

========================================================================

3) SELAMATKAN ROHINGYA ATAU SELAMATKAN BUMI MALAYSIA?

Rohingya. Saya mengetahui hanya sedikit mengenai etnik ini. Menjadi pengemis, menjual kerepek didepan bank, menjual kain atau tikar dari rumah ke rumah hinggalah meminta derma di RNR-RNR dalam kawasan lebuhraya utama. Beberapa hari ini saya terbaca beberapa isu mengenai Rohingya. Lalu saya tertarik dan mula menelaah asal usul atau sejarah lampau etnik tanpa negara ini.

Maka sama-sama kita berkongsi. Jika ada kesilapan fakta, sama-sama kita betulkan.

MUKADIMAH

Keturunan sebenar etnik Rohingya adalah dari susur galur Bengali Chittagonian. Bengali Chittagon berasal dari sebuah daerah yang bernama Chittagong. Salah satu komponen daerah dari Pakistan Timur yang kini dikenali sebagai Bangladesh. Satu fakta yang tidak dapat mengubah status keturunan nenek moyang mereka.

Tidak pernah kata istilah Rohingya dalam sejarah Burma, sejarah Rakhine (Arakan) dan dalam sejarah Bengal. Penjajah Inggeris memanggil mereka "Chittagonian" dan mereka bercakap seratus peratus dialek Chittagonian. Sekitar tahun 1874, pemerintah kolonial british Leftenan Gabenor Richard Temple (1874-1877) adalah individu yang bertanggungjawab membawa Chittagonian ke Burma untuk dijadikan petani dan buruh. Menjelang tahun 1920, penghijrahan Chittagonian ke Burma mencapai sekitar satu juta orang.

ASAL NAMA ROHINGYA

Etnik Rohingya hanya timbul sekitar tahun 1952, diciptakan atau diwujudkan sebagai gerakan yang berhala tuju politik. Pada bulan Jun 1951, Konvensyen Muslim Alaythenkyaw diadakan di mana umat Islam menyebut diri mereka sebagai "Muslim Rakhine". Tetapi orang-orang Buddha Rakhine memprotes penggunaan "Rakhine Muslim" bagi pendatang asing Bengali Chittagon ini. Mereka menegaskan bahawa tiada keturunan dan salasilah orang Islam di antara orang-orang Rakhine dan dalam etnik Rakhine. Lalu Chittagonians mencari kata atau nama lain yang serupa dengan Rakhine, sehingga mereka menamakan bangsa mereka sebagai "Rohingya".

Rohingya bermaksud orang-orang dari Rakhine atau orang-orang yang tinggal di Rakhine. Nama Rohingya dipilih kerana untuk menghilangkan keturunan sebenar Chittagonians dengan membuat nama etnik yang serupa dengan Rakhine, supaya mendapatkan status etnik orang Rakhine.

Etnik asal Rakhine beranggapan bahawa perkara ini sangat berbahaya bagi orang-orang Rakhine dan juga Myanmar. Mereka merasakan juga Itu adalah satu tindakan penipuan Chittagonians. Dalam artikel Akyab pewartaan, yang ditulis oleh Mr. R.B. Smart, seorang pesuruhjaya Inggeris, dapat diperhatikan bahawa Inggeris menghadapi kesulitan di mahkamah kehakiman kerana banyak orang Bengali Chittagon menggunakan pernyataan palsu di hadapan mahkamah kehakiman.

ETNIK ROHINGYA MODEN

Kini populasi Rohingya hanya tinggal beberapa juta dalam negara Myammar yang mempunyai keseluruhan populasi lebih kurang 52 juta, akibat dari penghijrahan beramai-ramai etnik ini ke serata dunia. Pemerintah Myanmar bertegas menyebut Rohingya sebagai “Bengali” dan masuk ke Myanmar secara gelap dari Bangladesh.

Etnik Rohingya tidak berhak mendapat kewarganegaraan berdasarkan Undang-undang Kewarganegaraan Myanmar tahun 1982. Oleh itu hak-hak mereka untuk pendidikan, bekerja, berkunjung ke tempat-tempat lain, menikah, menjalankan agama mereka, dan akses layanan kesihatan sangat terbatas.

IMPLIKASI SERTA KESAN BAHAYA FAHAMAN DAN IDEOLOGI YANG DIBAWA

Melihat situasi semasa Malaysia. Malaysia kini mempunyai lebih 150,000 orang etnik ini di Malaysia. Angka itu akan bertambah dari hari ke hari berikutan Malaysia adalah antara negara yang terlalu berlembut dengan kemasukan etnik ini.

Imbas kembali pada 5 dan 7 Mei 2019, PDRM telah bertindak pantas menahan dua lelaki Rohingya bersama dua lagi suspek ditangkap dalam serbuan di Kuala Lumpur dan Terengganu kerana dipercayai merancang untuk mengebom kuil Hindu, Buddha, gereja dan tempat hiburan pada minggu pertama bulan puasa bagi umat Islam, yang bermula pada 6 Mei 2019.

Seorang suspek Rohingya yang ditahan berusia 20 tahun adalah pemegang kad suaka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian [UNHCR]. Paling memeranjatkan suspek ini mengakui telah memberi sokongan kepada Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) iaitu sebuah kumpulan pemberontak yang beroperasi di negeri Rakhine, Myanmar.
PDRM juga berjaya menghidu perancangan mereka untuk melancarkan serangan ke atas Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur.

Di Myanmar, pemberontak ARSA terlibat dengan tragedi serangan maut di pos-pos polis dan tentera di negeri Rakhine pada Ogos 2017 yang menyebabkan pihak tentera melakukan tindakan keras sehingga lebih daripada 700,000 umat Islam Rohingya melarikan diri dan mencari perlindungan di negara jiran, Bangladesh.

Akhir penulisan, kontradiksinya, apa pendapat pembaca? Adakah etnik ini harus diberi muka?  Melihat situasi semasa, NGO dan Persatuan mewakili etnik ini di Malaysia mula menunjukkan belang. Pada pendapat saya secara peribadi cukup-cukuplah! Ini masa kita jaga kita sahaja! Jangan buka lagi pintu rumah...

========================================================================

4) bab rohingya neh. perumpamaan mudah... Ada seorang lari dari rumah akibat didera dan datang menumpang dirumah kamu... Dengan niat baik kamu tumpangkan... Kemudian dia bawa lagi saudaranya untuk tumpang sama dengannya dirumah kamu... Tidak lama kemudian segala macam yg dibuat dirumah kamu..  Kamu pun dia sudah mula tidak hormat... Akhirnya dia berani minta meminta "hak" untuk tingal di bilik utama bersama kamu... Minta kamu berikan anaknya pula pendidikan ... Satu soalan... Kamu sebagai tuan rumah apa kamu nak buat...

========================================================================


Isnin, 4 Mei 2020

Catatan covid nine teen.

 Catatan ini aku kutip dlm whasaap aku yg dihantar kedalam group dan yg dihantar oleh kawan2 aku.Saje aku simpan kat sini untuk suatu masa yg akan datang....


1) Surat dari Itali,

 Salam kepada semua.
 Kami tinggal di Itali - Milan,
 Saya akan berkongsi dengan anda, "Bagaimanakah kehidupan di sini di Milan" pada hari-hari sukar ini dan bagaimana saya fikir anda harus belajar dari kesilapan kami.
 Kami sedang dalam kuarantin.  Tidak keluar berjalan-jalan. Semuanya ditutup!  ... perniagaan, pusat membeli-belah, kedai, semua jalan tidak bergerak.
 Rasa akhir dunia !!
 Itali, negara kehidupan yang hidup, berubah dari satu saat, seolah-olah ia adalah negara perang yang gelap.
 Ia adalah fakta yang saya tidak pernah saya terfikir.
 Orang ramai keliru, sedih, cemas dan tidak berdaya, dan sering tidak faham bagaimana realiti ini menimpa mereka dan bilakah mimpi ngeri ini akan berakhir.
 Kesilapan besar adalah pada awalnya orang yang pertama dijangkiti terus menjalankan kehidupan seperti biasa dan pergi ke jalan-jalan untuk kerja, hiburan dan merasa seperti tempoh bercuti, menjadi perhimpunan dengan kawan dan jamuan.
 Semua orang salah dan begitu juga kamu!
 Saya memohon kepada anda, berhati-hati, ini bukan ketawa atau jenaka.
 Lindungi orang yang anda sayangi, ibu bapa, dan datuk nenek anda!  Penyakit ini berbahaya bagi mereka.
 Kira-kira 200 orang mati di sini setiap hari, bukan kerana ubat di Milan tidak baik (ia adalah salah satu yang terbaik di dunia), tetapi kerana tidak ada tempat untuk semua orang!
 Doktor memilih siapa yang akan mati!  Ini hanya kerana kebodohan rakyat pada mulanya, yang memutuskan untuk meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, tanpa mengira keadaan baru!
 Tolong, belajar daripada kesilapan, kita adalah sebuah negara kecil yang boleh berakhir dengan tragedi yang hebat.
 Dengar dengan baik sekarang.
- Jangan keluar ke tempat-tempat yang sesak.
- Cuba jangan makan di tempat awam.
- Sila tinggal lebih lama di rumah pada masa ini.
- Dengar panduan Kementerian Kesihatan

  Di Itali, seluruh negara terpencil, bermakna 60 juta orang dalam kuarantin !!

 # Berhati-hati dengan diri sendiri dan kehidupan yang anda sayangi ♥ ️


========================================================================

2) China berjaya kawal Covid 19. Gambar ini menunjukkan sebuah hospital sementara yang meraikan mereka berjaya mengosongkan dan menghantar pulang pesakit.

Menurut Mi Seng, jurucakap National Health Commission di dalam sidang akhbar di Beijing menyatakan di China situasi telah terkawal. Rabu lepas sahaja hanya 8 kes dilaporkan di luar Wuhan yang mendapat wabak ini.

Malah mereka menghantar 9 orang pakar dan 3 tan bantuan perubatan kepada Itali pada khamis lepas bagi membantu Itali mengatasi wabak ini.

Bagaimana mereka berjaya lakukan?
Saya terbaca tentang perkongsian dari rakyat Malaysia di Chingqing China tentang bagaimana mereka lakukan. Saya ringkaskan ke bahasa Melayu supaya lebih ramai faham.

Menurut beliau bukan hanya Hubei dan Wuhan yang dikurantin malah seluruh China.

Ketika kurantin hanya seorang wakil isi rumah yang dibenarkan keluar untuk mendapat barang keperluan penting setiap 2 ke 3 hari.

Keperluan penting bermaksud hanyalah kedai barangan keperluan, supermarket, farmasi, klinik yang penting sahaja dibuka. Tidak boleh melepak, berjalan tanpa tujuan. Jika berlaku, pihak polis akan menasihatkan mereka balik ke rumah.

Semua orang perlu menyemak suhu sebelum memasuki mana mana bangunan. Kurantin ini berlaku selama 40 hari di sana. Termasuklah tiada sekolah dan ke tempat kerja.

Jika keluar ini yang mereka lakukan.
1. Memakai topeng muka
2. Membawa hand sanitizer bersama mereka
3. Keluar rumah, jika pegang butang lif mereka akan sanitize tangan sebelum masuk ke dalam kereta dan pegang barangan lain.
4. Tidak memegang muka terutama hidung, mata dan mulut. Jika perlu mereka akan sanitise dahulu dan menggunakan baju bahagian dalam untuk lap.
5. Selepas membeli barang, masukkan barang di dalam kereta dan sanitise tangan.
6. Balik rumah, basuh tangan dengan sabun, tanggalkan mask dan gantung di kawasan berudara untuk dipakai semula.
7.  Tukar baju, basuh baju dengan air suhu 60 celcius dan terus mandi
8. Sanitise barangan dibeli termasuk plastik dan bag pakai semula
9. Sanitise kunci kereta, pemegang pintu, dan handphone.

Mereka di China semua menggunakan e wallet. Jika gunakan duit mereka akan sanitise juga.

Mungkin sedikit sebanyak info di atas dapat memberi panduan kepada kita.

Saya tulis post ini supaya ibu ayah saya juga faham. Kerana mereka yang paling berisiko tinggi adalah mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Sampaikanlah kepada ibu bapa anda supaya kurang keluar rumah. Tak lama sekejap sahaja.

Jadilah orang yang bijak belajar dari pengalaman orang lain. Cepat buat cepat habis wabak ini.

Rujukan : https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/03/13/china-says-its-covid-19-peak-is-over
#covid19 #sharingiscaring #tatehmalaysia




========================================================================
3) MASYA ALLAH INIKAH ARTI QORONA DALAM ALQUR'AN??

Ini ada di surat al Ahzab ayat 33.
Silahkan dibuka bagi yg tidak berhalangan

Saya jadi penasaran dengan arti Qarana, saya sengaja membuka kamus al-Qur’an. Saya dapati lafald Qarana (قَرْنَ) ada di QS. Al Ahzaab: 33. Saya jadi tercengang ketika melihat potongan ayat tersebut.

وَقَرْنَ فِيْ بُيُوْتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْاُوْلٰى وَاَقِمْنَ الصَّلٰوةَ وَاٰتِيْنَ الزَّكٰوةَ وَاَطِعْنَ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ ۗاِنَّمَا يُرِيْدُ اللّٰهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ اَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيْرًاۚ - ٣٣
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu, dan laksanakanlah salat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya

Pesannya sangat jelas bahwa lafadz Qarana mengandung arti perintah untuk tinggal. Tinggalnya dimana? Dirumah-rumahmu, di keluargamu, karena kata Nabi rumahku adalah sorgaku. Rumah kalian adalah sorga kalian semua. Ciptakan sorga di keluarganya masing-masing. Coronavirus menggiring kembalinya kesadaran bahwa yang paling hakekat dalam kehidupan adalah keluarga. Sehingga Nabi sendiri memberi parameter kebaikan manusia diukur dari kebaikannya kepada keluarganya
خَيْركُمْ خَيْركُمْ لِأهْلِهِ وَاَنَا خَيْركُمْ لِأهْلِى
"Sebaik-baiknya kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya. Dan aku (Rasulullah) orang yang terbaik diantara kalian kepada keluargaku”

Seakan Allah sedang berkata, “wahai manusia modern, janganlan cari kepuasan di gedung-gedung mewah yang menyediakan berbagai macam kamuflase kesenangan yang tak sejati, kebahagiaan itu bukan karir dan gajimu yang selalu tak memuaskanmu, karena selama ini yang kau kejar sebagai kenikmatan itu hanyalah fatamorgana dunia yang kalian anggap kenikmatan dan keindahan (itu semua perilaku jahiliah). Padahal sesungguhnya sorga itu ada di keluargamu, ada di rumahmu masing-masing yang bisa kau bangun dan kau ciptakakan. Kembalilah kepada keluargamu masing-masing dan berbahagialah atas berkumpulnya keluarga.”

Dalam ayat berikutnya, dapat kita mentadaburi bahwa Corona yang diturunkan ini sejatinya untuk membersihkan manusia dari dosa, membersihkan sebersih-bersihnya dari segala hal yang sifatnya kamuflase, talbis, menuju kesejatian hidup.

Note:JANGAN MUDIK ya untuk sementara waktu jika ingin menyelamatkan keluarga yg jauh😊tetaplah dirumah masing2🙏

========================================================================

4) COVID 19
Kalau Memang kebersihan boleh mencegah corona.. mengapa Itali rakyatnya yg dijangkiti mencecah 135.000 org, kerana Itali antara negara terbersih di Eropah.
Kalau Memang panas boleh membunuh corona..di Iran kini angkanya sudah mencecah 67.000 org, kerana iran negara yang beriklim panas.
Kalau memang dengan berhati hati boleh mencegah corona..mana mungkin Putera Charles & beberapa keluarga istana telah dijangkiti covid19, kerana kehidupan mereka paling hati2 & berwaspada.

Kenapa demikian..?

Mungkin jawapanya,Kerana hidup ini tidak harus selalu sejalan dgn teori, teknologi & akal manusia..

Sudah banyak tenaga perubatan yang tewas dengan virus Covid-19..
Apakah mereka tidak menggunakan APD dengan Betul?

Atau apakah mereka tidam berhati2 dalam menjalankan tugasnya?

Belum tentu juga demikian.

adakah org yg kelihatan sangat dekat dgn Tuhan dijamin tidak akan terkena Corona?

Tidak juga demikian... kerana sudah ada beberapa para Hamba Tuhan & jemaahnya yg terjangkit virus ini bahkan meninggal.

Sesungguhnya . .

Tuhan seakan-akan hendak berbicara kepada Kesombongan kita Manusia... bahwa kita tanpa Tuhan memang kita hanyalah TUMPUKAN DAGING YANG BERNAFAS...

Oleh kerana itu jika Tuhan Berkehendak.. Logika & Teknologi manusia tak akan mampu melawannya..

Siapa yang sakit? Bumi ini atau manusia?
Tiba-tiba..
Disney kehabisan magicnya..
Paris kehilangan romantisnya..
New York kota hingar-bingar akhirnya sunyi sepi...
Tembok Cina tak lagi menjadi benteng yg kukuh, dan Mekkah kini mendadak kosong..
Pelukan & ciuman tiba-tiba menjadi senjata,
Tidak mengunjungi orang tua & teman menjadi tindakan cinta.
Tiba-tiba kita menyadari bahwa kekuatan, kecantikan & wang tidak berharga ketika kita tidak bisa mendapatkan ventilator yg kita perlukan.
Bumi tetap melanjutkan hidupnya & langit masih biru.. sedangkan kita manusia ibarat didalam sangkar.
Tuhan mengirimkan pesan buat kita.

========================================================================

5) Adakah kita sudah bersedia ?

Apa yang bakal berlaku selepas PKP ?

Ramai yang ingat , Selepas sahaja PKP ditamatkan . Kita akan menjalani kehidupan seperti biasa .

Rangkaian covid boleh dihentikan , Tetapi untuk membunuh Virus tersebut adalah sesuatu yang belum diketahui kerana belum ada penawarnya . Jadi , kita masih belum selamat .

Sangkaan itu Mungkin betul , Tapi yang pasti selepas PKP , Kita semua akan menjalani kehidupan dengan New Norm

Kalau perasan sebelum ni , PM awal awal lagi dah sebut , Kita kena biasakan Dengan kehidupan baru Iaitu New Norm .

New Norm ini adalah keadaan dimana kita bakal bebas namun masih dalam keadaan terkawal , ianya Atas risiko masing masing .

Walaupun kes covid dah Zero , Tetapi kemungkinan untuk wujudnya jangkitan wabak semula adalah “ *Possible* “ Yang akan menyebabkan sporadik iaitu jangkitan baru .

Walaupun kita akan bebas keluar semula .

Tetapi , Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi .

1 ) Masih mengamalkan social distancing pada jarak 1 Meter

2 )Keluar bila memerlukan sahaja . Terus pulang kerumah selepas waktu bekerja

3 )Tidak dibenarkan menghadiri atau mengendali majlis yang melibatkan pengumpulan ramai orang seperti Majlis kahwin , konvensyen dan sebagainya

4 ) Tidak dibenarkan keluar negara untuk beberapa tempoh , sehingga satu dunia bebas dari covid . Bila agaknya satu dunia akan bebas dari covid ? Mungkin mengambil masa 1-2 tahun .

5).Tidak digalakkan untuk bercuti dan belegar di shopping mall , Pawagam mahupun Pasar Borong

6). Sentiasa mengamalkan personal hygiene , Hand sanitization , Menutup bersin dengan siku , Memakai Mask jika perlu .

7).Tidak digalakkan melepak di warung , Kedai mamak dan sebagainya . Tiada lagi tontonan Live bolasepak di premis makanan

Apa yang akan berlaku seterusnya ?

1 - Pemilik Microbusiness juga akan terkesan dengan kerugian . Disebabkan pelanggan hanya keluar untuk membeli makanan bila perlu sahaja .

2- Microbusiness juga akan terkesan Seperti Kilang pengeluar , Dan mungkin mereka akan kurangkan bebanan dengan mengurangkan jumlah pekerja .

3- Sektor Perhotelan / Resort / Kelab golf / Shopping complex / Taman tema - Tidak akan menerima kunjungan seperti dulu lagi

4- Syarikat penerbangan juga akan terkesan bila mana mereka hanya boleh dibenarkan untuk terbang dalam negara sahaja

5- Syarikat penjualan kereta akan turut terjejas kerana faktor ekonomi pembeli yang terjejas . Siapa yang akan beli kereta dalam keadaan ekonomi tidak stabil ?
Ada ke bank yang sanggup beri hutang dalam keadaan macam ni ?

6- Sektor pakaian dan servis kecantikan juga akan terjejas . Pelanggan akan mengutamakan perbelanjaan dapur dari kecantikan

7- Bagaimana dengan sekolah / Kolej dan universiti ? Perkara ini agak rumit untuk dibincangkan kerana ianya mempengaruhi pelbagai aspek yang bakal melanggar syarat sosial distancing . kita tunggu dan lihat apa keputusan yang akan dibuat

8- Syarikat pembekal perubatan akan terus sukses kerana mempunyai demand yang tinggi

9 . Rakyat akan mula berjaga jaga , Dan cuba mengelakkan risiko jangkitan .
Rakyat akan lebih peka dengan personal hygiene .

10 - Oh ya ! Siapa yang mahu beli hartanah dalam keadaan ekonomi yang merosot  ?

11- Perniagaan perabot juga akan terkesan . Siapa yang mahukan perabot baru dikala income bulanan tidak menentu?

Dan banyak lagi .

Kesimpulan disini , Selepas tamat waktu PKP , Itu bukan lah titik noktah kerana rawatan utama untuk covid masih belum lagi ditemui . Oleh itu.. Risiko jangkitan dan kematian  masih tinggi .

6 bulan yang akan datang , Adalah tempoh kritikal yang lebih mencabar dimana rakyat perlu bersedia mental dan fizikal untuk mengharungi fasa pemulihan ekonomi .

 *Saranan*

1 Berjimat sebaik mungkin . Apa saja duit simpanan yang ada , Simpanlah selagi boleh .

2- Basuh semula pakaian lama , Dan pakai semula . Jangan bazir duit simpanan dengan pakaian yang baru

3- Hidup dalam besederhana

4- Jimatkan pengunaan elektrik dan air

5- Tangguh dahulu plan percutian sehingga income mula stabil

6- Kurangkan kos perbelanjaan makanan Dengan hanya membeli makanan yang perlu sahaja . . Jangan bazirkan duit dengan makanan pesanan yang ditempah diluar  Sebaiknya masak dirumah lebih menjimatkan

7- Jangan bazirkan wang dengan gadget elektronik yang tidak diperlukan .

8-Kurangkan pengunaan kenderaan untuk menjimatkan kos tol , kos selenggara dan kos minyak

9-Menumpang dengan ahli keluarga . atau menyewa rumah . Elakkan pembelian hartanah buat masa ini . Loan pun susah lepas , & Belum tentu lagi pekerjaan yang ada akan masih kekal .

Berikut adalah beberapa saranan sahaja , Untuk memastikan kita boleh survive dalam tempoh 6 bulan - 12 bulan akan datang

New Norm adalah kehidupan baharu yang bakal kita tempuhi . Yang pastinya Bukan mudah , Tetapi adalah untuk keselamatan Nyawa Masing Masing

Dan Ingatlah . Untuk tempoh Ini
“ Cash Is King . “

Jimatlah sebaik mungkin .

Apa yang bakal berlaku seterusnya? Tiada siapa yang tahu

Marilah kita berdoa agar penawar virus ini dapat dijumpai dengan segera , Barulah kita boleh menjana ekonomi kita seperti dulu .

======================================================================

6) Seorang Professor Perubatan Jepun (Professor Physician-Sceintist and Immunologist), Professor Dr. Tasuku Honjo telah mengejutkan media hari ini dengan pendapatnya tentang Covid-19.

Beliau mengatakan bahawa Corona virus ini bukan terbentuk secara semulajadi. Jika ia semulajadi, ia tak akan menyerang seluruh dunia seperti hari ini.

Secara semulajadi, suhu tempat virus itu muncul merupakan satu faktor utama dan faktor cepatnya ia merebak. Jika ia muncul di China, sepatutnya ia hanya merebak dan menyerang negara yang suhunya hampir sama dengan China.

Ini tidak, ia telah menyerang seluruh dunia termasuk tempat sejuk seperti Switzerland dan tempat yang sangat panas seperti di gurun. Jika ia semulajadi dan muncul di tempat sejuk, ia akan mati bila terdedah di tempat yang panas.

Saya telah berkecimpung dalam kajian tentang haiwan dan Virus selama lebih 40 tahun. Corona Virus ini bukan semulajadi. Ia telah dicipta dan dengan bahasa mudahnya adalah buatan manusia.

Saya sendiri juga pernah bekerja di Makmal Wuhan di China. Dan saya sangat kenal dengan semua rakan-rakan setugas saya di sana.

Sebaik sahaja isu Corona Virus ini berlaku, saya telah cuba menghubungi rakan setugas semasa di Makmal Wuhan dahulu. Tapi semuanya gagal di kesan. Semua talian mereka telah tiada perkhidmatan sejak 3 bulan yang lalu. Di sini saya faham, bahawa mungkin mereka semua telah mati.

Berdasarkan kepada semua pengetahuan dan semua kajian saya tentang virus hingga ke hari ini. Saya percaya dan yakin 100% bahawa, Corona Virus ini bukan semulajadi. Ia bukan datangnya daripada Kelawar. Tetapi ia telah dicipta dan dihasilkan oleh China.

Jika apa yang saya katakan ini adalah salah, sebelum atau selepas saya mati, saya benarkan kerajaan menarik semula semua Hadiah Nobel yang pernah saya terima.

Tetapi China telah menipu seluruh dunia dan penipuan ini akan terbongkar. Percayalah suatu hari nanti, kebenaran ini pasti akan diakui oleh semua manusia.

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Tasuku_Honjo

========================================================================

7)Kepada semua,
Ini adalah mesej penting untuk semua

Bagi mereka yang berhujah di kedua-dua belah pihak bahawa kita mesti buka sekarang atau terlalu awal untuk dibuka, ini adalah perkara paling penting yang perlu anda ketahui.

Inilah soalan yang paling banyak dijawab:

Bilakah SELAMAT mengakhiri PKP, mulakan semula?

1 Mei? Atau 15 Mei?
Atau akhir Jun? Atau akhir Julai? Atau Ogos?

Inilah jawapan sebenar:
Tidak pernah.
Tidak akan pernah "SELAMAT."

Kenapa?
Jarak sosial, tinggal di rumah, semua langkah ini - bukankah ini bertujuan untuk "menyembuhkan" Covid-19?
Tidak sama sekali! Ini adalah langkah-langkah untuk melambatkannya, agar tidak memudaratkan sistem penjagaan kesihatan kita.

Sebahagian besarnya, setakat ini kita telah melakukannya.

Namun harus difahami dengan jelas bahawa Ia tidak mengubah penularan Covid-19; atau bagaimana ia merebak dari satu orang ke satu orang yang lain.

Ia hanyaIah bertujuan untuk melambatkanya sehingga kita menemui PENYEMBUH KEKAL.

Perkara yang sangat penting untuk diperhatikan di sini ialah -
Sebaik sahaja kita keluar, virus akan menyebar lagi, & orang-orang dengan sistem kekebalan tubuh yang lemah pasti akan terdedah kepadanya dalam jumlah besar.

Ini adalah kenyataan yang harus kita sedari.

Orang yang terlepas kali ini, berkemungkinan akan dijakiti - tidak kira sama ada kita keluar pada 1 Mei atau 30 September ......

Apa yang perlu kita lakukan sekarang?
Kita perlu melindungi sistem penjagaan kesihatan kita dengan segala cara yang mungkin untuk menangani beban tersebut, tetapi kita jangan silap memahami mengenai hasil dari PKP ini

Oleh itu keperluan masa sekarang adalah -
Sekiranya gaya hidup menyebabkan kita mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah, gunakan masa PKP ini untuk membetulkannya. Ini harus menjadi salah satu resolusi / tindakan utama kita sekarang tanpa keraguan!

Jika tidak, anda meletakkan "beban yang berat" di bahu kita sendiri yang sangat sukar untuk ditanggung ...

Anak muda dan juga orang tua harus memahami & memastikan bahawa ini bukan masanya untuk menikmati makanan yang selesa - tetapi inilah masanya untuk memperkasakan sistem kekebalan tubuh ke tahap yang sihat dan kuat yang mampu dimiliki oleh tubuh kita.

Bagaimana ini dapat dicapai?
1 - Dengan M3makan makanan sihat dan berkhasiat,
2 - Tidur m@lam yang cukup,
- minum air (plain water/air l3mon) s3tiap hari tanpa gagal;
3 – Kur@ngkan minuman sejuk atau bergas;
4 – D3tox diri anda setiap hari;
5 – j@ga jarak s0sial selama beberapa minggu / bahkan beberapa bulan seterusnya sehingga kita mempunyai vaksin atau ubat yang pasti, dan terbukti yang dapat memastikan penyembuhan yang cepat.

Semoga kita semua faham bahawa ini hanyalah permulaan, bukan penghujungnya.

Kita perlu berhati-hati dengan diri kita dengan kebiasaan menjaga kesihatan; kebersihan yang betul-betul baik dalam tempoh PKP dan akan datang ini!

Stay Indoor ! Stay Safe !

======================================================================


8)  Hari ini kita boleh melihat betapa syukur itu sangat kurang berada dalam jiwa kita..

PKP salah
PKPD salah
PKPB salah
Bagi BPN salah
Boleh keluar EPF salah
Moratorium salah
Rentas sempadan salah
Rentas negeri salah
Suruh duduk rumah salah
Tak bagi keluar rumah salah
Bagi keluar rumah salah

Iri dengan org duk umah tapi gaji jalan
Iri dengan rezeki org berniaga
Iri dengan penjawat awam
Iri dengan cikgu
Iri dengan ustaz
Iri dengan pemimpin setempat
Iri dengan rakan yang berjaya

Semuanya serba tak kena bila rasa syukur itu kurang dalam jiwa kita

Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada
Belajarlah bersyukur dengan nikmat walau tak sebanyak mana

Kita sepatutnya lebih bersyukur kepada-Nya kerana kita bukanlah diantara orang² yang dijangkiti Covid19.

Teramat besar nikmat ini
Tolonglah sedar wahai sahabat sekalian

Kita doakan yang baik² untuk seluruh umat di muka bumi. Moga covid-19 lekas-lekas pergi..

Dgn izin dari Nya
Insyaallah ❤️
#Allahjagakita
#syukur

9) KALAU JADI LAGI CLUSTER BESAR, KAU BOLEH BAYANG TAK.

Pengarah KKM cakap kat PM, maaf saya undur diri.
Saya surrender.
Sambil tolak mic.

Lepas tu doctor doctor pun follow, maaf kami undur diri.
Surrender.
Sambil buka ppe.

Lepas tu nurse pulak follow, maaf kami undur diri.
Surrender.
Sambil buka ppe.

Lepas tu polis pun follow, maaf kami undur diri.
Surrender.
Sambil kemas kon.

Lepas tu askar pun follow, maaf kami undur diri.
Surrender.
Sambil kemas kemas khemah.

Lepas tu kau sakit, kau g hosp.
Bila ada simptom macam covid.

Diorang cuma cakap, ha ok.
G la rehat bilik tu.
G la rehat bilik tu.
G la rehat bilik tu.
Biar takdir je tentukan hidup awak selepas ini.

Diorang dah surrender.
Habis habisan.
Nak jadi apa, jadilah.

Sebab?

Sebab KITA.
Sebab KITA.
Sebab KITA.

KITA yang over sangat tak dengar arahan.

Jadi,
gunakanlah sebaiknya peluang 4 mei dan seterusnya nanti mengikut keperluan.

Dan ingatlah,
ia sekadar kelonggaran yang diberi,
bukanlah kemenangan yang boleh di rai.

PENTING
Laporan Kes Positif Harian dari 17 Mac 2020

FASA 1
18/3/2020 => 117 Kes
19/3/2020 => 110 Kes
20/3/2020 => 130 Kes
21/3/2020 => 153 Kes
22/3/2020 => 123 Kes
23/3/2020 => 212 kes
24/3/2020 => 106 kes
25/3/2020 => 172 Kes
26/3/2020 => 235 Kes
27/3/2020 => 130 Kes
28/3/2020 => 159 Kes
29/3/2020 => 150 Kes
30/3/2020 => 156 Kes
31/3/2020 => 140 Kes

FASA 2
01/4/2020 => 142 Kes
02/4/2020 => 208 Kes
03/4/2020 => 217 Kes
04/4/2020 => 150 Kes
05/4/2020 => 179 Kes
06/4/2020 => 131 Kes
07/4/2020 => 170 Kes
08/4/2020 => 156 Kes
09/4/2020 => 109 Kes
10/4/2020 => 118 Kes
11/4/2020 => 184 Kes
12/4/2020 => 153 Kes
13/4/2020 => 134 Kes
14/4/2020 => 170 Kes

FASA 3
15/4/2020 => 85 Kes
16/4/2020 => 110 Kes
17/4/2020 => 69 Kes
18/4/2020 => 54 kes
19/4/2020 => 84 kes
20/4/2020 => 36 kes
21/4/2020 => 57 kes
22/4/2020 => 50 kes
23/4/2020 => 71 kes
24/4/2020 => 88 kes
25/4/2020 => 51 kes
26/4/2020 => 38 kes
27/4/2020 => 40 kes
28/4/2020 => 31 kes

FASA 4
29/4/2020 => 94 kes
30/4/2020 => 57 kes
01/5/2020 => 69 kes
02/5/2020 => 105 kes
03/5/2020 => 122 kes
04/5/2020 =>
05/5/2020 =>
06/5/2020 =>
07/5/2020 =>
08/5/2020 =>
09/5/2020 =>
10/5/2020 =>
11/5/2020 =>
12/5/2020 =>

PLEASE!!! KELUAR KE PEKAN BILA ADA KEPERLUAN MENDESAK.

sebarkan utk kesedaran bersama

#kitabelummenang
#perjalananmasihjauh.

=======================================================================