Khamis, 28 Januari 2021

berkayak disungai tersat

Sungai tersat terletak dihulu terengganu,Panjang sungai tersat lebih kurang 40 km dari hulu nya sehingga kekuala sungai tersat iaitu dikampung buluh,kuala berang..Aku berkayak disungai tersat pada 24-12-2020, seminggu sebelum itu aku juga berkayak disungai ni,Jadi berkayak pada 24-12-2020 ialah berkayak pada kali kedua dengan angota yg sama cuma penyertaan nya lebih ramai lagi,Peserta berkayak semua nya dari kalangan ahli keluarga aku saja,tak membabitkan orang luar dari keluarga aku,Lagi pun dengan keluarga sendiri sangat mudah dalam banyak hal,seperti penyewaan kayak,pengurusan pengangkutan dan makanan,Seramai 35 orang semua nya..


Start berkayak dikampung sekayu pada pukul 9.00 pagi dan sampai ke kampung buluh pada pukul 2.00 petang dengan panjang sungai dari sekayu hingga ke kualanya dalam 18 km,Lambat sampai kerana banyak main2 dari berkayak,Berkayak dengan ahli keluarga memang dah macam tu,tak perlu terburu2.Kayak disewa ditempat yg sama seperti program berkayak yg sebelumnya iaitu dikampung buluh,dikedai ikan bakar dibawah jambatan kampung buluh,Kadar sewa seperti dimasa sebelum nya iaitu rm50 untuk sebuah kayak..

Sekian..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan