Sabtu, 7 Ogos 2021

Aku takut cocok vaksin covid

Yang aku nak cerita ialah tentang aku cocok vaksin covid 19,Sebenarnya tak ada apa pun tentang cocok ni tapi kapada aku cocok sangat menakutkan dan mengerikan,tak kira cocok apa, cocok vaksin covid ke atau cocok-cocok yang lain tu,Aku memang jarang sangat kena cocok,Last sekali aku kena cocok pada tahun 2014 sebab aku digigit lipan,dimasa tu pun aku bertempik meraung sebab takut,sebelum pada tu aku memang tak pernah kena cocok kecuali lah semasa aku disekolah rendah,Disekolah rendah tu pun aku sampai panjat tiang bendera oleh kerana takut kena cocok,Masa sekolah rendah kita memang tak boleh buat apa2,maklum lah budak kecik,kalau degil nanti dilempang oleh cikgu kita..Yang paling bagus nya aku ialah aku tak pernah kena sakit hingga membawa untuk ke hospital,Kalau luka2 je,tempek je dengan belacan,kalau deman telan panadol,pendek kata aku memang tak ada sakit yg teruk walau pun aku dah setengah abad..Yang tu memang aku bangga atas kurniaan tuhan,sentiasa bersyukur..Dimasa yang sama,adik beradik aku serta ipar duai memang tak putus berulang kehospital,Sebab kolestrol lah,sebab darah tinggi lah,sebab kencing manis lah dan macam2 jenis penyakit,Ada juga  anak saudara aku yang kena gout,Kesian tenguk..Atas sebab tu lah aku sentiasa di uji dengan tak ada kena penyakit yg kronik2 macam tu...berleber banyak plk dah...

Cerita  cocok vaksin covid 19 tapi gambar nya kueh,hahahaha..Ini lah kek yang dibahagi ditempat pendaftaran untuk cocok vaksin covid 19..Aku tak makan pun kueh ni sebab macam ada hot dog kat tengah tu,Aku tak makan hot dog...sebab maksud hot dog itu ialah anjing panas..huhuhuhu...

Aku cocok vaksin pada 7-8-2021,masa yg ditetapkan pada pukul 10.00-12.00 tengah hari..Untuk cocok vaksin tu aku pergi jenguk tempat tu sebanyak tiga kali,tenguk orang ramai aku jadi sangat takut dan aku balik semula kerumah,stesen tempat cocok vaksin sejauh 4 km saja dari rumah aku, jadi tak jadi masalah sangat aku nak pergi beberapa kali untuk test market ketakutan aku..Tengah berulang alik ke pusat cocok covid ni aku terima panggilan talipon bertali arus dari kawan2 aku dan adik beradik..Semua mereka tau yg aku memang takut kena cocok,ramai yang beri semangat dan ada juga yg talipon dengan hahahahahaha jer,binawe betul.Last sekali seorang kawan aku datang dengan kereta Mercedesnya untuk ambik aku ke pusat vaksin,setelah dia tahu aku dah banyak kali berulang alik dari rumah ke pusat covid,Aku cakap kat kawan aku,
"kalau dah takut,mu bawak kapal Colombia pun aku takut,naik merc apa lah sangat,mu bawak jet roket pun aku tetap takut," kawan aku sengih je lah.

Sampai pusat vaksin kita mesti ketempat daftar untuk isi borang,Tapi tak isi borang pun kerana borang dah siap diisi,tunggu tanda tangan aku je.Ramai pertugas dan orang hospital aku kenal kerana kebanyakan dari tempat aku.Kat sini kita dibagi nombor giliran dan air minuman serta kek kecik..

Setelah isi borang terus je ketempat menunggu,tunggu je sampai nombor kita dipanggil.Sebentar kemudian nombor aku dipanggil dan terus sahaja ketempat check terakhir,Dimisalkan kalau orang nak kena hukum gantung,disini tempat bilik terakhir sebelum digantung.Kat sini borang disemak..pertugas tu seorang awek India,umur nya aku agak tak sampai pun lagi 30 thn,Kat sini lah aku cakap Kapada awek tu bahawa aku takut kena cocok,Awek India ni ketawa terbahak2 sambil melihat aku dengan mata sebelah kerana sebelah lagi mata nya ditutup dengan tangannya..Aku juga ketawa juga tapi penuh dengan takut.

Habis kat situ kita akan terima hukuman,Hukuman nya cocok..Aku duduk atas kerusi dan terus cakap,
"saya takut kena cocok misi,"
kat sini misi nya memandang aku dengan penuh simpati,menyabarkan aku dan sebagainya,Dia tak lah ketawa macam kat check borang,Misi tu suruh tarik nafas dan hembus dan dia pun nak cocok,masa ni lah aku meraung takut dan seolah2 orang yang ada kat situ semua dengar tempikan aku..dan ramai lah pertugas datang.Misi yang nak cocok aku tu pegang lengan dan bahu aku,dia cakap,

"sejuknya," dan dia panggil rakan2nya yang lain untuk rasa tangan dan bahu aku...Kata misi2 tu,
"Memang takut sungguh ni,sampai sejuk gini," kata mereka,Dalam aku bertempik meraung,bertempik meraung tu ada lah seorang misi tu cakap macam ni,

"azram!! awak tenguk muka saya ni," dan aku pun tenguk,dia cakap,
"Saya yang paling comel kat sini," ceh!!! Kena main aku dan aku pun ketawa jgk dan kemudiannya bertempik balik,dalam keadaan macam tu lah,aku rasa lengan aku pedih,
"Dah sudah," kata misi yg cocok aku.serentak dengan itu semua pertugas bertepuk tangan termasuk dengan awek India tadi..Rasa malu plk aku..Aku ucap terima kasih banyak2 kat pertugas jabatan kesihatan yang sangat sporting dengan kerenah aku..Tak sampai 5 minit kat tempat rehat,kawan aku dah ajak aku balik...Sampai saat aku taip cerita ni aku ok sangat2,tak ada pening atau sakit2.Maka selesai lah  vaksin aku yang pertama,Vaksin yang kedua pada 28-8-2021...Sehingga tarikh itu aku sentiasa dalam ketakutan...Sekian cerita cocok vaksin covid 19...

Gambar tak ada sebab aku marah gambar aku diambil,Aku tak tau lah plk kut orang kesihatan ada yang ambik,Kalau dia orang ambik aku halalkan saja..Aku tak ada nak marah sangat kapada mereka kerana aku yang teruk....





2 ulasan: