Catatan ini aku kutip dlm whasaap aku yg dihantar kedalam group dan yg dihantar oleh kawan2 aku.Saje aku simpan kat sini untuk suatu masa yg akan datang....
1) Surat dari Itali,
Salam kepada semua.
Kami tinggal di Itali - Milan,
Saya akan berkongsi dengan anda, "Bagaimanakah kehidupan di sini di Milan" pada hari-hari sukar ini dan bagaimana saya fikir anda harus belajar dari kesilapan kami.
Kami sedang dalam kuarantin. Tidak keluar berjalan-jalan. Semuanya ditutup! ... perniagaan, pusat membeli-belah, kedai, semua jalan tidak bergerak.
Rasa akhir dunia !!
Itali, negara kehidupan yang hidup, berubah dari satu saat, seolah-olah ia adalah negara perang yang gelap.
Ia adalah fakta yang saya tidak pernah saya terfikir.
Orang ramai keliru, sedih, cemas dan tidak berdaya, dan sering tidak faham bagaimana realiti ini menimpa mereka dan bilakah mimpi ngeri ini akan berakhir.
Kesilapan besar adalah pada awalnya orang yang pertama dijangkiti terus menjalankan kehidupan seperti biasa dan pergi ke jalan-jalan untuk kerja, hiburan dan merasa seperti tempoh bercuti, menjadi perhimpunan dengan kawan dan jamuan.
Semua orang salah dan begitu juga kamu!
Saya memohon kepada anda, berhati-hati, ini bukan ketawa atau jenaka.
Lindungi orang yang anda sayangi, ibu bapa, dan datuk nenek anda! Penyakit ini berbahaya bagi mereka.
Kira-kira 200 orang mati di sini setiap hari, bukan kerana ubat di Milan tidak baik (ia adalah salah satu yang terbaik di dunia), tetapi kerana tidak ada tempat untuk semua orang!
Doktor memilih siapa yang akan mati! Ini hanya kerana kebodohan rakyat pada mulanya, yang memutuskan untuk meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, tanpa mengira keadaan baru!
Tolong, belajar daripada kesilapan, kita adalah sebuah negara kecil yang boleh berakhir dengan tragedi yang hebat.
Dengar dengan baik sekarang.
- Jangan keluar ke tempat-tempat yang sesak.
- Cuba jangan makan di tempat awam.
- Sila tinggal lebih lama di rumah pada masa ini.
- Dengar panduan Kementerian Kesihatan
Di Itali, seluruh negara terpencil, bermakna 60 juta orang dalam kuarantin !!
# Berhati-hati dengan diri sendiri dan kehidupan yang anda sayangi ♥ ️
========================================================================
2) China berjaya kawal Covid 19. Gambar ini menunjukkan sebuah hospital sementara yang meraikan mereka berjaya mengosongkan dan menghantar pulang pesakit.
Menurut Mi Seng, jurucakap National Health Commission di dalam sidang akhbar di Beijing menyatakan di China situasi telah terkawal. Rabu lepas sahaja hanya 8 kes dilaporkan di luar Wuhan yang mendapat wabak ini.
Malah mereka menghantar 9 orang pakar dan 3 tan bantuan perubatan kepada Itali pada khamis lepas bagi membantu Itali mengatasi wabak ini.
Bagaimana mereka berjaya lakukan?
Saya terbaca tentang perkongsian dari rakyat Malaysia di Chingqing China tentang bagaimana mereka lakukan. Saya ringkaskan ke bahasa Melayu supaya lebih ramai faham.
Menurut beliau bukan hanya Hubei dan Wuhan yang dikurantin malah seluruh China.
Ketika kurantin hanya seorang wakil isi rumah yang dibenarkan keluar untuk mendapat barang keperluan penting setiap 2 ke 3 hari.
Keperluan penting bermaksud hanyalah kedai barangan keperluan, supermarket, farmasi, klinik yang penting sahaja dibuka. Tidak boleh melepak, berjalan tanpa tujuan. Jika berlaku, pihak polis akan menasihatkan mereka balik ke rumah.
Semua orang perlu menyemak suhu sebelum memasuki mana mana bangunan. Kurantin ini berlaku selama 40 hari di sana. Termasuklah tiada sekolah dan ke tempat kerja.
Jika keluar ini yang mereka lakukan.
1. Memakai topeng muka
2. Membawa hand sanitizer bersama mereka
3. Keluar rumah, jika pegang butang lif mereka akan sanitize tangan sebelum masuk ke dalam kereta dan pegang barangan lain.
4. Tidak memegang muka terutama hidung, mata dan mulut. Jika perlu mereka akan sanitise dahulu dan menggunakan baju bahagian dalam untuk lap.
5. Selepas membeli barang, masukkan barang di dalam kereta dan sanitise tangan.
6. Balik rumah, basuh tangan dengan sabun, tanggalkan mask dan gantung di kawasan berudara untuk dipakai semula.
7. Tukar baju, basuh baju dengan air suhu 60 celcius dan terus mandi
8. Sanitise barangan dibeli termasuk plastik dan bag pakai semula
9. Sanitise kunci kereta, pemegang pintu, dan handphone.
Mereka di China semua menggunakan e wallet. Jika gunakan duit mereka akan sanitise juga.
Mungkin sedikit sebanyak info di atas dapat memberi panduan kepada kita.
Saya tulis post ini supaya ibu ayah saya juga faham. Kerana mereka yang paling berisiko tinggi adalah mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Sampaikanlah kepada ibu bapa anda supaya kurang keluar rumah. Tak lama sekejap sahaja.
Jadilah orang yang bijak belajar dari pengalaman orang lain. Cepat buat cepat habis wabak ini.
Rujukan : https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/03/13/china-says-its-covid-19-peak-is-over
#covid19 #sharingiscaring #tatehmalaysia
========================================================================
3) MASYA ALLAH INIKAH ARTI QORONA DALAM ALQUR'AN??
Ini ada di surat al Ahzab ayat 33.
Silahkan dibuka bagi yg tidak berhalangan
Saya jadi penasaran dengan arti Qarana, saya sengaja membuka kamus al-Qur’an. Saya dapati lafald Qarana (قَرْنَ) ada di QS. Al Ahzaab: 33. Saya jadi tercengang ketika melihat potongan ayat tersebut.
وَقَرْنَ فِيْ بُيُوْتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْاُوْلٰى وَاَقِمْنَ الصَّلٰوةَ وَاٰتِيْنَ الزَّكٰوةَ وَاَطِعْنَ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ ۗاِنَّمَا يُرِيْدُ اللّٰهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ اَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيْرًاۚ - ٣٣
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu, dan laksanakanlah salat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya
Pesannya sangat jelas bahwa lafadz Qarana mengandung arti perintah untuk tinggal. Tinggalnya dimana? Dirumah-rumahmu, di keluargamu, karena kata Nabi rumahku adalah sorgaku. Rumah kalian adalah sorga kalian semua. Ciptakan sorga di keluarganya masing-masing. Coronavirus menggiring kembalinya kesadaran bahwa yang paling hakekat dalam kehidupan adalah keluarga. Sehingga Nabi sendiri memberi parameter kebaikan manusia diukur dari kebaikannya kepada keluarganya
خَيْركُمْ خَيْركُمْ لِأهْلِهِ وَاَنَا خَيْركُمْ لِأهْلِى
"Sebaik-baiknya kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya. Dan aku (Rasulullah) orang yang terbaik diantara kalian kepada keluargaku”
Seakan Allah sedang berkata, “wahai manusia modern, janganlan cari kepuasan di gedung-gedung mewah yang menyediakan berbagai macam kamuflase kesenangan yang tak sejati, kebahagiaan itu bukan karir dan gajimu yang selalu tak memuaskanmu, karena selama ini yang kau kejar sebagai kenikmatan itu hanyalah fatamorgana dunia yang kalian anggap kenikmatan dan keindahan (itu semua perilaku jahiliah). Padahal sesungguhnya sorga itu ada di keluargamu, ada di rumahmu masing-masing yang bisa kau bangun dan kau ciptakakan. Kembalilah kepada keluargamu masing-masing dan berbahagialah atas berkumpulnya keluarga.”
Dalam ayat berikutnya, dapat kita mentadaburi bahwa Corona yang diturunkan ini sejatinya untuk membersihkan manusia dari dosa, membersihkan sebersih-bersihnya dari segala hal yang sifatnya kamuflase, talbis, menuju kesejatian hidup.
Note:JANGAN MUDIK ya untuk sementara waktu jika ingin menyelamatkan keluarga yg jauh😊tetaplah dirumah masing2🙏
========================================================================
4) COVID 19
Kalau Memang kebersihan boleh mencegah corona.. mengapa Itali rakyatnya yg dijangkiti mencecah 135.000 org, kerana Itali antara negara terbersih di Eropah.
Kalau Memang panas boleh membunuh corona..di Iran kini angkanya sudah mencecah 67.000 org, kerana iran negara yang beriklim panas.
Kalau memang dengan berhati hati boleh mencegah corona..mana mungkin Putera Charles & beberapa keluarga istana telah dijangkiti covid19, kerana kehidupan mereka paling hati2 & berwaspada.
Kenapa demikian..?
Mungkin jawapanya,Kerana hidup ini tidak harus selalu sejalan dgn teori, teknologi & akal manusia..
Sudah banyak tenaga perubatan yang tewas dengan virus Covid-19..
Apakah mereka tidak menggunakan APD dengan Betul?
Atau apakah mereka tidam berhati2 dalam menjalankan tugasnya?
Belum tentu juga demikian.
adakah org yg kelihatan sangat dekat dgn Tuhan dijamin tidak akan terkena Corona?
Tidak juga demikian... kerana sudah ada beberapa para Hamba Tuhan & jemaahnya yg terjangkit virus ini bahkan meninggal.
Sesungguhnya . .
Tuhan seakan-akan hendak berbicara kepada Kesombongan kita Manusia... bahwa kita tanpa Tuhan memang kita hanyalah TUMPUKAN DAGING YANG BERNAFAS...
Oleh kerana itu jika Tuhan Berkehendak.. Logika & Teknologi manusia tak akan mampu melawannya..
Siapa yang sakit? Bumi ini atau manusia?
Tiba-tiba..
Disney kehabisan magicnya..
Paris kehilangan romantisnya..
New York kota hingar-bingar akhirnya sunyi sepi...
Tembok Cina tak lagi menjadi benteng yg kukuh, dan Mekkah kini mendadak kosong..
Pelukan & ciuman tiba-tiba menjadi senjata,
Tidak mengunjungi orang tua & teman menjadi tindakan cinta.
Tiba-tiba kita menyadari bahwa kekuatan, kecantikan & wang tidak berharga ketika kita tidak bisa mendapatkan ventilator yg kita perlukan.
Bumi tetap melanjutkan hidupnya & langit masih biru.. sedangkan kita manusia ibarat didalam sangkar.
Tuhan mengirimkan pesan buat kita.
========================================================================
5) Adakah kita sudah bersedia ?
Apa yang bakal berlaku selepas PKP ?
Ramai yang ingat , Selepas sahaja PKP ditamatkan . Kita akan menjalani kehidupan seperti biasa .
Rangkaian covid boleh dihentikan , Tetapi untuk membunuh Virus tersebut adalah sesuatu yang belum diketahui kerana belum ada penawarnya . Jadi , kita masih belum selamat .
Sangkaan itu Mungkin betul , Tapi yang pasti selepas PKP , Kita semua akan menjalani kehidupan dengan New Norm
Kalau perasan sebelum ni , PM awal awal lagi dah sebut , Kita kena biasakan Dengan kehidupan baru Iaitu New Norm .
New Norm ini adalah keadaan dimana kita bakal bebas namun masih dalam keadaan terkawal , ianya Atas risiko masing masing .
Walaupun kes covid dah Zero , Tetapi kemungkinan untuk wujudnya jangkitan wabak semula adalah “ *Possible* “ Yang akan menyebabkan sporadik iaitu jangkitan baru .
Walaupun kita akan bebas keluar semula .
Tetapi , Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi .
1 ) Masih mengamalkan social distancing pada jarak 1 Meter
2 )Keluar bila memerlukan sahaja . Terus pulang kerumah selepas waktu bekerja
3 )Tidak dibenarkan menghadiri atau mengendali majlis yang melibatkan pengumpulan ramai orang seperti Majlis kahwin , konvensyen dan sebagainya
4 ) Tidak dibenarkan keluar negara untuk beberapa tempoh , sehingga satu dunia bebas dari covid . Bila agaknya satu dunia akan bebas dari covid ? Mungkin mengambil masa 1-2 tahun .
5).Tidak digalakkan untuk bercuti dan belegar di shopping mall , Pawagam mahupun Pasar Borong
6). Sentiasa mengamalkan personal hygiene , Hand sanitization , Menutup bersin dengan siku , Memakai Mask jika perlu .
7).Tidak digalakkan melepak di warung , Kedai mamak dan sebagainya . Tiada lagi tontonan Live bolasepak di premis makanan
Apa yang akan berlaku seterusnya ?
1 - Pemilik Microbusiness juga akan terkesan dengan kerugian . Disebabkan pelanggan hanya keluar untuk membeli makanan bila perlu sahaja .
2- Microbusiness juga akan terkesan Seperti Kilang pengeluar , Dan mungkin mereka akan kurangkan bebanan dengan mengurangkan jumlah pekerja .
3- Sektor Perhotelan / Resort / Kelab golf / Shopping complex / Taman tema - Tidak akan menerima kunjungan seperti dulu lagi
4- Syarikat penerbangan juga akan terkesan bila mana mereka hanya boleh dibenarkan untuk terbang dalam negara sahaja
5- Syarikat penjualan kereta akan turut terjejas kerana faktor ekonomi pembeli yang terjejas . Siapa yang akan beli kereta dalam keadaan ekonomi tidak stabil ?
Ada ke bank yang sanggup beri hutang dalam keadaan macam ni ?
6- Sektor pakaian dan servis kecantikan juga akan terjejas . Pelanggan akan mengutamakan perbelanjaan dapur dari kecantikan
7- Bagaimana dengan sekolah / Kolej dan universiti ? Perkara ini agak rumit untuk dibincangkan kerana ianya mempengaruhi pelbagai aspek yang bakal melanggar syarat sosial distancing . kita tunggu dan lihat apa keputusan yang akan dibuat
8- Syarikat pembekal perubatan akan terus sukses kerana mempunyai demand yang tinggi
9 . Rakyat akan mula berjaga jaga , Dan cuba mengelakkan risiko jangkitan .
Rakyat akan lebih peka dengan personal hygiene .
10 - Oh ya ! Siapa yang mahu beli hartanah dalam keadaan ekonomi yang merosot ?
11- Perniagaan perabot juga akan terkesan . Siapa yang mahukan perabot baru dikala income bulanan tidak menentu?
Dan banyak lagi .
Kesimpulan disini , Selepas tamat waktu PKP , Itu bukan lah titik noktah kerana rawatan utama untuk covid masih belum lagi ditemui . Oleh itu.. Risiko jangkitan dan kematian masih tinggi .
6 bulan yang akan datang , Adalah tempoh kritikal yang lebih mencabar dimana rakyat perlu bersedia mental dan fizikal untuk mengharungi fasa pemulihan ekonomi .
*Saranan*
1 Berjimat sebaik mungkin . Apa saja duit simpanan yang ada , Simpanlah selagi boleh .
2- Basuh semula pakaian lama , Dan pakai semula . Jangan bazir duit simpanan dengan pakaian yang baru
3- Hidup dalam besederhana
4- Jimatkan pengunaan elektrik dan air
5- Tangguh dahulu plan percutian sehingga income mula stabil
6- Kurangkan kos perbelanjaan makanan Dengan hanya membeli makanan yang perlu sahaja . . Jangan bazirkan duit dengan makanan pesanan yang ditempah diluar Sebaiknya masak dirumah lebih menjimatkan
7- Jangan bazirkan wang dengan gadget elektronik yang tidak diperlukan .
8-Kurangkan pengunaan kenderaan untuk menjimatkan kos tol , kos selenggara dan kos minyak
9-Menumpang dengan ahli keluarga . atau menyewa rumah . Elakkan pembelian hartanah buat masa ini . Loan pun susah lepas , & Belum tentu lagi pekerjaan yang ada akan masih kekal .
Berikut adalah beberapa saranan sahaja , Untuk memastikan kita boleh survive dalam tempoh 6 bulan - 12 bulan akan datang
New Norm adalah kehidupan baharu yang bakal kita tempuhi . Yang pastinya Bukan mudah , Tetapi adalah untuk keselamatan Nyawa Masing Masing
Dan Ingatlah . Untuk tempoh Ini
“ Cash Is King . “
Jimatlah sebaik mungkin .
Apa yang bakal berlaku seterusnya? Tiada siapa yang tahu
Marilah kita berdoa agar penawar virus ini dapat dijumpai dengan segera , Barulah kita boleh menjana ekonomi kita seperti dulu .
======================================================================
6) Seorang Professor Perubatan Jepun (Professor Physician-Sceintist and Immunologist), Professor Dr. Tasuku Honjo telah mengejutkan media hari ini dengan pendapatnya tentang Covid-19.
Beliau mengatakan bahawa Corona virus ini bukan terbentuk secara semulajadi. Jika ia semulajadi, ia tak akan menyerang seluruh dunia seperti hari ini.
Secara semulajadi, suhu tempat virus itu muncul merupakan satu faktor utama dan faktor cepatnya ia merebak. Jika ia muncul di China, sepatutnya ia hanya merebak dan menyerang negara yang suhunya hampir sama dengan China.
Ini tidak, ia telah menyerang seluruh dunia termasuk tempat sejuk seperti Switzerland dan tempat yang sangat panas seperti di gurun. Jika ia semulajadi dan muncul di tempat sejuk, ia akan mati bila terdedah di tempat yang panas.
Saya telah berkecimpung dalam kajian tentang haiwan dan Virus selama lebih 40 tahun. Corona Virus ini bukan semulajadi. Ia telah dicipta dan dengan bahasa mudahnya adalah buatan manusia.
Saya sendiri juga pernah bekerja di Makmal Wuhan di China. Dan saya sangat kenal dengan semua rakan-rakan setugas saya di sana.
Sebaik sahaja isu Corona Virus ini berlaku, saya telah cuba menghubungi rakan setugas semasa di Makmal Wuhan dahulu. Tapi semuanya gagal di kesan. Semua talian mereka telah tiada perkhidmatan sejak 3 bulan yang lalu. Di sini saya faham, bahawa mungkin mereka semua telah mati.
Berdasarkan kepada semua pengetahuan dan semua kajian saya tentang virus hingga ke hari ini. Saya percaya dan yakin 100% bahawa, Corona Virus ini bukan semulajadi. Ia bukan datangnya daripada Kelawar. Tetapi ia telah dicipta dan dihasilkan oleh China.
Jika apa yang saya katakan ini adalah salah, sebelum atau selepas saya mati, saya benarkan kerajaan menarik semula semua Hadiah Nobel yang pernah saya terima.
Tetapi China telah menipu seluruh dunia dan penipuan ini akan terbongkar. Percayalah suatu hari nanti, kebenaran ini pasti akan diakui oleh semua manusia.
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Tasuku_Honjo
========================================================================
7)Kepada semua,
Ini adalah mesej penting untuk semua
Bagi mereka yang berhujah di kedua-dua belah pihak bahawa kita mesti buka sekarang atau terlalu awal untuk dibuka, ini adalah perkara paling penting yang perlu anda ketahui.
Inilah soalan yang paling banyak dijawab:
Bilakah SELAMAT mengakhiri PKP, mulakan semula?
1 Mei? Atau 15 Mei?
Atau akhir Jun? Atau akhir Julai? Atau Ogos?
Inilah jawapan sebenar:
Tidak pernah.
Tidak akan pernah "SELAMAT."
Kenapa?
Jarak sosial, tinggal di rumah, semua langkah ini - bukankah ini bertujuan untuk "menyembuhkan" Covid-19?
Tidak sama sekali! Ini adalah langkah-langkah untuk melambatkannya, agar tidak memudaratkan sistem penjagaan kesihatan kita.
Sebahagian besarnya, setakat ini kita telah melakukannya.
Namun harus difahami dengan jelas bahawa Ia tidak mengubah penularan Covid-19; atau bagaimana ia merebak dari satu orang ke satu orang yang lain.
Ia hanyaIah bertujuan untuk melambatkanya sehingga kita menemui PENYEMBUH KEKAL.
Perkara yang sangat penting untuk diperhatikan di sini ialah -
Sebaik sahaja kita keluar, virus akan menyebar lagi, & orang-orang dengan sistem kekebalan tubuh yang lemah pasti akan terdedah kepadanya dalam jumlah besar.
Ini adalah kenyataan yang harus kita sedari.
Orang yang terlepas kali ini, berkemungkinan akan dijakiti - tidak kira sama ada kita keluar pada 1 Mei atau 30 September ......
Apa yang perlu kita lakukan sekarang?
Kita perlu melindungi sistem penjagaan kesihatan kita dengan segala cara yang mungkin untuk menangani beban tersebut, tetapi kita jangan silap memahami mengenai hasil dari PKP ini
Oleh itu keperluan masa sekarang adalah -
Sekiranya gaya hidup menyebabkan kita mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah, gunakan masa PKP ini untuk membetulkannya. Ini harus menjadi salah satu resolusi / tindakan utama kita sekarang tanpa keraguan!
Jika tidak, anda meletakkan "beban yang berat" di bahu kita sendiri yang sangat sukar untuk ditanggung ...
Anak muda dan juga orang tua harus memahami & memastikan bahawa ini bukan masanya untuk menikmati makanan yang selesa - tetapi inilah masanya untuk memperkasakan sistem kekebalan tubuh ke tahap yang sihat dan kuat yang mampu dimiliki oleh tubuh kita.
Bagaimana ini dapat dicapai?
1 - Dengan M3makan makanan sihat dan berkhasiat,
2 - Tidur m@lam yang cukup,
- minum air (plain water/air l3mon) s3tiap hari tanpa gagal;
3 – Kur@ngkan minuman sejuk atau bergas;
4 – D3tox diri anda setiap hari;
5 – j@ga jarak s0sial selama beberapa minggu / bahkan beberapa bulan seterusnya sehingga kita mempunyai vaksin atau ubat yang pasti, dan terbukti yang dapat memastikan penyembuhan yang cepat.
Semoga kita semua faham bahawa ini hanyalah permulaan, bukan penghujungnya.
Kita perlu berhati-hati dengan diri kita dengan kebiasaan menjaga kesihatan; kebersihan yang betul-betul baik dalam tempoh PKP dan akan datang ini!
Stay Indoor ! Stay Safe !
======================================================================
8) Hari ini kita boleh melihat betapa syukur itu sangat kurang berada dalam jiwa kita..
PKP salah
PKPD salah
PKPB salah
Bagi BPN salah
Boleh keluar EPF salah
Moratorium salah
Rentas sempadan salah
Rentas negeri salah
Suruh duduk rumah salah
Tak bagi keluar rumah salah
Bagi keluar rumah salah
Iri dengan org duk umah tapi gaji jalan
Iri dengan rezeki org berniaga
Iri dengan penjawat awam
Iri dengan cikgu
Iri dengan ustaz
Iri dengan pemimpin setempat
Iri dengan rakan yang berjaya
Semuanya serba tak kena bila rasa syukur itu kurang dalam jiwa kita
Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada
Belajarlah bersyukur dengan nikmat walau tak sebanyak mana
Kita sepatutnya lebih bersyukur kepada-Nya kerana kita bukanlah diantara orang² yang dijangkiti Covid19.
Teramat besar nikmat ini
Tolonglah sedar wahai sahabat sekalian
Kita doakan yang baik² untuk seluruh umat di muka bumi. Moga covid-19 lekas-lekas pergi..
Dgn izin dari Nya
Insyaallah ❤️
#Allahjagakita
#syukur
9) KALAU JADI LAGI CLUSTER BESAR, KAU BOLEH BAYANG TAK.
Pengarah KKM cakap kat PM, maaf saya undur diri.
Saya surrender.
Sambil tolak mic.
Lepas tu doctor doctor pun follow, maaf kami undur diri.
Surrender.
Sambil buka ppe.
Lepas tu nurse pulak follow, maaf kami undur diri.
Surrender.
Sambil buka ppe.
Lepas tu polis pun follow, maaf kami undur diri.
Surrender.
Sambil kemas kon.
Lepas tu askar pun follow, maaf kami undur diri.
Surrender.
Sambil kemas kemas khemah.
Lepas tu kau sakit, kau g hosp.
Bila ada simptom macam covid.
Diorang cuma cakap, ha ok.
G la rehat bilik tu.
G la rehat bilik tu.
G la rehat bilik tu.
Biar takdir je tentukan hidup awak selepas ini.
Diorang dah surrender.
Habis habisan.
Nak jadi apa, jadilah.
Sebab?
Sebab KITA.
Sebab KITA.
Sebab KITA.
KITA yang over sangat tak dengar arahan.
Jadi,
gunakanlah sebaiknya peluang 4 mei dan seterusnya nanti mengikut keperluan.
Dan ingatlah,
ia sekadar kelonggaran yang diberi,
bukanlah kemenangan yang boleh di rai.
PENTING
Laporan Kes Positif Harian dari 17 Mac 2020
FASA 1
18/3/2020 => 117 Kes
19/3/2020 => 110 Kes
20/3/2020 => 130 Kes
21/3/2020 => 153 Kes
22/3/2020 => 123 Kes
23/3/2020 => 212 kes
24/3/2020 => 106 kes
25/3/2020 => 172 Kes
26/3/2020 => 235 Kes
27/3/2020 => 130 Kes
28/3/2020 => 159 Kes
29/3/2020 => 150 Kes
30/3/2020 => 156 Kes
31/3/2020 => 140 Kes
FASA 2
01/4/2020 => 142 Kes
02/4/2020 => 208 Kes
03/4/2020 => 217 Kes
04/4/2020 => 150 Kes
05/4/2020 => 179 Kes
06/4/2020 => 131 Kes
07/4/2020 => 170 Kes
08/4/2020 => 156 Kes
09/4/2020 => 109 Kes
10/4/2020 => 118 Kes
11/4/2020 => 184 Kes
12/4/2020 => 153 Kes
13/4/2020 => 134 Kes
14/4/2020 => 170 Kes
FASA 3
15/4/2020 => 85 Kes
16/4/2020 => 110 Kes
17/4/2020 => 69 Kes
18/4/2020 => 54 kes
19/4/2020 => 84 kes
20/4/2020 => 36 kes
21/4/2020 => 57 kes
22/4/2020 => 50 kes
23/4/2020 => 71 kes
24/4/2020 => 88 kes
25/4/2020 => 51 kes
26/4/2020 => 38 kes
27/4/2020 => 40 kes
28/4/2020 => 31 kes
FASA 4
29/4/2020 => 94 kes
30/4/2020 => 57 kes
01/5/2020 => 69 kes
02/5/2020 => 105 kes
03/5/2020 => 122 kes
04/5/2020 =>
05/5/2020 =>
06/5/2020 =>
07/5/2020 =>
08/5/2020 =>
09/5/2020 =>
10/5/2020 =>
11/5/2020 =>
12/5/2020 =>
PLEASE!!! KELUAR KE PEKAN BILA ADA KEPERLUAN MENDESAK.
sebarkan utk kesedaran bersama
#kitabelummenang
#perjalananmasihjauh.
=======================================================================
Tiada ulasan:
Catat Ulasan