Jumaat, 5 Februari 2021

aku sebagai contact rapat covid 19..

Sebulan yang lalu hulu terengganu merupakan daerah yg tak ada jangkitan covid 19 .Hulu terengganu dapat bertahan sehingga ke tarikh itu tanpa covid 19,Covid 19 telah ada dihulu terengganu bermula dari seorang pelajar disebuah pondok yg pulang ke kampung nya diselangor tp ada yg kata pelajar itu telah mengikut rombongan dakwah ke sebuah markas mereka diselangor.Rombongan itu balik ke mukim aku pada hari selasa  5-1-2021.Seramai 5 orang dari tempat aku sendiri merangkap kawan aku sendiri,Di tarikh itu penduduk kampung aku serta aku sendiri tak tau apa2 tentang rombongan tersebut dan khas nya seramai lima orang kawan aku.Cuma dari pihak penduduk kampung tahu yg semua mereka berlima telah menyertai rombongan balik keterengganu dari selangor,Ramai yg berjaga2 tapi ramai yg tak tau cerita lima orang yg balik dari selangor,

Yang berkaitan sangat dengan aku tentang tajuk kontek rapat ialah diketika aku kekedai untuk berkopi nescaffe,Kat kedai tersebut salah seorang dari lima orang ada dikedai tersebut,Aku tak kisah sangat bab kawan aku ni,aku tak syak apa2,bercakap seperti biasa.Masa tu hari kamis 7-1-2021,tarikh itu pkp dan dharurat belum lagi diumumkan.Kali pertama aku berdekatan dengan salah seorang yg baru pulang dari selangor,kali kedua pada hari jumaat ketika solat jumaat yakni 8-1-2021..Masa tu aku masih tak tau lagi status covid 19 nya.Pada hari sabtu pecah lah berita mengatakan kelima2 kawan aku telah diminta kehospital untuk saringan covid 19 kerana ada beberapa orang dalam rombongan bas yg balik dari selangor telah positif covid 19..Pada hari isnin dapat lah berita yg mengatakan tiga dari lima orang kawan aku telah positif covid 19..Salah seorang yang positif ialah yg paling rapat dengan aku..

Masa aku tahu cerita tu aku macam seolah2 nak demam,tekak rasa sakit walau pun lansung tak sakit.Badan rasa lemah lesu walau pun masih gagah perkasa,Aku talipon kesana kesini bertanya kabar tentang sikap kawan aku yg juga rapat dengan kawan yg positif,Ramai sebenarnya yg rapat,maklum lah dah dikedai tentu ramai kontak nya,tiga plk yang positif.Macam2 cerita yg keluar,ada yg cakap akan disaring beberapa buah kampung,kerana yg positif telah berjalan merata2 sehingga sampai kebandar.,BESAR PUNYA CERITA..Aku semakin mengeletar takut,lagi pun aku memang takut kehospital,aku takut kena cocok dan aku tak pernah sampai pun kehospital untuk terima rawatan kerana aku memang tak pernah sakit,sehinggakan sampai aku tua ni pun aku masih tak ada kad hospital,kalau aku deman2 je,aku keklinik swasta,aku kehospital pun kerana bawak mak aku menerima rawatan bulanan nya,tak lebih dari tu.Dimasa sekarang ni pun,masa aku karang cerita ni,aku telah berkira2 macam mana aku nak terima vaksin corona virus yg akan diberikan seluruh penduduk malaysia sehinnga march tahun 2022 ni,,Aduhhh takut betul aku kena cocok.

Berbalik kapada cerita aku...Setelah yakin kawan aku positif dan ditahan dipusat kuaratin,aku talipon kawan aku yg berkerja lansung pasal covid 19..Dia menerangkan prosedur yang berkaitan dengan covid..Dia cakap,setelah covid positif kapada seseorang,orang yg kedua yang akan disaring/swab ialah ahli keluarga yg positif,kalau ahli keluarga juga positif,orang yang akan disaring lagi ialah kontek rapat nya,salah seorang kontek rapat itu ialah aku dan ramai lagi..Begitu kata nya ,kawan aku menasihatkan aku supaya berkurung dulu,jangan rapat dengan sesiapa sehingga langkah di ambik oleh pihak KKM,KKM  tau apa nak dilakukan nya.Kawan aku juga bertanya,berapa hari kah aku rapat dengan kawan yg positif,Aku cakap dah lima hari,Dia juga tanya sama ada aku ada sakit tekak,demam,batuk2,Aku cakap tak ada dan sememang tak ada pun..kawan aku meminta bersabar sehingga diberitahu kemudian oleh pihak KKM,Kawan aku jgk cakap dalam masa sepuluh hari covid akan ada simpton nya kalau dlm masa tersebut tak ada simpton,kita tak dijangkiti..Masa yang benar2 tepat ialah empat belas hari....

Oleh kerana rasa takut dengan covid,ada dari kawan aku serah diri kat pusat covid kat tempat aku ni,Serah diri untuk disaring dan sebagainya.Dipusat covid mesti dah sedia maklum akan semua kes,Doktor kat situ menyuruh kawan aku balik je dengan nasihat kurang kan rapat dengan sesiapa walaupun tak tau status covid,berjaga2 dahulu..

Dalam aku kuaratin  diri sendiri tanpa disuruh oleh KKM aku dapat berita yg keluarga yang positif semua nya negatif kecuali seorang dipakai gelang putih,Pada waktu aku terima berita tu,aku dah masuk sembilan hari rapat dengan kawan aku yg positif..Dengan cerita tu aku yakin aku tak kena jangkitan,Bukan aku saja tapi semua kawan2 aku yang lain.

Pada hari ini 5-2-2021 iaitu sesudah dua puluh lapan hari aku rapat dengan positif covid, semua yang positif telah ada dirumah,maksudnya dah boleh balik,mungkin dah sembuh..Walau macam mana sembuh pun aku tenguk tak ada orang yg dekat dengan kawan aku tu,termasuk dengan aku juga.Walau pun sadis tapi hakikat mesti diterima,bak kata kawan aku yg kontek rapat,

"saper suruh mu gi tempat zon merah,kesihatan orang lain kena jaga juga,jgn mementingkan diri sendiri,"

Bab ni aku malas nak cakap apa tp menurut kata seorang doktor:

"kita jangan sesekali pulaukan orang yg dah sembuh dari covid,kerana orang dah sembuh itu pasti tak akan jangkitkan virus kpd orang lain,kita hendak lah risau kpd orang yg kita tak tau status nya,".Dr malar santhi...

 SEKIAN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan