Bukit balik hidung terletak dikampung paya besar kuala berang terengganu,Bukit ni jadi popular kpd penduduk sekitar kuala berang sejak perintah berkurung akibat dari pandemic covid 19,Terdahulu dari tu bukit ni tak lah popular sangat,Bukit ni telah terpacak kat tempat nya sejak berjuta2 tahun yang lalu tapi tak dihiraukan sangat..Akibat dari pandemic covid 19,persatuan pendaki telah mempopularkan tempat ni untuk kegiatan sukan mendaki secara kecil2an kerana bukit balik hidung tak lah tinggi sgt sekadar 132 meter dari paras laut.Bukit balik hidung boleh menjadi tempat utk rekreasi yg baik semasa covid atau selepas covid.Bukit balik hidung boleh didaki oleh segenap lapisan masyarakat kerana tempat ni senang didaki dan terletak didalam kampung,jadi sangat mudah didaki..Tak ada rasa takut dan sebagainya..Walau mcm mana pun baru2 ini terdapat satu kumpulan remaja telah tersesat kerana kehilangan trek disebabkan hari dan gelap sehingga perlu diselamatkan oleh pihak bomba,Bukit balik hidung mempunyai liputan talipon yg sangat baik kerana pencawang pemancar terletak berhampiran...lagi pun tempat ni terletak dalam kawasan bandar oleh itu masalah tiada liputan talipon memang tak ada sama sekali...
Aku ke bukit balik hidung disebakan tarikan nya,Tarikan nya berupa banyak nya kereta2 yg bersidai kat tepi jalan dan menimbulkan tanda tanya,Setelah dirisik2 baru lah aku tau kereta yg bersidai banyak kat tepi jalan dipunyai oleh pendaki2.Sekali imbas memang macam tak lojik dengan kederaan yang begitu banyak kerana untuk mendaki bukit tapi itu lah yang memang terjadi,Sukar dipercayai sebegitu ramai orang,laksana ada pesta.
Aku daki bukit ni dgn biasa saja, tak ada persiapan apa pun,hanya berbekalkan sebotol air yg dibeli digerai2 yg ada,Mendaki tak jadi masalah kalau tak ada kawan,kita boleh tumpang pendaki2 yg sebegitu ramai,Ramai nya pendaki tak putus2 dari garisan mula sehingga tamat pendakian,Orang sentiasa ada dari belakang dan dari depan,memang tak jadi masalah kalau tak ada kawan untuk mendaki.tumpang je dengan pendaki lain,Oleh kerana aku ni dah berumur pendakian mengambil masa sejam lebih2 sikit,kalau mereka yg muda2 tentu mengambil masa yg singkat untuk mendaki dan menuruni bukit semula..Sekian cerita bukit balik hidung
Gambar2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan