Selasa, 23 Mac 2021

Hiking gunung sarut 1229 mdpl.

Gunung sarut terletak dihulu Setiu Terengganu iaitu dikampung payung Setiu.Tinggi gunung sarut ialah 1229 mdpl, Gunung sarut boleh dikatakan sebagai gunung yg sederhana sahaja.Untuk mendakinya tak lah susah sangat.Siapa sahaja boleh daki gunung ni asalkan boleh berjalan, asalkan ada kemahuan dan minat,budak2 yg berumur 10 tahun pun boleh daki gunung ni asalkan dibawa oleh ibu bapa mereka..Had umur untuk daki gunung sarut lansung tak ada,50 thn kah,60 thn kah atau 70+,Jadi gunung sarut boleh didaki oleh sesiapa saje.

Laluannya menegak dari 30 darjah hingga 60 darjah sahaja dan kebanyakan kecerunan nya lebih kurang dalam 35 darjah  purata.Permulaan pendakian gunung sarut ialah pada 850 mdpl.Laluan sebelum nya utk kegunung sarut Bkn lah gunung sarut pada keseluruhannya,Laluan yg digunakan ialah bukit2 yg ada namanya yg tersendiri.Hal itu telah diberitahu kpd aku oleh guide kami..Gunung sarut berdiri ditapak nya sendiri dgn bergaya walaupun dulunya disokong oleh bukit2 yg lain

Tempat yg menarik dilaluan gunung sarut ialah blue pool,blue pools sebuah kolam yg berwarna biru.dia berdiri disebuah aliran sungai yg bernama sungai payung anak..Selain itu ialah melalui bukit bonsai,bukit ini ditumbuhi oleh pokok2 yg kecil dan rendah2,pemandangan disini boleh dikatakan menarik..Rasa sangat berlainan dgn suhu dingin yg sederhana..

Atur cara hiking gunung sarut dgn team One family.
Day One 21-3-2021
1) start mendaki pada pukul 8.45 pagi dgn 15 org peserta,di jambatan gantung air terjun payong
2) pada pukul 10.00 pagi sampai diblue pools
3) Sampai di kem bonsai pada pukul 2.14 petang
4) bermalam untuk day One.
5) menikmati malam dikem bonsai yg indah dan sejuk,kem bonsai diparas 850 mdpl,kem bonsai boleh dikatakan sebagai island in the jungle..


Day two..22-3-2021

1) seawal jam 6.30 pagi mendaki untuk tgk matahari terbit.
2) Sampai puncak gunung sarut 1229 mdpl pada pukul 8.30 pagi.
3) bertolak dari atas gunung ke kem bonsai pada pukul 9.20 pagi
4) sampai kem bonsai pada pukul 10.50 pagi 

5)bertolak balik pada pukul 11.30 pagi..

6) sampai di blue poll pada pukul  2.00 petang..
7) bertolak dari blue poll ke jambatan gantung pada pukul 3.10 petang
8) sampai dijambatan gantung pada pukul 3.40
9) bersurai dan balik rumah pada pukul 4.00 petang.

Perincian perjalanan.

1) lapan empat lima pagi bermula dijambatan gantung air terjun payung.kecerunan kat sini hanya 10-20 darjah..Pada pukul 10.00 pagi sampai di blue pool,blue pool ada lah salah satu penanda  dipendakian gunung sarut.. Biasanya kat sini,pendaki2 akan bergambar dan melihat kebiruan kolam blue ni.

2).10.15 pagi meneruskan perjalanan,pada peringkat ini lah pendakian benar2 memenatkan kerana kecerunan nya boleh dikatakan gila juga,Kecerunan dalam 30- 60 darjah..Keseluruhan pendakian ini dalam 2.5 km menegak,Sikit2 je landai..

3) Selepas melepasi 2.5 km pendakian yg tak ada ampun nya,tiba dikawasan yg agak melandai dan ada pulk laluan nya  menurun, tapi yg banyak mesti lah menaik,Laluan ini pula dalam 2 km.Kat sini lah  hutan bonsai,tiba disini pada pukul 2.15 petang,Kat sini lah tempat untuk bermalam,Biasanya pendaki2 akan buat mcm tu,tapi ada juga pendaki yg buat pendakian sehari tanpa tidur di kem bonsai.Kem bonsai ini boleh dikatakan sebagai "island in the jungle" sebab tempat nya tu...Kat hutan bonsai ni ketinggian nya 850 mdpl..Keseluruhan pendakian pada hari pertama dari bawah hingga kem bonsai ialah 5 jam 20 minit,sejauh lebih kurang 6.5 km..

4) Start mendaki pada hari kedua dari kem bonsai ialah pada pukul 6.30 pagi,Kecerunan laluan ini hingga puncak dalam 30-40 darjah untuk dua kilo meter yg pertama,Selepas itu merupakan laluan puncak yg kebanyakan kecerunanan nya dalam 10 darjah sehingga puncak 1229 mdpl.Sampai puncak pada pukul 8.30 pagi..Pendakian dari kem bonsai hingga puncak melalui hutan bonsai yg cantik menawan..Seluruh pendakian hari kedua dalam 3 km 


Tiga orang guide dari kampung payung,yang pertama dari kiri ialah, zakir nombor dua adam dan nombor lima ialah wan,semua hensen dan masih muda,umur dalam 20 ke bawah.Tiga orang guide ni memang gagah perkasa,Kata anak2 saudara aku,dia orang ni berjalan macam tak ada nadi,macam tak ada graviti..punya lah perkasa guide2 ni..nombor talipon guide ialah 01129842943 ( WAN )


5) Turun dari 1229 mdpl ke kem bonsai pada pukul 9.10 pagi,Bertolak balik dari kem bonsai kebawah pada pukul 11.30 dan sampai ke blue pool pada pukul 2.00 petang..Dari blue pool hingga sampai rumah,masa nya tak boleh diambik kira lagi sebab di ruangan ini dah banyak bermain,mandi2,minum kat kedai dan santai2 dengan guide yg hensen dari kampung payung.

Kesimpulan pendakian dan penurunan:

1) pendakian 7 jam 20 minit

2) Menurun  4 jam...

Jarak antara jambatan gantung hingga puncak gunung sarut lebih kurang 9.5 km,Jarak diambik mengunakan aplikasi strava...

SEKIAN



dalam hutan bonsai




2 ulasan:

  1. Assalamualaikum encik azram. Lama tak menulis. Sihat ke? Tengok di berita hulu terengganu pun dah ada kes covid. Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm...Saya ok je,kampung saya sendiri tak ada covid,yg banyak dikuala berang serta kampung sebelah hulu iaitu kg matang,tengkawang dan bkt kepah,sy pun hulu jgk tp hulu sebelah Sekayu..skrg sgt merunsingkan,Kut melarat ke kampung saya...

      Padam