Jumaat, 13 November 2020

Berkayak di sungai berang

Sungai berang terletak dihulu Terengganu,sungai berang mempunyai panjang sekitar 70 km sehingga ke Kuala berang.Sungai berang berkualakan disungai terengganu dan juga merupakan cawangan sungai Terengganu,Panjang sungai berang berdasarkan Google map bkn panjang yg rasmi...Separuh dari panjang sungai berang melalui kawasan perkampungan dan separuh lagi merupakan hutan rimba..Kampung2 yg dilaluinya ialah,kampung belukar bukit, menerong,pengkalan ajal,pasir pelata,batu 24,tanjung putat dan akhir kg buluh..Hulu sungai berang bermula digunung padang,Gunung padang mempunyai beberapa Hulu Sungai lain seperti sungai tersat..

Sejauh 35 km kawasan yg dilalui sungai berang ialah kawasan kampung yg bermula dikampung belukar bukit himgga kuala berang,Sejauh 35 km lagi iaitu kehulu nya bermula dari pada gunung padang hingga ke kg belukar bukit...Kawasan kampung yg dilalui nya kebanyakan nya merupakan kebun kelapa sawit dan semak2,Dalam 10 km disungai berang ni telah diberi nama sebagai little amazon hulu terengganu.Tak dapat dipastikan sebab2 jolokan ni diberi,Mungkin ada sesuatu yg menarik sehingga jolokan itu diberikan...

Program berkayak yang aku sertai pada 7-11-2020 telah dibuat oleh adik beradik aku sendiri,dia orang yg sewa kayak,aku hanya kayuh je..peserta terdiri dari adik beradik aku,ipar2 duai aku,anak2 saudara aku,pendek kata semua nya dari satu family.Bertolak seawal pukul 8.30 pagi dari kampung belukar bukit melalui kampung2 yg aku sebut diatas,Perjalanan berkayak sejauh 35km menurut google map hingga ke kuala berang,Ditengah2 perjalanan berhenti hanya dua kali,yang pertama dikampung menerung untuk makan2 dan berehat,yang kedua di kg pasir pelata untuk makan tengah hari,Makan tengahari dah pun pukul 2.30 ptg..Sampai dikuala berang atau  kampung buluh pada pukul 6.00 petang,Dikampung buluh ni lah kami menyewa kayak dgn pengusaha kayak dikedai ikan bakar kg buluh..Sewa kayak ialah rm 50 untuk sebuah dan kami menyewa untuk 10 buah kayak,Kos Rm500 dan upah untuk bawak kayak ke belukar bukit ialah Rm80,Tu pun sebab kawan yg punya lori,kalau tuan lori yg tak kita kenal mungkin sewa nya akan lebih tinggi lagi..Jauh perjalanan melalui jalan raya dari kuala berang/kg buluh hingga ke belukar bukit dalam 26km..sekian..

video2




Khamis, 12 November 2020

Bukit balik hidung,kg paya besar kuala berang

Bukit balik hidung terletak dikampung paya besar kuala berang terengganu,Bukit ni jadi popular kpd penduduk sekitar kuala berang sejak perintah berkurung akibat dari pandemic covid 19,Terdahulu dari tu bukit ni tak lah popular sangat,Bukit ni telah terpacak kat tempat nya sejak berjuta2 tahun yang lalu tapi tak dihiraukan  sangat..Akibat dari pandemic covid 19,persatuan pendaki telah mempopularkan tempat ni untuk kegiatan sukan mendaki secara kecil2an kerana bukit balik hidung tak lah tinggi sgt sekadar 132 meter dari paras laut.Bukit balik hidung boleh menjadi tempat utk rekreasi yg baik semasa covid atau selepas covid.Bukit balik hidung boleh didaki oleh segenap lapisan masyarakat kerana tempat ni senang didaki dan terletak didalam kampung,jadi sangat mudah didaki..Tak ada rasa takut dan sebagainya..Walau mcm mana pun baru2 ini terdapat satu kumpulan remaja telah tersesat kerana kehilangan trek disebabkan hari dan gelap sehingga perlu diselamatkan oleh pihak bomba,Bukit balik hidung mempunyai liputan talipon yg sangat baik kerana pencawang pemancar terletak berhampiran...lagi pun tempat ni terletak dalam kawasan bandar oleh itu masalah tiada liputan talipon memang tak ada sama sekali...

Bukit balik hidung

Aku ke bukit balik hidung disebakan tarikan nya,Tarikan nya berupa banyak nya kereta2 yg bersidai kat tepi jalan dan menimbulkan tanda tanya,Setelah dirisik2 baru lah aku tau kereta yg bersidai banyak kat tepi jalan dipunyai oleh pendaki2.Sekali imbas memang macam tak lojik dengan kederaan yang begitu banyak kerana untuk mendaki bukit tapi itu lah yang memang terjadi,Sukar dipercayai sebegitu ramai orang,laksana ada pesta.

Dipuncak nya

Aku daki bukit ni dgn biasa saja, tak ada persiapan apa pun,hanya berbekalkan sebotol air yg dibeli digerai2 yg ada,Mendaki tak jadi masalah kalau tak ada kawan,kita boleh tumpang pendaki2 yg sebegitu ramai,Ramai nya pendaki tak putus2 dari garisan mula sehingga tamat pendakian,Orang sentiasa ada dari belakang dan dari depan,memang tak jadi masalah kalau tak ada kawan untuk mendaki.tumpang je dengan pendaki lain,Oleh kerana aku ni dah berumur pendakian mengambil masa sejam lebih2 sikit,kalau mereka yg muda2 tentu mengambil masa yg singkat untuk mendaki dan menuruni bukit semula..Sekian cerita bukit balik hidung

youtube aku untuk bukit balik hidung


Gambar2