Sabtu, 29 Februari 2020

Misi air terjun berdebu

Air terjun berdebu terletak disungai kelemin hulu dungun terengganu..kampung yg terdekat dengan tempat tu ialah kampung talong,Air terjun ni merupakan air terjun yg baru.Baru maksudnya ialah air terjun ni belum dikenali oleh orang ramai dan sangat jarang dikunjungi oleh orang luar kerana terletak jauh dihulu sungai.Tempat ni hanya dikunjungi oleh pemancing2 dari kampung berdekatan sahaja...
kuala sungai tersai.Kapada aku pemandangan yg mcm ni tersangat indah,Kawasan ni sudah tak diambil khazanah nya sejak lebih dari 40 thn,Sungai2 ni sentiasa jernih airnya walaupun hujan turun dengan lebat..Pada zaman dahulu,lebih dari 100 tahun yg lalu,tempat ni merupakan dusun buah2an kpd penduduk terawal,Masih ada lagi peninggalan nya seperti pokok durian dan pokok buah2an lain.

Pada 21 dan 22-2-2020 baru2 ni aku cuba menjejaki tempat ni dengan google map,hanya itu sahaja panduan aku dan dengar2 dari penduduk yg berdekatan,Dari situ lah aku ketahui tentang air terjun berdebu

Aku pergi hanya 5 org pada pukul 6 petang,Meredah jalan balak lama dan sampai ke Kuala sungai tersai pada hampir pukul 8 mlm,Pukul 8 mlm tersangat gelap didalam hutan,dgn meraba2 dlm gelap dpt jugak dirikan khemah dan hidupkan api.Hidupkan api tersangat susah kerana kayu semua basah,tp pengalaman kami yg sentiasa berada ditempat2 mcm ni,menhidupkan api tak menjadi susah,.Masak nasi, rebus air,bergulai ikan yg sempat dipancing dikuala sungai.Pada masa itu hujan sangat lebat telah turun membuatkan acara tidur jadi tak selesa,basah disitu dan disini.Pada pukul 3 pagi kepala air berarus deras datang dan hampir menghanyutkan barang kelengkapan kami,Setelah itu kami tak tidur hingga pagi kerana dibimbangi air melimpah..
Berkhemah di kuala sungai tersai,aku dan kawan2 hanya bermotor buruk,Aku guna motor yamaha DT125,sementara yg lain nya guna motor cub yg diubah suai utk sesuai dgn tempat.

Setelah bersarapan ala kadar,makan mee segera dan nasi sejuk,kami bertolak ke camp terakhir hendak  keair tejun berdebu,Tempat itu sejauh 6.5 km menurut google map,Google map merupakan panduan aku untuk kemana2 didalam hutan,Aku sendiri tak faham mcm mana aplikasi ni berkerja sedangkan line internet nya tak ada,Walau macam mana pun aplikasi ni bekerja hanya ditalipon aku jer,talipon kawan2 yg lain,tak bekerja plk,aku memang heran,buka macam mana pun talipon mereka putih jer,tak de tindakbalas,Jenama talipon aku ialah sony.
Kat sini lah kem terakhir untuk ke air terjun berdebu,Pada hari aku sampai,banjir telah terjadi,Sangat bahaya kalau meneruskan program,,,

Sampai di kem akhir pada pukul 9 pagi setelah tolak  motor di sungai tersai disebelah hulunya.Semasa sampai dikem akhir iaitu disungai kelemin hujan masih turun dengan lebat menyebabkan sungai kelemin tak dapat disemberangi,Menyemberang sungai ni sangat penting kerana laluan untuk ke air terjun berdebu disemberang sungai,untuk ikut disebelah sini merupakan perjalanan yg menyusahkan ditambah lagi memang tak ada laluan untuk ke air terjun berdebu,Oleh kerana banjir kami batalkan saja misi kami,Hanya lepak2 dan mengail ikan tengas..

Pada pukul 12 tengah hari ada satu rombongan pemancing sehari sebelum nya utk menyeberang diarus yg deras. Dari rombongan ini lah kami ketahui untuk ke air terjun berdebu memerlukan beberapa jam berjalan kaki untuk sampai ketempat tersebut.Oleh kerana jauh nya tempat tersebut kami akn merangka satu lagi misi utk mencapai air terjun berdebu..Rombongan ini juga telah membatalkan misi mereka kerana keadaan yg tak menizinkan..Kami balik pada pukul 3.00 petang dengan bergabung dgn ahli rombongan yg baru kami kenal..sekian

GAMBAR2








VIDEO2



2 ulasan:

  1. haii ...nak tnya nacam mana nak ke air terjun berdebu ni

    BalasPadam
  2. ada sape2 buat trip ke air terjun berdebu x?

    BalasPadam