Selasa, 9 Mac 2021

Hiking bukit tawang 605 mdpl

Bukit tawang terletak dikampung kuala pueh.Kuala Berang terengganu..Tinggi bukit tawang 605 mdpl.Walau pun hanya setinggi itu, untuk mendaki nya sangat memenatkan, Bahagian atas bukit tawang ialah tanah kerajaan tp bukan hutan simpan,Tanah dipinggiran bukit nya kepunyaan penduduk kampung.Pada 100 meter di bahagian atas nya,laluan tersangat nipis lebih kurang hanya 2 meter sahaja sedang kan kecuraman dikedua2 belah laluan sangat curam,70 hingga 80 darjah yakni macam dinding bangunan..Kalau ketiadaan pokok menjadi sangat sulit untuk melaluinya.Kalau tiada pokok yang mengabui mata,sangat mengerunkan.

Bukit tawang dilihat dari jauh

Pendakian bukit tawang mempunyai tiga peringkat,Peringkat pertama ialah laluan dalam tanah rancangan felcra dan tanah orang kampung..Laluan nya macam dalam kebun2 biasa.Dilaluan ini boleh dilalui dengan kereta sehingga kekaki bukit tawang.Jarak dalam satu kilometer lebih2 sikit.

Laluan yang kedua ialah laluan jalan balak lama.Laluan balak boleh dilalui oleh pancuan 4 roda dan motosikal yg sesuai.Kecerunan laluan balak antara 20-30 darjah.Panjang laluan ini jgk dalam sekilo meter lebih2 sikit.Laluan balak ini dah cukup memenatkan tapi kalau mengunakan motosikal atau pancuan 4 roda mungkin kepenatan daki bukit tawang boleh diselesaikan separuh2..hahaha

.Laluan ketiga ialah laluan hutan,Laluan hutan mempunyai kecerunan antara 40-50 darjah.Laluan hutan  sangat memenatkan walaupun laluan nya tak lah panjang sangat untuk mencapai puncak..

Dibawah pencawang TNB.Kat sini boleh dikatakan hampir separuh utk capai puncak

Pada pandangan aku bukit tawang akan menjadi tarikan baru untuk pendaki2.Bukit tawang merupakan sebuah bukit yang sederhana.Sesuai didaki oleh ramai orang yg sihat.Orang yang mempunyai penyakit memang kurang sesuai.hahaha.Kalau orang sakit lebih baik duk dirumah je,layan sakit...hehehehe..

Baru2 ini aku dan team keluarga aku telah mendaki bukit tawang.Team keluarga aku dinamakan sebagai One Family.Semua peserta terdiri dari kelurga aku sahaja.Team kelurga aku tak ingin mendaki kalau ada orang asing yg mendaki disebabkan malu,hahahaha..Malu bermaksud tak ingin menyusahkan peserta lain yg gagah perkasa,Malu maksudnya takut kena tinggal, Kalau dengan keluarga sendiri tak jadi masalah untuk lambat atau pun cepat,Ikut suka untuk berehat walaupun banyak kali, Tak jadi masalah kalau nak berehat selang beberapa langkah.

Pergi ramai2 ni memang suka,lebih2 lagi dengan kelurga,tiada tekanan..

Atur cara pendakian aku dan team One Family..

1) Bermula dekat pejabat felcra kampung kuala pueh pada pukul 8.32 pagi..Naik motor dan pancuan empat roda didalam rancangan felcra kg kuala pueh sehingga kelaluan balak dikaki bukit tawang....

2) Mendaki dilaluan balak sehingga ke pencawang TNB..Sampai betul2 disempadan laluan hutan dibahagian atas pada pukul 9.40 pagi..Pendakian ni berkecerunan dalam 20-30 darjah.

3) Mula mendaki laluan hutan pada pukul 9.45 pagi setelah rihat sekejap..Dilaluan akan melintasi jendela pandang dan  permatang palas.Laluan ketika ini dalam 40-50 darjah..Permatang palas boleh dikatakan sesuatu yang menarik kerana banyak nya pokok palas yg tumbuh,mungkin dibukit2 ada pokok palas tapi tak banyak yg berkumpul seperti dibukit tawang..Kamcing sangat pokok2 tu antara satu dengan lain...hehehe.

4) Sampai kekemuncak pada pukul 11.10 pagi..

5) Setelah menikmati awan putih yang menghiasi alam serta kabut tebal kerana hujan turun dengan lebat,Kami menuruni bukit tawang pada pukul 12.00 tengah hari..

6) Sampai dikenderaan pada pukul 1.30 tengahari

7) Makan didalam hujan serta mandi manda dilata dibawah bukit tawang..

8) Bertolak balik pada pukul 3.00 petang..(Punya lah lama makan dan mandi manda diair yg keruh ditengah hujan)..

Air terjun dikaki bukit tawang..Air terjun ni menjadi salah satu tempat yg mesti disinggahi bila mendaki bukit tawang.Biasa nya guide akan bawa ketempat ni setelah aktiviti mendaki tamat,tapi sayang tempat ni tak ada kemudahan asas lansung,mungkin tiada kemudahan asas disebabkan tempat ni masih sangat baru..Harap pengurusan akan buat sesuatu...

Untuk kebukit tawang memerlukan perkhidmatan guide,Sangat penting mengunakan khidmat guide kerana untuk keselamatan dan menempuh tanah orang kampung.Biasa nya guide orang tempatan yg mahir dibukit tawang.Bayaran guide boleh ditentukan dengan guide sendiri,mungkin ada tawar menawar dengan sebab2 tertentu,Team aku ni kena rm 10 untuk seorang,Kami pergi seramai 20 orang..Oleh kerana bukit tawang hanya tanah kerajaan yg bukan hutan simpan,kelulusan pejabat hutan tak perlu...

One family diatas puncak bukit tawang..

Perjalanan pendakian mengambil masa 2 jam 40 minit dari pejabat felcra kuala pueh sehingga puncak..Menuruni bukit mengambil masa selama 1 jam setengah.Semua pendakian dan menuruni bukit didalam hujan yg lebat,Masa yang diambil mungkin sangat lewat dari pendaki2 yg gagah perkasa.Mungkin pendaki2 lain boleh buat masa yg lebih cepat,mungkin sejam setengah atau lebih cepat lagi,Bagi aku masa dua jam 40 minit itu dah cukup cepat..Semua pendakian yg tak termasuk mengunakan kenderaan mungkin dalam tiga kilometer...Sekian cerita hiking bukit tawang...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan