Selasa, 23 Mac 2021

Hiking gunung sarut 1229 mdpl.

Gunung sarut terletak dihulu Setiu Terengganu iaitu dikampung payung Setiu.Tinggi gunung sarut ialah 1229 mdpl, Gunung sarut boleh dikatakan sebagai gunung yg sederhana sahaja.Untuk mendakinya tak lah susah sangat.Siapa sahaja boleh daki gunung ni asalkan boleh berjalan, asalkan ada kemahuan dan minat,budak2 yg berumur 10 tahun pun boleh daki gunung ni asalkan dibawa oleh ibu bapa mereka..Had umur untuk daki gunung sarut lansung tak ada,50 thn kah,60 thn kah atau 70+,Jadi gunung sarut boleh didaki oleh sesiapa saje.

Laluannya menegak dari 30 darjah hingga 60 darjah sahaja dan kebanyakan kecerunan nya lebih kurang dalam 35 darjah  purata.Permulaan pendakian gunung sarut ialah pada 850 mdpl.Laluan sebelum nya utk kegunung sarut Bkn lah gunung sarut pada keseluruhannya,Laluan yg digunakan ialah bukit2 yg ada namanya yg tersendiri.Hal itu telah diberitahu kpd aku oleh guide kami..Gunung sarut berdiri ditapak nya sendiri dgn bergaya walaupun dulunya disokong oleh bukit2 yg lain

Tempat yg menarik dilaluan gunung sarut ialah blue pool,blue pools sebuah kolam yg berwarna biru.dia berdiri disebuah aliran sungai yg bernama sungai payung anak..Selain itu ialah melalui bukit bonsai,bukit ini ditumbuhi oleh pokok2 yg kecil dan rendah2,pemandangan disini boleh dikatakan menarik..Rasa sangat berlainan dgn suhu dingin yg sederhana..

Atur cara hiking gunung sarut dgn team One family.
Day One 21-3-2021
1) start mendaki pada pukul 8.45 pagi dgn 15 org peserta,di jambatan gantung air terjun payong
2) pada pukul 10.00 pagi sampai diblue pools
3) Sampai di kem bonsai pada pukul 2.14 petang
4) bermalam untuk day One.
5) menikmati malam dikem bonsai yg indah dan sejuk,kem bonsai diparas 850 mdpl,kem bonsai boleh dikatakan sebagai island in the jungle..


Day two..22-3-2021

1) seawal jam 6.30 pagi mendaki untuk tgk matahari terbit.
2) Sampai puncak gunung sarut 1229 mdpl pada pukul 8.30 pagi.
3) bertolak dari atas gunung ke kem bonsai pada pukul 9.20 pagi
4) sampai kem bonsai pada pukul 10.50 pagi 

5)bertolak balik pada pukul 11.30 pagi..

6) sampai di blue poll pada pukul  2.00 petang..
7) bertolak dari blue poll ke jambatan gantung pada pukul 3.10 petang
8) sampai dijambatan gantung pada pukul 3.40
9) bersurai dan balik rumah pada pukul 4.00 petang.

Perincian perjalanan.

1) lapan empat lima pagi bermula dijambatan gantung air terjun payung.kecerunan kat sini hanya 10-20 darjah..Pada pukul 10.00 pagi sampai di blue pool,blue pool ada lah salah satu penanda  dipendakian gunung sarut.. Biasanya kat sini,pendaki2 akan bergambar dan melihat kebiruan kolam blue ni.

2).10.15 pagi meneruskan perjalanan,pada peringkat ini lah pendakian benar2 memenatkan kerana kecerunan nya boleh dikatakan gila juga,Kecerunan dalam 30- 60 darjah..Keseluruhan pendakian ini dalam 2.5 km menegak,Sikit2 je landai..

3) Selepas melepasi 2.5 km pendakian yg tak ada ampun nya,tiba dikawasan yg agak melandai dan ada pulk laluan nya  menurun, tapi yg banyak mesti lah menaik,Laluan ini pula dalam 2 km.Kat sini lah  hutan bonsai,tiba disini pada pukul 2.15 petang,Kat sini lah tempat untuk bermalam,Biasanya pendaki2 akan buat mcm tu,tapi ada juga pendaki yg buat pendakian sehari tanpa tidur di kem bonsai.Kem bonsai ini boleh dikatakan sebagai "island in the jungle" sebab tempat nya tu...Kat hutan bonsai ni ketinggian nya 850 mdpl..Keseluruhan pendakian pada hari pertama dari bawah hingga kem bonsai ialah 5 jam 20 minit,sejauh lebih kurang 6.5 km..

4) Start mendaki pada hari kedua dari kem bonsai ialah pada pukul 6.30 pagi,Kecerunan laluan ini hingga puncak dalam 30-40 darjah untuk dua kilo meter yg pertama,Selepas itu merupakan laluan puncak yg kebanyakan kecerunanan nya dalam 10 darjah sehingga puncak 1229 mdpl.Sampai puncak pada pukul 8.30 pagi..Pendakian dari kem bonsai hingga puncak melalui hutan bonsai yg cantik menawan..Seluruh pendakian hari kedua dalam 3 km 


Tiga orang guide dari kampung payung,yang pertama dari kiri ialah, zakir nombor dua adam dan nombor lima ialah wan,semua hensen dan masih muda,umur dalam 20 ke bawah.Tiga orang guide ni memang gagah perkasa,Kata anak2 saudara aku,dia orang ni berjalan macam tak ada nadi,macam tak ada graviti..punya lah perkasa guide2 ni..nombor talipon guide ialah 01129842943 ( WAN )


5) Turun dari 1229 mdpl ke kem bonsai pada pukul 9.10 pagi,Bertolak balik dari kem bonsai kebawah pada pukul 11.30 dan sampai ke blue pool pada pukul 2.00 petang..Dari blue pool hingga sampai rumah,masa nya tak boleh diambik kira lagi sebab di ruangan ini dah banyak bermain,mandi2,minum kat kedai dan santai2 dengan guide yg hensen dari kampung payung.

Kesimpulan pendakian dan penurunan:

1) pendakian 7 jam 20 minit

2) Menurun  4 jam...

Jarak antara jambatan gantung hingga puncak gunung sarut lebih kurang 9.5 km,Jarak diambik mengunakan aplikasi strava...

SEKIAN



dalam hutan bonsai




Jumaat, 19 Mac 2021

aku terpesona dengan bukit maras..

 Bukit maras terletak di batu rakit daerah nerus terengganu.Tinggi bukit ni 329 mdpl,Walau pun setinggi itu tapi pendakian nya setinggi lebih dari 300 mdpl kerana permulaan pendakian diketinggian 14 mdpl..Bukit2 yg lain yg terletak jauh dari laut biasanya tempat mula daki ditempat yg sudah tinggi seperti bukit2 dihulu2.Laluan dibukit maras ialah jalan tanah merah atau jalan kekebun kerana disepanjang laluan nya terletak kebun2 penduduk berdekatan.Panjang laluan ini ialah lebih dari 3 km sehingga puncak.Kecerunan sepanjang laluan ialah 30 darjah hanya ada tempat2 kecerunan nya dalam 40 darjah..Dilaluan nya ada tempat rehat dan gerai,sekurang2nya ada satu gerai dipertengahan bukit,Gerai yg sangat menarik..Dipuncak ada penjual yg berniaga,agak2 nya penduduk tempatan,Jualan berupa makanan ringan dan minuman,Standard lah,Bukan nak jual kereta kat atas bukit..

Ini lah warung yg aku maksudkan,Ada macam2 juga jualan kat warung ni,Seperti air minum dan coklat2,Jeruk pun ada..Best sangat.

Aku kebukit maras pada 18-3-2021.Masa yg aku abik untuk kepuncak bukit ialah satu jam lima minit,Dah kira ok tu sebab kat pertengahan perjalanan banyak berhenti2 serta melencung tenguk batu kajang,Kat batu kajang pun dah ambik masa sedikit,Menarik juga batu kajang ni sebab keadaan batu yg bersandar macam tu,Agak2 nya siapa lah yg tolong sandarkan batu tu,Mungkin mat asan kelembai atau jin..hahaha.

batu kajang

Pada aku bukit maras mempunyai pontensi besar untuk maju kerana senang untuk pergi dan mempunyai banyak kelebihan..Salah satu kelebihan ialah kita akan dihidangkan dengan pemandangan yg sangat indah,Laut china selatan terbentang luas dengan menampakan pulau2 yg popular seperti pulau redang,pulau bidong dan pulau kapas yg sayup2 kelihatan.Selain itu boleh juga santai2 mendaki sambil minum2 digerai yg ada walau pun tak mampu untuk kepuncak,(orang tua2 lah ni hahaha)..Selain itu bukit maras sangat sesuai untuk berkhemah sambil menikmati permandangan malam bandar kuala terengganu yang indah..Kapada aku gerai ditengah2 perjalanan sangat indah,menarik sangat,aku rasa macam nak tidur kat gerai tu,Kat situ plk ada aliran air yg jernih..Kira nya cukup pakej hendak dinamakan sebagai sangat menarik..Begitu lah cerita aku tentang bukit maras pada pandangan aku..Sekian









Rabu, 10 Mac 2021

Hiking bukit tok gunung...765 mdpl

Bukit tok gunung dilihat dari atas jambatan kampung dusun

Bukit tok gunung terletak dikampung Jenagor hulu Terengganu.Tinggi bukit ni sekitar 765 mdpl..Bukit ini berkaki di empangan Sultan mahmud,kenyir..Sebahagian besar dari bukit ni merupakan hutan simpan dan sebahagian nya ialah tanah kebun penduduk kampung dibahagian bawah nya.Bukit ini telah diambil khazanah nya iaitu balak berdasarkan kpd banyaknya rantaian jalan balak lama yg berselirat disebahagian dari bukit nya.Jalan balak lama kelihatan bekasnya sehingga hampir kepuncak bukit,Sangat teruk pengurusan bukit ini,Dikatakan hutan simpan tapi mungkin disimpan kapada orang yang berkepentingan,contoh nya mungkin orang politik,dengan sebab orang politik lah sebahagian besar negara malaysia musnah.
Dibawah pencawang TNB

Untuk kebukit tok gunung memerlukan permit dari pihak kerajaan,kalau masuk hutan tak ada permit telah menjadi salah yg besar,ribu2 denda nya.Bab ni lah yang aku sangat hairan,seolah2 dengan permit tersebut tak ada seinci pun bumi malaysia yang gondol disitu dan disini,tapi yg nyata kebanyakan hutan telah musnah..Pada pendapat aku lah,tak perlu kpd permit kalau sekadar untuk daki bukit sebab pendaki tak bawak kemusnahan apa pun,sebab pendaki hanya bawak kamera,khemah dan pisau kecik,pendaki tak sesekali bawak buldozer masuk hutan untuk daki bukit,yang bawak buldozer ialah pihak kerajaan sendiri,bukan nya pendaki bukit untuk hiking...Walau macam mana pun ada plk yg cakap permit itu bukan apa sangat,Sekadar untuk lapuran kalau ada yg daki bukit itu sesat atau kemalangan,jadi senang bantuan diberikan.Kalau sekadar untuk lapuran memasuki hutan aku fikir ,pendaki bagi nama kapada pengerusi mpkk atau jkkk  sahaja dan pandai lah jkkk atau mpkk menguruskan kalau terjadi apa2,pengerusi mpkk atau jkkk bukan nya bodoh,aku fikir pengerusi2 ni lebih cerdik dari pegawai2 kerajaan sendiri.Sebelum aku kutuk pihak kerajaan secara lebih2 baik kiranya aku cerita pendakian aku kebukit tok gunung,Kalau kutuk kerajaan pun tak beri bekas apa2 sebab dia orang yang berkuasa malah sangat berkuasa,malah dia orang boleh buat apa saja dengan kehendak mereka tampa boleh dibantah lansung,kalau dibantah kita akan didenda dan di jel...Rakyat hanya lah mentimun,yang berkuasa ada lah durian.. 



Pancur ini terletak pada 250mdpl.Dari sini untuk kepuncak masih ada berbaki 2/3 dari keseluruh perjalanan..

Untuk mendaki ke bukit tok gunung laluan nya ada dua peringkat iaitu peringkat pertama iaitu laluan jalan balak yg belum lagi ditumbuhi pokok,Peringkat yg kedua ialah laluan hutan yang ada laluan balak yang lama..Permulaan laluan masuk ialah dikampung jenagor atau lebih tepat ditepi kampung jenangor di tepi jalan raya yg menuju ke empangan sultan mahmud kenyir..Dari sini kita start mendaki bukit dilaluan yg berbatu,kecerunan dalam 20 darjah,Jalan berbatu ni merupakan jalan untuk ketangki bekalan air bukit ke kampung jenagor dan kampung dura.Bekalan air ke ke dua kampung tersebut ada dua iaitu dari JBA dan air bukit...Laluan ke puncak bukit tok gunung telah ditanda dengan empat check point..Setiap Check point lebih kurang satu kilometer setengah jadi semua nya sehingga puncak ialah dalam 7.5km,Punya lah jauh nak ke puncak.Dilaluan balak sejauh 2.6 km kerana  ke check point ke dua terletak dilaluan hutan..Dilaluan peringkat pertama ada sebuah aliran air yg agak besar,Aliran ini dinamakan sebagai pancur..Pancur ini habis ditepi pintu masuk ke empangan kenyir dibawah bukit.Aliran ini lah yang menampung bekalan air bukit ke kampung jenagor dan kampung dura..Tinggi ditempat ini ialah 250 mdpl iaitu 100 meter dari puncak empangan kenyir.Masa yang diambil untuk sampai ke pancur ini dalam 1 jam 15 minit dari garis mula.Dipancur ini lah biasa nya pendaki berehat setika untuk melepaskan lelah..Berehat biasanya mengambil masa dalam 20 minit..
Bergambar dijendela pandang

Peringkat yg kedua merupakan laluan hutan,pada sesetengah laluan nya merupakan jalan balak yg sangat lama sehingga telah ditumbuhi pokok yg  besar2.Kecerunan laluan ini dlm 30-40 darjah.Laluan hutan kepuncak lebih kurang 5 km,masa untuk sampai puncak dlm 3 jam itu pun bergantung kpd pendaki,kalau gagah perkasa mungkin sejam sahaja,kalau kurang gagah mungkin lebih dari tiga jam.Tp mungkin ada makhluk lain boleh sampai sepantas kilat,contoh nya jin.Jin makhluk berjirim,dia tak ada hal untuk laju macam kilat, hahaha...
Makan dipuncak bukit tok gunung

Perjalanan aku mendaki bukit tok gunung bersama team adik beradik aku yg diberi nama one family..
1) Pukul 7.20 pagi start mendaki dikampung Jenagor.
2) sampai check point pertama  pukul 8.02 pagi.
3) Sampai pancur pada pukul 8.36 pagi
4) Mula mendaki dilaluan hutan pada pukul 8.56.
5) Sampai check point ke-2 pada pukul 9.10 pagi..
6) Sampai check point ke-3 pada pukul 10.10 pagi.
     Check point ke-3 ialah jendela pandang
7) Sampai Check point ke-4 Pada pukul 11.10
8) Sampai puncak pada pukul 12.02 tengah hari...
9) Bertolak balik pada pukul 12.56 tengah hari.
10) Sampai dibawah yakni laluan balak pada pukul 3.03 petang..
11) Bertolak balik untuk ke garisan mula pada pukul 3.50,Selepas mandi2 di pancur serta solat zohor.
12) Sampai digarisan mula pada pukul 4.50 petang
Atas puncak bukit tok gunung

Begitu lah cerita hiking aku dan team one family ke bukit tok gunung di kampung jenagor hulu terengganu..Semua perjalanan dalam 7.5 km dari garis mula hingga puncak bukit tok gunung..Semua atur cara yang diatas tu memang tepat apa yg aku dan team buat...Mungkin pendaki2 yg hebat2 boleh buat hanya 3 jam atau kurang dari tu.Aku dan team dapat buat dari garisan mula hingga puncak hanya 4 jam 42 minit..Mula pada pukul 7.20 sampai pada pukul 12,02 minit...Tak rok cetong...ha3...sekian..




Selasa, 9 Mac 2021

Hiking bukit tawang 605 mdpl

Bukit tawang terletak dikampung kuala pueh.Kuala Berang terengganu..Tinggi bukit tawang 605 mdpl.Walau pun hanya setinggi itu, untuk mendaki nya sangat memenatkan, Bahagian atas bukit tawang ialah tanah kerajaan tp bukan hutan simpan,Tanah dipinggiran bukit nya kepunyaan penduduk kampung.Pada 100 meter di bahagian atas nya,laluan tersangat nipis lebih kurang hanya 2 meter sahaja sedang kan kecuraman dikedua2 belah laluan sangat curam,70 hingga 80 darjah yakni macam dinding bangunan..Kalau ketiadaan pokok menjadi sangat sulit untuk melaluinya.Kalau tiada pokok yang mengabui mata,sangat mengerunkan.

Bukit tawang dilihat dari jauh

Pendakian bukit tawang mempunyai tiga peringkat,Peringkat pertama ialah laluan dalam tanah rancangan felcra dan tanah orang kampung..Laluan nya macam dalam kebun2 biasa.Dilaluan ini boleh dilalui dengan kereta sehingga kekaki bukit tawang.Jarak dalam satu kilometer lebih2 sikit.

Laluan yang kedua ialah laluan jalan balak lama.Laluan balak boleh dilalui oleh pancuan 4 roda dan motosikal yg sesuai.Kecerunan laluan balak antara 20-30 darjah.Panjang laluan ini jgk dalam sekilo meter lebih2 sikit.Laluan balak ini dah cukup memenatkan tapi kalau mengunakan motosikal atau pancuan 4 roda mungkin kepenatan daki bukit tawang boleh diselesaikan separuh2..hahaha

.Laluan ketiga ialah laluan hutan,Laluan hutan mempunyai kecerunan antara 40-50 darjah.Laluan hutan  sangat memenatkan walaupun laluan nya tak lah panjang sangat untuk mencapai puncak..

