Memancing diterengganu mati merupakan pengalaman yg sangat indah kpd aku dan kawan2.Pengalaman yg sudah berusia dalam 30 tahun yg lalu.Pengalaman ini tak mungkin dapat di-ulang sampai bila2 atas faktor tempat tersebut..Tempat tersebut telah dibina empangan kenyir kedua terengganu..sungai Terengganu mati merupakan hulu kpd sungai Terengganu.
Kawan aku ni bercerita pengalaman mancing disungai terengganu mati,sedang leka mancing,joran nya terjatuh kedalam sungai dimakan ikan,Dia terjun kedalam sungai dan terlucut kain nya,yang tinggal kain dikepalanya,Kain macam serban gitu.Video diambil tiga hari sebelum langkah pencegahan wabak covid nineteen dikuat kuasakan..
Sungai Terengganu mati merupakan tempat yg sgt popular untuk memancing ikan kelah pada tahun2 70an sehingga kpd tahun 2010,selepas tahun 2010 kegiatan pembinaan empangan ke dua Terengganu sedang giat dilakukan,menyebabkan kawasan tersebut telah menjadi kawasan larangan.Aku sendiri pergi memancing diterengganu mati pada awal tahun 1990 sehingga tahun 2008 sahaja.Diantara masa tu aku pergi memancing ditiga buah sungai iaitu Sungai Terengganu mati sungai pertuang dan sungai tembat.Diketiga2 sungai tu,sungai Terengganu mati lah yg paling popular..
Cerita aku berkisar kpd video diatas,Individu dlm video ialah dua pupu aku dan merangkap kawan juga,Walau pun dua pupu aku,aku memanggil nya pak ngah,mungkin kerana usianya atau pun itu panggilan lazim semua orang kampung aku..Dia antara yg pergi memancing disungai Terengganu mati dan sungai tembat.Oleh kerana dua pupu dan merupakan kawan jgk, byk ilmu hutan yg diberi kpd aku,terutamanya nama2 pokok/akar kayu yg boleh dijadikan ubat.Walau mcm mana pun kebanyakan yg diberitahu kpd aku hilang dari memory aku,mungkin GB memory otak aku kecik sbb tu terjadi lupa :) Aku tak ambik port sangat sbb prinsip aku,kalau sakit mesti di-tranffer ke hospital,Jadi tak payah nak berakar kayu sangat lah :)..Perlu jgk diketahui pak ngah seorang yg kelakar,Kalau umur nya muda diketika ini berkemungkinan besar dia boleh masuk pertandingan raja lawak.
Banyak cerita lucu dan cerita yg agak menyeramkan terjadi semasa kami memancing disungai terengganu dan sungai tembat.Dah aku cakap pakcik aku ni suka melawak,Disuatu lubuk,hanya aku dan dia saje memancing ditempat itu,Untuk sampai kelubuk berkenaan kami mesti melalui laluan yg agak keliru kalau tak benar2 mahir,Aku jalan didepan dan pakcik aku ni berjalan dibelakang aku,aku sebagai penunjuk jalan laa,Sampai kat lubuk aku melabuhkan kail aku dan pakcik aku hendak kedepan sikit,Setelah sejam aku mancing dan dapat lah ikan kelah kejar beberapa ekur,dlm kadar besar lengan,aku ingin ketempat pakcik aku,tp dengan tiba2 pakcik aku muncul kat belakang aku dilaluan yg kami datang tadi,sangat menghairankan sbb apa perkara itu boleh terjadi,Setelah aku tanya dia sebab terjadi demikian,Dia dgn selamba cakap baru balik check kayu balak,Faham lah aku dia telah sesat selama sejam yg lalu,Dengan muka yg calar balar dia cerita kat aku,dia ikut laluan yg agak pelik,laluan tu mcm menesabah utk ke lubuk,last2 sampai atas bukit,Terasa jgk takut katanya..Fenomena mcm ni dipanggil sebagai sesat lenkungan,bahasa kat kampung sebagai disusup oleh hantu..Oleh kerana kejadian yg mcm itu kami memutuskan untuk balik ke khemah,lagi pun badan pakcik aku berdarah2 sbb terkena onak rotan semasa ingin keluar untuk cari laluan yg sebenar..
Dimasa yg lain plk ketika aku pergi memancing disungai tembat,Aku dan pak ngah telah bawa beberapa orang pemancing dari luar,orang bandar.Dia orang ni masih muda,dalam lenkungan umur 20-30 thn,Pak ngah dimasa itu berumur dah 72 thn,jauh sangat dengan budak2 bandar ni.Budak2 muda tentu gagah dan dari bandar plk tu,tentu hebat,Pada permulaan nya mereka lansung tak bercakap dgn kami,mungkin mereka tenguk pakaian kami tak standard kut,tak lengkap mcm dia org,kasut yg kami pakai hanya lah kasut guba sahaja,kasut getah yg dibuat kerja motong getah,,hehehe.
Kapada mereka yg pernah mancing kat sungai tembat mmg tau sangat tempat permulaan utk kehulu sungai,Mula perjalanan dah pun melalui kawasan berbukit,kecerunan nya dalam 45-60 darjah,punya lah menegak.Semua ahli rombongan berjalan dihadapan,panduan nya hanya lah trek yg selalu digunakan oleh pemancing2,Tak mungkin sesat,Aku dan pak ngah berjalan last sekali,kami bimbang utk dihadapan kerana aku dan pak ngah mmg tak setangkas budak2 muda,klu jalan dihadapan bimbang plk kena potong,malu wehh.Tapi tak sampai 50 meter menaiki bukit ada seorang peserta dah rebah,jatuh tergolek,Muka dah pucat lesi,aku tenguk pun jadi takut,bimbang kut mati kat situ,lagi pun aku mmg tak mahir dalam memberi pertolongan cemas,bkn nak hembus2 mulut kut,klu perempuan lain lah plk rasanya,hua hua hua hua...Aku mmg gelabah giler,pak ngah ambik air dan jaram2 atas muka budak tu,Setelah budak tu sedar telah menjadi masalah plk kerana barangnya nya dia tak larat nak pikul,kawan2 nya yg lain dah jauh diatas bukit,aku panggil tapi mereka tak dgr atau mereka berpura2 tak dengar,Nak tak nak aku dan pakngah yg berumur 72 thn tu lah yg memikul barang budak tu,Dalam hati aku menyumpah2,padan muka,berlagak sangat,kawan dia pun tak layan..Sampai kat summit,semua kawan nya berkumpul kat situ,tempat kebiasaan kpd pemancing2 lain pun utk berhenti disummit,Sampai disitu aku pun memulakan syarahan,tentang cara2 berkumpulan tentang cara2 berkawan,pakngah dah mula memuncungkan mulutnya kerana dia ni kelakar,sikap nya itu kerana dia suka sangat aku memarahi kawan2 kpd yg tergolek dog tadi,Aku marah pun bkn sebab apa,sebab ingin memberikan bag kawan yg tergolek tadi kpd mereka,biar mereka plk yg rasa,hehehe.
Sebenarnya banyak sangat peristiwa memancing dgn pakngah yg aku nak citer.Aku berhenti setakat ni jer..sekian..
#covid nine teen
#semoga malaysia selamat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan