Ahad, 12 April 2020

berjalan-jalan dimasa PKP

ASSALAMUALAIKUM

Sebenarnya aku tak lah pergi berjalan,Aku keluar ke bandar pada hari ini kerana menolong kawan aku,Kawan aku meminta tolong, ambik ubat dihospital kat bandar yang sudah terlewat seminggu.Ambik ubat ialah rutin bulanan nya,Kawan aku ada tiga orang anak,seorang perempuan,Sudah berkawin dan duduk dikuala terengganu,Dua orang lagi ialah lelaki,belum pun berbini mcm aku jgk tak kawin2 lagi hehehe,Anak kawan aku ni sangat tak boleh diharap,Kerja tak ada dan hidup melarat,melarat bukan sebab melarat tapi cari untuk melarat,Sengaja buat melarat...heeee.Anak lelaki ialah kekuatan keluarga,Kalau ada sesuatu yg perlu anak lelaki yg mesti didepan,Tapi lain sangat feel perangai anak lelaki kawan aku ni,Nak pergi ambik ubat utk ayah nya pun tak boleh,haperrr punya anak.. Untuk ambik ubat bukan lah kerja susah tetapi hidup anak nya yg dua ekor ni memang untuk menyusahkan mak bapak..Anak nya yg perempuan lah yang menjaga kebajikan ayah nya seminggu sekali balik ke kampung menjenguk ayah nya yg tua,Oleh kerana ada perintah kawalan perjalanan sekarang,(PKP)anak perempuan nya terkurung dirumah nya dikuala terengganu.,Tak boleh melampui daerah.Ayat aku ni bunyi macam marah2 tetapi tak ada marah pun sebab aku tau sangat sikap semua anak kawan aku,Buruk baik mereka.

Yang aku nak cerita ialah tatacara pergi kebandar dan menempuhi sekatan jalan dan di hospital sendiri,Pergi keluar dari rumah memang banyak tatacara yg mesti diikuti,Kalau kat kampung memang tak ada masalah,Boleh keluar ikut suka kita walau dalam PKP,Maklum lah kat kampung,Lagi pun tempat aku memang tak ada kes covid,mungkin penguatkuasaan jadi sedikit longgar..

Kat dalam kereta kita tak perlu pakai mask,Kita sorang je kan,Tapi bila nak sampai kat sekatan jalan raya,kita buat2 lah pakai topeng,kerana arahan pakai topeng ni memang tak jelas sangat,pakai atau tak bila dalam kereta,Sampai kat sekatan jalan raya polis mesti tahan kita dan kita mesti bagi alasan yg menesabah,Aku terus cakap untuk ke hospital sambil tunjuk resit ubat yg telah diberikan oleh pihak hospital,Biasa nya kes ambik ubat kat hospital ada lah alasan yg sangat kukuh yg membuatkan pihak polis dengan mudah melepaskan kita pergi.Polis tak kan tanya apa2 selepas tu.

Kat hospital kita mesti pakai mask,Sampai kat pintu masuk hospital kita akan diberi cecair hand sanitizer,Gosok2 kat tapak tangan, lepas tu akan ditembak kat dahi kita penyukat haba,Aku lepas,tak ada apa2 masalah,Masuk kat dalam hospital kita letak resit dalam bakul yg disediakan,Selepas tu jangan mudah2 nak duduk atas kerusi yg disediakan,Jarak sosial mesti diambik,kerusi telah ditanda dengan tempat yg boleh diduduk atau pun tak,sudah ditanda siap2,Proses ambik ubat tak lah lama sangat kerana pengunjung memang kurang dimasa covid ni,Dalam 10 minit kita akan dipanggil,Kes aku sedikit melucukan,bila aku dipanggil,yang bagi ubat menegur aku kerana ambik ubat lewat dari tarikh,sepatutnya, ubat mesti diambik pada 3-4-2020,makna nya dah terlewat lapan hari,Aku malas nak banyak songel,aku cakap je macam ni,
"maaf lah misi sebab saya tak pandai baca dan menulis,saya mari ni pun sebab anak saya yg cakap,kalau anak tak beritahu,saya pun tak tau biala tarikh nya"
Misi tu nampak macam kompius,sebab penama dalam resit berumur 90 thn,Misi tu mungkin rasa macam2,Dia nampak nya nak tanya banyak lagi tapi aku cepat2 cabut sebab ubat dah ada ditangan,lagi pun masa tu nombor lain plk telah naik,hehehehe

Walau macam mana pun aku rasa pelik sebab staff kat hospital ni ramai yg tak pakai mask,Maksudnya ramai yg pakai tak berapa ramai yg tak pakai,Dia orang selamba je bertugas,Sekurang2nya seorang doktor hanya pakai mask kat bawah dagu dia je,tak tutup hidung,Aku rasa dia doktor berdasarkan kpd alat yg letak kat telinga dibahu nya, (stetoskop) Walau mcm mana pun aku memahami sikap tersebut terlahir disebakan kat tempat aku ni tak ada kes covid sejak dari dulu,sejak dari sebelum PKP dikuatkuasakan,
Sebenarnya aku ada semua gambar kat hospital,saja aku tak isi kat sini kerana takut menyalahi undang2,..
SEKIAN

#COVID19
#PERINTAHKAWALANPERGERAKAN

2 ulasan:

  1. Tak pandai baca & menulis siap 😂😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang2 kita kena buat bodoh untuk melepaskan diri,..

      Padam