Isnin, 6 April 2020

ragam perintah larangan pergerakan

Sebenarnya aku tak tau apa yg aku nak update blog semasa perintah larangan pergerakan (PKP) yg telah dikuatkuasakan pada 18-3-2020 hingga 31-3-2020 dan edisi kedua nya telah disambung dari 1-4-2020 hingga 14-4-2020.Pada masa ini memang banyak masa yg ada,sepatutnya aku dah banyak update blog aku yg tersadai sejak sekian lama.Fikiran macam buntu dan memang buntu pun sebab hari2 duk pikir hal virus jer.Otak aku memang tak pikir lain selain dari virus,Mungkin jgk tiap2 hari asyik tenguk dinding rumah,menjadikan otak tak aktif lansung,Rumah aku plk bukan macam istana,cuma rumah kampung yg biasa2 sangat,Ketika ini baru aku sedar bahawa mata pun perlu kpd update jgk,kalau asyik tenguk benda yg sama jer,dia tak kan jalan,Memang benar aku memang pergi kekebun secara sembunyi2,secara takut2 tp kalau otak dah pikir pasal covid,Nak tenguk kebun tak ada mood,Tanaman aku  lansung tak dijual kerana untuk kepasar dibimbangi plk dijangkiti virus,kerana dipasar pergaulan tak terbatas,Jarak sosial memang tak ada,jadi hasil tanaman aku,aku bahagi kpd org kampung aku,tu pun kalau aku rajin memungut hasil tanaman nya.Tapi memang aku rajin,hahahaha.Tanaman aku yg dimaksudkan ialah lada besar dan ubi kayu,,Ubi kayu punya lah banyak aku tanam sehinggakan orang kampung aku dah tak nak bila aku bahagi kpd mereka,"puas dah makan",katanya.

Rutin lain memang serupa je,Masak,makan berinternet dan tidur sikit2,Berinternet tu memang tenguk youtube,Banyak tajuk yang boleh jadikan kan otak terbuka,Boleh tenguk budaya tempat terisolated,macam tuvalu,nauru,vanuatu,macam tristan de cunha,chatham island,Boleh tau gunung2 yang menjadi tarikan dunia,Kali pertama aku tau bahawa pikes peak ada jalan raya sampai puncak,aku tak sangka plk washington mountain boleh pergi hanya dengan menaiki kereta,Salah satu tajuk yg menjadi perhatian aku sejak sekian lama ialah Agafia Lykova.Cerita makcik ni aku dah hadam betul2,Yang aku tertarik ialah tentang keterasingan nya,Dia boleh hidup sampai sebegitu,jauh dari manusia,Macam kita,kena PKP 28 hari dah mengeluh..Yang mengeluh tu ok lah jugak,tp yg saja2 langgar PKP,Macam2 alasan yg dia orang cakap kpd penguatkuasa,Alasan tak lojik,Aku saran kan kpd pihak berkuasa guna kekerasan yg sangat keras kpd yg ingkar,Rotan ke atau kapada yg degil sangat harap tembak kat cuping telinga,biar dia org rasa..geram jgk aku pun,Perbuatan mereka lansung tak adil kpd mereka yg patuh,Mungkin tak patuh oleh mereka yg degil,menyebabkan PKP akan disambung lagi sehingga menjelang nya ramadan,Bukan ke haru tu.khinzir betul.Dah melalut byk aku ni,hehehe.

Masa (PKP) ini juga banyak rancangan aku terbengkalai,Yakni main motor yg dah semesti nya.Tempat2 yg sepatutnya aku pergi tetapi tak terpergi sebab PKP ialah.
1) Nak pergi air terjun berdebu,hulu dungun..
2) Nak pergi tenguk salah satu pokok terbesar dimalaysia-tasik kenyir
3) Nak pergi tenguk lebuh raya tak siap-hulu besut
4) Nak pergi tenguk sawah padi disetiu-kg jelapang

Last sekali aku pergi tenguk2 tempat menarik kat terengganu ni ialah surau unik kat kampung Rhu tapai setiu.Aku rasa itu lah paling last,Selepas dari tu asyik terperuk kat rumah pikir pasal covid 19.Last sekali ialah,aku berbesar hati hulu terengganu tak ada kes covid 19 sehingga hari ke-19 PKP,semoga tak ada kes dihulu terengganu yakni tempat aku.Sekian cerita aku tah haper2.
#covid19
#PKP
#hari_ke20

2 ulasan:

  1. Masalahnya ramai yg babil, masih keluar tak tau cari apa.. abis urusan semua orang terbengkalai. Semoga virus cepat2 lenyap & kita dapat puasa mcm biasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org2 ni bkn setakat babil je tp degil,keras kpla,x mkn saman,Sbb tu sy ckp tembak je yg degil tu dicuping telinga,biar cacat seumur hidup..

      Padam