Hantu jadian yg aku maksudkan ialah mcm ni,benda tak ada tp mcm ada,ada tiga cerita ttg hantu jadian.
CERITA 1
Anak jiran aku telah kerasukan pada satu malam,sebagai jiran aku pergi lah tengok,kut2 ada yg boleh ditolong dan memang ada pun,aku disuruh pergi cari bomoh yg pandai berubat benda ghaib ni..aku ditemani oleh abang kpd yg dirasuk,yg dirasuk adik perempuan nya,umur dlm 18 tahun.rumah jiran aku agak jauh sedikit kedalam dan semak samun,Masa berjalan utk kejalan raya,aku dapati abang kpd pesakit berjalan berganding dgn aku,sepatutnya dia berjalan dibelakang aku kerana laluan semak memang sgt kecik,aku tanya kpd nya,
"sebab apa ni,"Dia jawab,
"Kat sini lah aku jumpa hantu tadi,"
Aku mengekeh suka,
"Hahaha,mu jangan nak mengarut lah,"
Dia jawab lagi,
"Sumpah,hantu putih dan bermuka hitam,"
Aku abaikan kata2 nya dan terus kerumah bomoh..
Esuk nya pecah lah cerita abang kpd pesakit yg dirasuk terjumpa hantu kat laluan semak kerumah nya, sebenarnya dia telah diusik oleh kawan nya sendiri,kawan nya telah berpakaian ppuan solat.kawan nya bertujuan utk suka2 sahaja tp abang pesakit yg kena rasuk bermatian mengatakan bahawa yg dilihat adalah hantu kerana pada penglihatannya benda tu ghaib didepan matanya..
Cerita kedua2nya boleh dipercayai,kawannya memang bertujuan utk mengusik tp mungkin benda ghaib telah menumpang semasa kejadian itu menyebabkan apa yg dilihat oleh abang kpd yg dirasuk sgt berlainan.Asas nya ialah adik ppuan yg dirasuk telah mengejek2 abangnya semasa dia tengah dirasuk dgn mengatakan,
"Mu penakut,aku usik sikit je tadi,"Sedangkan dia tak tau sikit pun cerita abangnya terjumpa hantu tadi..
CERITA 2
Pada satu masa dahulu lebuhraya Kuala berang ke-gua musang yg melalui pengkalan Gawi Terengganu dikejutkan dgn cerita penemuan lembaga putih.Penemuan lembaga itu telah menyebabkan terjadi nya kemalangan.Cerita tersebut telah diberitahu oleh kawan aku yg tinggal berdekatan dengan lebuhraya tersebut.Antara lojik dgn tak lojik aku pergi ke lebuhraya berkenaan utk melihat apakah sebenarnya,Aku pergi ke tempat tersebut bukan kerana berani tetapi lebuhraya tersebut tempat mainan aku sejak tahun 90an lagi,Semenjak lebuh raya itu belum dibina.lebuh raya ini dibina pada tahun 2001 dan siap pada tahun 2010..Sebab2 aku kesana kerana memancing ikan di ulu sungai Terengganu,Qleh kerana dah biasa dgn tempat tu aku jadi tak kisah..
Aku pergi selepas solat asar,dalam pukul 6 ptg,jauh tempat yg aku pergi dlm 60km dari rumah aku..tempat yg aku pergi lebih kurang 20 km dari pengkalan Gawi iaitu tempat yg dikatakan hantu sentiasa muncul.sesampai ditempat yg dimaksudkan hari dah pun hampir maghrib.Berhampiran dgn satu simpang, aku dapati mmg ada hantu sungguh ditepi jalan,hantu tersebut berupa mcm hantu bungkus,aku berhenti dan ambik hantu tu dan buang kebawah bukit,Semasa aku memegang benda tu,mmg terasa sgt seram,sehingga kan aku tak berani memandang mata nya,maklumlah masa tu dah remang2,antara nak masuk maghrib dan hari hampir gelap..Boom aku campak kat bawah bukit benda tu,aku harap tak akan ada lagi pemandu yg terkejut melihat benda ni hingga terjadi nya kemalangan.Setelah aku humban patung yg berupa hantu bungkus kedalam cerun bukit,aku memandu balik dan berhenti solat maghrib di surau pengkalan gawi.Sejak itu tak ada plk aku dgr hantu muncul tetapi diceritakan di blog2,lebuh raya berkenaan sangat berhantu,Tak tau lah aku kebenaran nya.
CERITA 3
Cerita yg ke-3 ini berkaitan sangat dgn gambar orang-orangan seperti dalam gambar kat atas,Orang-orangan ni dipanggil layut dikampung aku..Layut ni dibuat utk menakutkan musuh tanaman.Yang nak jadi cerita ketika aku melalui tepi kebun ni hampir waktu maghrib,masa tu dah nak gelap kerana tempat tu dilindungi oleh pokok2 besar.Oleh kerana tiba2 aku tertenguk benda tu,menyebabkan aku terkejut seru sekian alam,terkejut giler,Tempat tu plk berhampiran dengan kawasan perkuburan,tentu bayangan pertama nya ialah hantu, Yg nasib baik nya terkejut aku tu lah sampai aku pengsan atau pun terbelalak mata,cuma terkejut dan cepat2 kawal diri dgn memastikan benda tu bukan hantu...
Kesimpulan aku ialah,hantu ni kadang2 hanya lah perbuatan atau perasaan kita je dan tak menolak hantu tu wujud dan boleh menampakan diri,seperti banyak dalam youtube dan video dalam facebook..Cerita hantu jadian aku ni berkait sangat dengan perasaan kita dan mungkin juga hantu2 tu memang melekat seperti cerita aku yg nombor 1 tu..Yg menenguk percaya tu lah hantu padahal kawan nya yg mengusik dia..Sekian,,..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan