Assalamualaikum, Rasa2nya perintah kawalan pergerakan (PKP) mengambil masa yg lama utk larangan itu ditarik balik,Yg terjadi demikian kerana wabak corona virus masih lagi belum reda,kes2 baru masih lagi ada,walaupun telah berkurang kpd dibawah 100 kes baru tetapi dia tetap lagi ada.Oleh kerana terlalu lama,akan terjadi lah perlanggaran kpd perintah.Terdengar disana sini,ada saja tangkapan kerana engkar PKP.Sejak PKP fasa 3 bermula iaitu pada 15-4-2020 hingga 28-4-2020.Pada fasa ke-3 ni perlanggaran kpd perintah semakin menjadi2,Orang keluar masuk macam tak ada PKP .Kalau kat tempat aku pergerakan orang nya kurang sikit dari hari biasa,Pergi menoreh,sabit sawit,pergi berbelanja kat kedai seperti hari2 biasa,Jarak sosial memang tak ada lansung, Boleh mengorat plk tu,hahaha.Kadang2 orang yang sama pergi kekedai dengan tak ada takut2,Aku yg tenguk naik geram jgk.Oleh kerana naik geram lah aku langgar PKP untuk kali ke-2 tapi bkn langgar sangat pun,Langgar hanya nak pergi ambik duit kat bank,Kalau kat terengganu khas nya kampung aku,orang akan sebut nak gi cocoh pitis/duit.Kampung aku ni memang senang cara bercakap nya,Jenis mudah,Lorat nya plk mungkin akan terngangga org kuala Lumpur.
Laluan dalam rok yg aku maksudkan,masa aku memandu terasa plk macam nak pergi curi lembu dengan kereta,kadang2 rasa plk lucunya bila memandu dlm keadaan macam ni,kereta plk habis bercalar2 sbb terkena ranting2 yg terjulur ke jalan kecik ni..terasa plk aku memandu di isolated road..hahaha.
Aku telah diberitau pada fasa ke-3 PKP,Polis telah memperketatkan kawalan,Maksud nya semua jalan masuk bandar telah dibuat sekatan jalan raya,jadi untuk masuk bandar kuala berang yg sekangkang kera tu memang menjadi masalah,aku sendiri memang tak suka sangat2 berinteraksi dgn polis,tp kalau dah terpaksa memang tak boleh buat apa dah,terpaksa tempuh jgk.Oleh kerana aku malas nak tempuh sekatan polis aku ambik laluan dalam hutan,Laluan ni memang tak ada sekatan jalan raya disebabkan orang jarang lalu,lagi pun untuk kebandar dengan menempuh sekatan polis disebabkan ada kerja,tak jadi masalah,Cuma aku jer yg malas nak lalu depan mata polis,jadi laluan ni aku ambik,terasa plk macam nak mencuri,hahahaha..
Ada org cakap kat panel atm dibimbangi ada virus kat situ,Jadi aku guna sarung tangan ditangan kanan untuk tekan2 benda tu,Duit aku ambik dengan tangan kanan jgk tapi isi dalam plastik yg aku bawak dari awal lagi,begitu jgk dengan kad atm aku,Kad atm aku isi dalam plastik bersama dengan duit2nya,Tangan kiri tak pegang apa,tangan kiri aku khaskan untuk pegang kunci kereta je,Setelah keluar bank,aku buka kereta dan ambik air,basuh tangan kedua2nya dengan air yg juga aku bawak dari awal lagi,sementara sarung tangan aku dah buang dalam tong sampah berhampiran,Punya lah detel cara2 aku cocok duit dalam bank kerana takut virus,Lepas tu balik dengan laluan yg aku datang,laluan dalam rok,sebutan kat kampung aku,
Semua duit yg aku ada,aku rendam mcm ni,selepas basuh duit2 ni aku mandi.
Sampai saja kat rumah aku basuh semua baju seluar aku yg aku pakai kebandar,bukan itu saja,kereta aku pun aku basuh,Lap semua nya dibahagian dalam,lepas tu jemur kereta tengah panas dlm beberapa jam,Pada kebiasaan aku,aku tak kan basuh kereta beberapa bulan kalau hari tiada virus corona,aku memang malas sangat nak basuh2 ni tp dikeranakan oleh virus,aku terpaksa basuh,walaupun hari2 tp aku kebandar baru dua kali sejak sebulan yg lalu,jadi basuh kereta dah dua kali dlm tempuh tak sampai dua minggu,sementara itu duit dan kad atm aku tak sentuh lansung sehingga 10 jam,Biasa nya duit aku basuh dengan sabun bila aku nak guna, termasuk lah duit yg baru aku ambik kat bank,Aku sangat berhati dlm bab2 virus ni,Kadang2 terfikir jgk aku nak rebus duit2 yg ada tapi takut plk duit tu rosak,jadi aku kekal dengan duit aku basuh dengan sabun je,rendam semalaman,duit plastik kan,mana boleh hancur,heheheSEKIAN
👍🏻👍🏻👍🏻
BalasPadamTerima kasih
BalasPadam