kawasan yg luas,nmpk berselerak kerana belum lagi siap
Surau ini terletak di kampung Rhu tapai Setiu Terengganu.terletak hanya ditepi jalan untuk ke jeti merang.Surau ini telah menarik minat ramai orang kerana keunikan nya.Keyunikan surau ini kerana dibuat dari kayu Tembusu yg terbiar lama atau pun bahasa Terengganu hulu sebagai kayu lakang,Lakang maksudnya ialah kayu yg terbiar lama dan yg tinggal hanyalah teras kayu,oleh kerana kayu Tembusu jenis yg sangat tahan lama,terbiar selama mana pun ia tetap kukuh,Dikatakan kayu Tembusu boleh menjangkau ketahanan nya selama beratus tahun.
Surau ni dibuat oleh seorang pesara kerajaan,Nama panggilan ialah Pok Su Ariff,beliau membina surau ni seorang diri dan dgn perbelanjaan sendiri.Walau mcm mana pun dana luar ada juga yg dapat dari sumbangan orang ramai yg perihatin.Katanya surau ini akan dapat disiapkan dlm masa setahun lagi kalau cukup dana.Sebenarnya pembinaan surau unik ini tak lah diharap sangat sumbangan luar tp ada yg nak bagi,boleh meringankan kos.itu lah serba sedikit apa yg diberitahu oleh Pak Su Ariff.
ruang solat nya
Surau ini dibuat lebih dari 70% dari kayu tembusu,Kayu tembusu digunakan untk pekakasan yg penting seperti tiang rasuk gengang,Lantai dibuat dari papan yg didermakan..Begitu jugk atap,mengunakan atap asbestos,Setakat ni yg paling menarik ialah tangga dan tiang dibahagian depan,Tiang tersebut diambik bersekali dgn dayan2nya untuk dijadikan lebih unik lagi..
keunikan tiang yg aku maksudkan
Pada pendapat aku lah... surau ini patut dilawati,sekurang2nya boleh jgk hulur sedikit sebanyak utk kerja2 pembinaannya..Hulur yg termampu,lebih banyak lebih baik... :)
aku kesini pada jumaat 14-2-2020 balik dari melawat saudara di kuala besut,sepatutnya aku ambik jalan melalui bandar permaisuri untk ke kuala berang,oleh kerana berniat utk lihat surau ni aku ambik jalan melalui penarik dan terus ke merang dan singgah di kg rhu tapai dimana terlEtak nya surau unik pak su ariff,semoga beroleh menefaat penulisan aku kali ini,walau pun bercelaru sekali...hahahaha..
SEKIANGambar2 hanya mengunakan talipon sony xperia...model E6653 harga yg paling murah..hehehe
dibuat gere/bangku tempat berehat2
papan ni dibelah dgn mengunakan mesin gergaji
aku rasa surau ni tak berdinding,sesuai dgn keadaan ini
Dibuat dari kayu tembusu jgk,Tapi aku tak tau nak cakap apakah ini tp macam pagar,,hehehe
selesa untuk sebuah surau
tangki air yg dalam pembinaan..Dikatakan tangki air nya telah diderma oleh seseorang
Ukiran itu dipahat sendiri oleh pak su ariff
Tiada ulasan:
Catat Ulasan