Sabtu, 21 Mac 2020

catitan hidup seorang restriction..

Wabak virus corona atau covid 19 telah mengubah cara hidup dgn sgt tak disangka2,Bermula dari bangun tidur sehingga tidur semula..Masa aku tak berfikir tentang covid 19 hanya lah semasa tidor,Dimasa jaga nya mesti terfikir tentang virus ni.punya lah menakutkan .Perubahan cara hidup semua orang disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan yg bermula dari 18-3-2020 sehingga 31-3-2020.Semua kegiatan harian tak boleh dilakukan,perintah kawalan pergerakan berkehendakan semua penduduk malaysia ditahan dirumah masing2,tak boleh keluar,kecuali mereka2 yg dihadapan utk menangani kes wabak ini.Oleh itu semua orang mesti tinggal dalam rumah kecuali ada keperluan yg mendesak,Perintah ini juga meliputi semua acara umum dan tak dibenarkan untuk bersolat dimasjid,meliputi solat berjamaah sehingga solat jumaat,Punya lah bahaya kedudukan malaysia dimasa ini.

Kat bawah ni acara hidup aku semasa perintah tahanan yg tak kena tahan dan mungkin orang lain juga..

bangun tidor pada pukul 6.00.
mandi,lepas tu solat subuh.
pergi kedapur,tenguk apa yg ada,
rebus air,Buat air tea.
Buat nasi goreng atau mee goreng.
makan pagi konon nya
lepas tu belek2 talipon,Berfacebook.
Pukul 8 .00 pagi pergi kekebun sekejap,tenguk2.Untuk kekebun aku boleh pergi dengan berjalan kaki sejauh 2km atau naik motor sejauh 4 km,dengan berjalan kaki lebih selamat kerana aku tak jumpa dgn orang,sebab melalui semak dan kebun kelapa sawit orang,oleh itu perlanggaran larangan tak terjadi tapi kalau ikut jalan tar mungkin terjumpa dengan penguatkuasa,macam polis dan tentera.Lebih selamat berjalan kaki.
Pukul 10.00 dah balik,
mandi2,solat dhuha,2 rakaat,4rakaat,kalau rajin 12 rakaat terus.
Masak nasi,rebus ikan,goreng ikan
pukul 11.00 pagi dah makan.
Lepas makan on laptop,karang cerita,salah satu yg dikarang ialah cerita ni.
Pukul 1.30 tgh hari solat zuhur
Lepas solat kalau tak on laptop,tidur.
4.30 solat asar.
lepas solat asar makan plk.makan nasi,makan biskut,makan roti.
Lepas tu duduk2 je sampai maghrib.Nak keluar tak berani.Takut, lagi pun pihak kerajaan suruh duduk rumah.Jangan nak buat bodo,pergi merayau2.baik mampus kalau tak ikut perintah dikala saat yg sangat genting ni..
7.30 solat maghrib,baca sikit2,yasin ke,baca fatihah ke boleh 100 kali,atau baca taba rokalazzi,atau surah al mulk terus.dah nak mati kena buat amal sikit..heeee.
Pukul 9.00 malam solat isyak,terus je solat sunat witir.tapi mmg malas pun,buat je 3 rakaat.
makan nasi,makan mee segera yg pasti nya aku buat sendiri.Nasi aku masak sekali sehari dengan banyak,sekali masak boleh makan banyak kali,heeee.
Pukul 10.30 tidur kalau tak karang cerita dan kebiasaan aku tak kan bangun utk solat tahajjud,Aku mmg lemah bab ni bila dah tidor.

Walau macam mana pun semua acara yg aku tulis ni mesti talipon ada ditangan,jarang2 je talipon letak,tak pegang,Facebook berterusan,kalau tak buat status,baca2 jer status orang.Bekalan mkan aku beli pada 17-3-2020,Beli banyak jugak lah,tapi kat kedai kampung aku jer,malas nak pergi sampai pasar raya,lagi pun masa tu wabak dah menular..
#perintahkawalanpergerakan.
#covid19..
#semogamalaysiaselamat.

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. 14-4-2020,sakit lah hidayat razak,sy mcm nk down je,nk gi ane xleh..😆😆😆

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Update blog la, banyak masa ni 🤭🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg masa byk,tidur makan je kerja,nak jalan2 xbleh,nk menulis plk xde tajuk,klu ada tajuk pun berkisar kpd perintah larangan pergerakan.tu je yg ada.🤣🤣

      Padam