Dibawah pencawang TNB.Kat sini boleh dikatakan hampir separuh utk capai puncak

Pada pandangan aku bukit tawang akan menjadi tarikan baru untuk pendaki2.Bukit tawang merupakan sebuah bukit yang sederhana.Sesuai didaki oleh ramai orang yg sihat.Orang yang mempunyai penyakit memang kurang sesuai.hahaha.Kalau orang sakit lebih baik duk dirumah je,layan sakit...hehehehe..

Baru2 ini aku dan team keluarga aku telah mendaki bukit tawang.Team keluarga aku dinamakan sebagai One Family.Semua peserta terdiri dari kelurga aku sahaja.Team kelurga aku tak ingin mendaki kalau ada orang asing yg mendaki disebabkan malu,hahahaha..Malu bermaksud tak ingin menyusahkan peserta lain yg gagah perkasa,Malu maksudnya takut kena tinggal, Kalau dengan keluarga sendiri tak jadi masalah untuk lambat atau pun cepat,Ikut suka untuk berehat walaupun banyak kali, Tak jadi masalah kalau nak berehat selang beberapa langkah.

Pergi ramai2 ni memang suka,lebih2 lagi dengan kelurga,tiada tekanan..

Atur cara pendakian aku dan team One Family..

1) Bermula dekat pejabat felcra kampung kuala pueh pada pukul 8.32 pagi..Naik motor dan pancuan empat roda didalam rancangan felcra kg kuala pueh sehingga kelaluan balak dikaki bukit tawang....

2) Mendaki dilaluan balak sehingga ke pencawang TNB..Sampai betul2 disempadan laluan hutan dibahagian atas pada pukul 9.40 pagi..Pendakian ni berkecerunan dalam 20-30 darjah.

3) Mula mendaki laluan hutan pada pukul 9.45 pagi setelah rihat sekejap..Dilaluan akan melintasi jendela pandang dan  permatang palas.Laluan ketika ini dalam 40-50 darjah..Permatang palas boleh dikatakan sesuatu yang menarik kerana banyak nya pokok palas yg tumbuh,mungkin dibukit2 ada pokok palas tapi tak banyak yg berkumpul seperti dibukit tawang..Kamcing sangat pokok2 tu antara satu dengan lain...hehehe.

4) Sampai kekemuncak pada pukul 11.10 pagi..

5) Setelah menikmati awan putih yang menghiasi alam serta kabut tebal kerana hujan turun dengan lebat,Kami menuruni bukit tawang pada pukul 12.00 tengah hari..

6) Sampai dikenderaan pada pukul 1.30 tengahari

7) Makan didalam hujan serta mandi manda dilata dibawah bukit tawang..

8) Bertolak balik pada pukul 3.00 petang..(Punya lah lama makan dan mandi manda diair yg keruh ditengah hujan)..

Air terjun dikaki bukit tawang..Air terjun ni menjadi salah satu tempat yg mesti disinggahi bila mendaki bukit tawang.Biasa nya guide akan bawa ketempat ni setelah aktiviti mendaki tamat,tapi sayang tempat ni tak ada kemudahan asas lansung,mungkin tiada kemudahan asas disebabkan tempat ni masih sangat baru..Harap pengurusan akan buat sesuatu...

Untuk kebukit tawang memerlukan perkhidmatan guide,Sangat penting mengunakan khidmat guide kerana untuk keselamatan dan menempuh tanah orang kampung.Biasa nya guide orang tempatan yg mahir dibukit tawang.Bayaran guide boleh ditentukan dengan guide sendiri,mungkin ada tawar menawar dengan sebab2 tertentu,Team aku ni kena rm 10 untuk seorang,Kami pergi seramai 20 orang..Oleh kerana bukit tawang hanya tanah kerajaan yg bukan hutan simpan,kelulusan pejabat hutan tak perlu...

One family diatas puncak bukit tawang..

Perjalanan pendakian mengambil masa 2 jam 40 minit dari pejabat felcra kuala pueh sehingga puncak..Menuruni bukit mengambil masa selama 1 jam setengah.Semua pendakian dan menuruni bukit didalam hujan yg lebat,Masa yang diambil mungkin sangat lewat dari pendaki2 yg gagah perkasa.Mungkin pendaki2 lain boleh buat masa yg lebih cepat,mungkin sejam setengah atau lebih cepat lagi,Bagi aku masa dua jam 40 minit itu dah cukup cepat..Semua pendakian yg tak termasuk mengunakan kenderaan mungkin dalam tiga kilometer...Sekian cerita hiking bukit tawang...