Khamis, 4 Februari 2021

SOP Pkp yang berat sebelah...


Umum telah memgetahui bahawa PKP pada kali kedua bermula dari 22-1-2021 sehingga 4-2-2021 dan kini telah disambung lagi sehingga 18-2-2021 bagi negeri terengganu dan beberapa negeri yg lain disemenjung Malaysia..Aku tak jadi masalah sangat bab PKP sebab aku boleh hidup hanya dengan memakan bubur nasi berhari2 tanpa rasa apa2,lagi pun ini kan zaman susah,kalau dah susah mesti hidup dengan cara susah.Walau macam mana pun setakat sekarang tak jadi masalah tentang makan minum aku tapi tak lah makan sesedap orang kat bandar2,sekadar hanya makan ulam2 begitu jer.

Yang jadi tanda tanya aku ialah tentang  SOP nya,Kapada aku SOP yg dilaksana kan sangat berat sebelah.SOP nya plk sangat bermacam2,Sekali begitu dan sekali plk begini.Berat sebelah maksudnya tak adil.Sop yg menjolok mata kpd aku ialah kehadiran ke masjid untuk menunaikan solat,sama ada untuk solat berjemaah atau solat jumaat,Ada aku dengar solat Jumaat dihadkan makmumnya hanya 40 ahli jemaah je,yakni cukup bilangan.Solat berjamaah nya plk ada yg kata 5 org ada yang kata 12 org pada satu2 waktu..Pergi bersolat diminta supaya mematuhi SOP dengan sebaik2nya,dikawal plk oleh angota rela,ada masa nya plk anggota polis pun ada untuk memantau orang yg bersolat,sama ada patuh atau tak patuh SOP,Kalau tak patuh masjid akan ditutup,Terdengar mcm menjadi salah yang besar apabila hadir kemasjid,Ada yg cakap macam negara israel plk.Setakat ni aku tak dengar lagi masjid ditutup kerana para jamaah melanggar SOP.Mungkin sbb patuh lah masjid tak jadi masalah.. Dimasa yang lain SOP pkp lansung tak dipatuhi terutama nya dikedai2,dipasar2 atau tempat yg ramai orang,Warga berpusu2 untuk berbelanja,sedangkan masjid di had kehadirannya..Apa salah nya masjid dibuka macam biasa semasa solat jumaat atau solat jamaah,Kedua2 solat tu mengunakan masa yang sikit,terutama solat jamaah,lagi pun solat jamaah berapa kerat sangat ahli jamaah yg hadir,kalau dikampung2 biasa nya dalam 20 orang sahaja jamaah yg hadir,sehabis ramai pun hanya 50 orang,tu pun masjid yg benar2 maju.Solat jumaat pun begitu jgk,walau pun jamaah ramai tetapi untuk mengerjakan solat jumaat supaya jadi pendek,imam dan bilal boleh ejas,contoh nya,baca khutbah singkat,imam berimam,baca ayat yg pendek2,doa pun pendek2..rasa nya tak sampai 30 minit solat jumaat boleh selesai..Solat berjamaah lagi lah boleh ejas



Ada orang cakap,SOP dimasjid2 diketatkan sebegitu rupa supaya intitusi masjid dijaga,dibimbangi akan ada virus corana  tersebar dikalangan orang yang pergi masjid,dibimbangi plk akan ada kluster masjid,Dengan ada kluster masjid,nama ugama akan tercemar,Imej ugama mesti dijaga,Tapi bagi aku kalau SOP lain dibiar sebegitu longgar apa salah nya kedatangan masjid untuk bersolat jumaat dan jamaah dibuat seperti biasa kerana aku yakin ahli jamaah akan jaga dengan sebaik2nya tentang tata tertib dimasjid,Dah dari dulu lagi semua ahli jamaah yang nak datang masjid mesti ambik air sembahyang dirumah,bawa sejadah sendiri,pakai masker,SOP jarak,Aku yakin semua akan selamat.

Sepekara lagi tentang kegiatan masjid iaitu  tazkirah dan kelas semasa menunggu isyak,apa salah nya kalau diadakan seperti biasa,biasa nya yg datang masjid hanya beberapa kerat sahaja,Semasa ceramah diberikan,jamaah nya boleh jaga jarak,bukan semeter lagi dah tapi bermeter2 jauh nya dari seseorang,dah lah duduk berjarak,pakai masker plk tu..Kadang2 aku pikir takut yg tak bertempat...Sekian,

Catitan; hanya pendapat aku je,tapi ramai yg berpendapat macam tu,ada yg cakap,klu nak mati masa solat berjamaah,apa salah nya,hahahahaha...maaf banyak2 kalau ada yg tersinggung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan