Dalam sehari dua ni aku telah diganggu oleh seorang perempuan kerana nak pinjam duit dari aku.Peminjam nya seorang wanita berusia,umur dalam 65 tahun.Berkali2 dia mesej aku melalui aplikasi whasaap dan menalipon.Perempuan ni merupakan orang kampung aku sendiri tp duduk di bandar,tp aku sangat kenal,maklumlah orang kampung sendiri.. Perempuan ni merupakan seorang janda lama,seorang peneroka felda,ada dua buah rumah,dibandar dan di felda,ada empat orang anak yg dah berkahwin dan bekerja,dalam erti kata lain dah pun ada cucu.Hendak dikatakan susah,memang tak lah.Mana mungkin seorang peneroka felda susah,ada dua buah rumah plk tu..
Pertama kali wanita haram berjadah ni pinjam duit dari aku pada bulan November tahun 2018 sebanyak Rm 1000.aku bagi kerana percaya sbb dia orang kampung aku sendiri,dia pinjam seribu tu dgn aku tak bertanya bila nak bayar balik kerana aku percaya bila aku nak minta balik duit aku tu dia akan bagi dgn mudah.kerana dia seorang peneroka.
Kali kedua dia pinjam duit aku pada 16-12-2018,Aku ingat tarikh tu sbb semua kawan2 yg pinjam duit aku,aku isi dalam Word laptop aku,lepas tu simpan plk dlm Hard dics,punya lah terkini tempat simpan senarai pemiutang,hehehe. Pada kali ini dia nak pinjam lagi 1500 ringgit dgn alasan yg aku dah tak ingat.Dia plk berjanji nak bayar dlm seminggu,dia berjanji lagi,semua duit aku akan dibagi semua,iaitu sebanyak 2500 ringgit,Aku dgn tak banyak kerenah bagi je lah,jadi selamat lah duit aku sebanyak 2500 ringgit.Seminggu kemudiannya aku Check dlm bank aku,kut2 perempuan tu masukkan duit aku kedalam bank,terdahulunya aku dah bagi nombor akaun bank aku semasa pinjaman yg kedua tp aku dapati mmg duit tak ada, aku mesej dan bertanya kpd makcik tu dan mcm2 alasan yg dibagi..
Setelah itu aku hanya mendiamkan diri,dah tak tanya2 dah,tapi beberapa bulan kemudian nya mak cik tu mesej aku kerana nak pinjam duit lagi,macam2 alasan yg diberi tapi aku dah menetapkan aku dah tak bagi pinjam dah kpd nya sehingga selesai hutang yg terdahulu.Yang terkemudian nya ialah sejak seminggu yg lalu,minggu pertama bulan 3 tahun 2020 sekali lagi dia nak pinjam duit dengan janji nya akan bayar semua duit aku yg terdahulu.Begitu lah berturut2 hari dia mesej sehingga pada hari ini 11 mac 2020 dia masih lagi mesej nak pinjam duit aku,aku agak dia ni dah gila..hari pertama nya dia nak pinjam seribu,lepas tu turun plk jadi 500,lepas tu turun lagi jadi 300,last sekali jadi 200 sahaja,Walau pun 200 aku tetap tak nak bagi,sehinggakan aku balas mesej nya macam ni,
"kalau mu nak kena bunuh sekali pun,aku tak kan bagi,"
Cakap aku pun dah kasar dah,kalau dulu bertertib jugak sbb perempuan tu jauh lebih tua dari aku tapi sekarang dah ber mu mu dan beraku aku dah.Setelah aku cakap mcm tu,dia tak balas mesej aku,mungkin dia yakin aku tak nak layan dah,mungkin dia cuba cari orang lain untuk jadi mangsa nya...Sehingga kini dia berhutang dgn aku selama 14 bulan lebih,Janji nya hanya habis lama pun seminggu sejak tarikh 16-12-2018...
Kesimpulan aku macam ni,kita tak sepatutnya bagi duit kita kpd seseorang walau pun yg nak pinjam tu terbit nanah dari mata nya atau terbit kapal terbang antonov 225 mriya dari mulut nya sebab menangis nak pinjam duit kita,kecuali dia bagi cagaran,mcm geran tanah,rantai emas,Jangan kita bagi walau pun kita percaya kpd nya,kecuali kita memang bersedia utk dimungkiri janji,kita bersedia menyedekahkan duit kita kpd nya,
Tertanya2 juga aku,anak2 nya mana,menantu nya mana yang tak boleh tolong mak dia orang,
AKU TAK TAU LAH PENULISAN AKU NI SEPERTI MEMBUKA AIB ORANG ATAU TAK TAPI AKU TAK SEBUT NAMA DAN INDENTITI..SECARA UMUM JER AKU TULIS..TAPI CITER AKU BENAR 100%.JANGAN LAH PLK KATA AKU NI ALONG KE APA,CUMA AKU NI ORANG BIASA YANG TAK PUNYA DUIT TAPI ORANG MASIH NAK PINJAM..HAHAHAHA...AKU TULIS NI PUN SEBAB PANAS HATI YG AMAT..
SEKIAN...............
😂😂😂 kalau gitu, boleh la nak pinjam duit etek...
BalasPadam🤣🤣🤣🤣🤣
Padam