Aku pernah cerita tentang sakit mak aku pada penulisan yg lepas,sakit nya ialah sakit kurang darah atau anemia,Tanda2 sakit kurang darah ialah lesu seluruh badan atau tak larat,mencucuk2 disebahagian badan,Cara mengubatnya sangat senang iaitu dibawa ke hospital dan masukan darah.Setelah masuk darah,semua nya ok..untuk mengekalkan darah supaya cukup,pemakanan mesti dijaga,dengan memakan makanan berkhasiat,Yang berkhasiat ni lah yg aku tak faham,aku pikir makan dgn banyak itu pun boleh menyokong sakit kekurangan darah..Walau macam mana pun sakit kekurangan darah merupakan satu jenis penyakit,makan banyak atau makan sikit dan makan berkhasiat atau tak,penyakit ni mesti akan datang kembali,bukti nya mak aku dimasuk darah pada bulan 7 tahun 2019 dan dimasukan darah plk pada bulan 7 tahun 2020,Makna nya setahun sekali,untuk tahun 2021 ni tak sampai masa lagi,lagi 6 bulan.
blog ini aku catitkan sekadar ingin berkongsi apa yang aku lakukan,apa yang aku dengar,apa yang aku faham,apa yang aku lihat dan apa yang aku fikir, tiada berhajat kapada apa-apa kecuali ingin kepuasan diri semata-mata....
Sabtu, 23 Januari 2021
mak aku dan ubat sakit lutut..Doxte joint
Yang aku nak cerita bukan lah sakit kurang darah mak aku,tapi tentang sakit lututnya sejak zaman berzaman,sejak lebih dari 40 tahun,Ketika sakit kurang darah,sakit lututnya sentiasa ada,ada yg berat ada yg kita tak boleh sentuh lansung,Semasa pergi rawatan kurang darah iaitu masuk darah,doktor dah cakap,sakit lutut merupakan sakit yg berlainan dengan amenia,tak ada kena mengena,doktor cakap tulang lutut dah berlaga,lendir tak ada kata doktor,kalau dicocok boleh hilang dalam satu jangka masa dan kemudian akan datang balik.Jadi sakit lutut memerlukan satu jenis perawatan lain.
Pada bulan september tahun 2020 baru2 ni mak aku telah mengalami sakit lutut yg amat sangat,Nak sentuh pun tak boleh,Sebelum nya aku rasa mak aku kembali kpd sakit kurang darah nya,tapi pada bulan julai mak aku dah terima rawatan untuk sakit nya tu,Aku bawak dia keklinik untuk cocok,kerana sebelum pada itu mak aku memang menerima rawatan disebuah klinik kat pekan berdekatan,Doktor yg bertugas enggan memberi rawatan/enggan cocok.Doktor cakap sangat membahaya kalau cocok,boleh membawa sakit buah pinggang plk,kalau cocok pun tak lama sembuh nya.Nak tak nak aku bawak plk mak aku kehospital biasa,Setelah diberi rawatan berupa xray dan ubat dan pasti tulang lutut berlaga (bahasa senang ni).Aku bawak balik mak kerumah,dirumah sakit nya menjadi2,makan ubat tahan sakit pun memang tak jalan,tetap sakit.Menangis dan merintih jangan cakap lah,macam budak2 dah..tapi sakit tak kira budak tak budak kan hehehe..Dimasa itu mak aku meminta carikan ubat,sama ada berbomoh atau ubat kampung,Dimasa tu aku tengah belek2 talipon,tentu lah berfacebook,trend sekarang kan.Mak sakit aku tak boleh buat apa2,tenguk je,nak picit2 memang tak boleh..Masa belek2 facebook aku scroll laju2,last jumpa lah gambar product seperti dalam gambar kat atas tu,Aku terus whasaapp owner nya sebab nombor talipon ada kat di iklan tu,dan cara dia orang dengan meninggalkan nombor whasapp.Sebenar banyak owner product yang aku whasapp,yg aku akan ambik ialah yg pertama whasapp aku dan yg pertama ialah seorang yg bernama izzah,cun orang nya,tergoda plk aku,hahaha,dia dari sabah dan bekerja di sungai petani kedah.Dia cadangkan ambil doxte joint dan doxte Tab dengan harga rm 200,tak banyak pikir aku order je barang tu,baik tak baik jangan kira.Aku sendiri pun tak harap sangat mak aku sembuh dari sakit nya,aku sekadar memenuhi permintaan mak aku...tu je..
Tiga hari aku order barang tu,barang tu sampai secara COD dari sungai petani kedah,Ubat ni ada dua jenis iaitu sapu dan makan,sebenarnya ubat ni bukan lah ubat tetapi lebih kpd permakanan,untuk lebih mudah,cakap je ubat...Sesampai je barang tu aku terus sapu kat lutut mak aku seperti disaran oleh owner..Empat kali sapu,sakit lutut mak aku dah berkurang,dah boleh angkat,begitu lah seterusnya sehingga hampir habis,sebelum ubat tu habis,aku order lagi rm 400,sehingga sekarang bulan januari 2021 ni ubat tu masih lagi ada,masih berbaki sebab mak aku makan dan sapu berselang seli hari..Sekarang ni mak aku dah tak sakit dan boleh kedapur masak sendiri,mengaji seawal jam 5 pagi,dah tenguk tv,cerita pkp dan dharurat,hahaha..Harap2 sakit anemia mak aku juga turut hilang dengan sebab makan supplement ni...Aku rasa dengan duit sebanyak rm600 beli barang tu sangat berbaloi kerana mak aku sembuh dari lansung tak boleh bangun berbulan2,dari hari2 menangis kepada boleh bangun dan berjalan serta boleh memasak sendiri...
Nombor talipon/whasapp izzah ialah 0124968224.Gambar dia pun ada aku simpan tp tak berani plk isi kat sini,dibimbangi dia saman aku,naik mahkamah,tak larat bayar denda yg juta2 tu..sekadar nama dan nombor whasapp ok..
SEKIAN
catitan: aku tulis ni bukan suruhan dari pengeluar atau penjual,mereka pun tak tahu,aku tulis apa yg terjadi sahaja.Seandainya mak aku tak baik dari sakit lututnya memang aku tak kan tulis cerita ni..Sekarang ni plk aku berkelahi dgn izzah ni sbb dia panggil aku tuan,Klu dia mesej je mesti panggil tuan,aku dah berkali2 bagi amaran yg aku ni kuli bkn tuan,Aku cakap kat dia kalau panggil tuan lagi,aku block dia..Sampai sekarang dia tak berani nak mesej aku..Dia mesej tu sbb nak iklan kan barangan dia,bukan dia nak mengorat dengan aku plk,hahaha.Nombor talipon dia saja aku isi,kut ada yg berhajat,mana lah tau..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan