Cerita aku pada kali ini agak menyimpang banyak dari tulisan Aku yg telah lalu, ceritanya agak mengarut tp tak mengarut kpd aku, ceritanya mudah jer..tp aku sengaja buat payah :)
Kalau waktu malam jalan mcm ni memang gelap gelita dan menakutkan..
Sejak mak aku baik dari sakitnya aku telah menyambung kegiatan berkebun aku,hampir setiap pagi dan petang aku kekebun,iaitu kalau tak pergi ke litar race moto,klu pergi ke litar berhari2 lah aku tak kekebun kerana tempat race motocross biasa nya jauh iaitu dari Perlis sehingga negeri Johor.Kalau dah jauh mcm tu memang mengambil masa sekurang2nya tiga keempat hari,klu dekat2 je biasanya dua hari.Waktu seperti ini aku tak pergi kebun.
Banyak tanaman yg aku tanam,dari sawi,kangkung,lada besar,lada kecik sehingga ubi kayu,Aku suka bertanam sbb suka tengok seninya,disamping itu boleh jgk pendapatan..tp aku tak harap sgt tentang pendapatannya.seni yg aku maksudkan bila lihat pokok membesar,kehijauannya,kesegaran pokoknya.oleh sbb itu lah aku sentiasa kekebun sekurang2nya dapat menjaga tanaman aku dari musuh2.musuh2 tanaman yg paling ketara ialah kera.atas sebab2 menjaga dari musuh tanaman lah aku mesti kekebun setiap hari.kecuali sbb2 yg tak dapat dielakkan.
Kebun aku jauh dari jalan besar dlm 4km,laluan nya bertar kecik dlm 10 kaki lebarnya.Dikiri kanan jalan dipenuhi dgn semak samun,keseluruhan laluan dilitupi oleh pokok2 dusun lama dan kebun sawit .Laluan 4km itu merupakan bekas kg lama yg telah lama ditinggalkan, sekitar 150thn dahulu,penduduk kampung tersebut telah pindah hampir 100 thn dahulu disebabkan kampung yg sentiasa ditenggelami banjir,sejak itu tinggallah kampung ni tak berpenghuni.oleh kerana bekas kampung maka tinggalan nya ialah tanah dusun lama dan kawasan tanah perkuburan.Pembaharuan yg dibuat ialah jalan tar yg dibina pada tahun 1999 dahulu.(sebut saja 1999 aku teringat cerita tv iaitu space 1999)
Kebun aku dihujung sekali,begitu lah sehari2 aku kekebun dgn melalui jalan ini..Disebelah petang aku balik selepas azan maghrib,bermakna hari dah gelap.Pada maghrib ini lah ketika aku melalui dijalan yg dilitupi dgn pokok2,aku terdengar nama aku dipanggil,Aku berhenti didalam gelap kelam2,nak pastikan apakah bendanya..nak dikatakan orang memang aku sedia maklum tempat tersebut,Tempat tersebut memang tak ada orang dimasa maghrib,dimasa lain pun tuan punya kebun jarang yg datang kerana tempat tu bekas kampung lama dan tanaman yg ada hanya pokok2 buahan yg dah tua dan dimasa tu jgk bkn lah musim buah.Setelah pasti benar tak ada apa2 mungkin hanya diperdengarkan aku saje,aku start motor nak terus balik,sekali lagi aku dipanggil,oleh kerana aku dah rasa meremang aku terus perjalanan dan aku dipanggil utk kali ke-3,.tiba2 pandangan aku jadi berjaring maksudnya seperti org letak jaring kat depan aku.
Tiba2 aku terjelepuk jatuh,tapi tempat aku jatuh 1 km dari tempat nama aku dipanggil tadi.bermakna aku tunggang motor sejauh 1km dgn tak sedar diri,yg hairan aku boleh melepasi beberapa selekoh dgn baik tanpa terbabas dan tempat aku jatuh merupakan selekoh berbentuk U, mungkin selekoh tu sgt membelot jadi aku ambik korner tak lepas,tempat aku jatuh tu merupakan kawasan perkuburan lama, keadaan mcm tu membuatkan aku menjadi seram ditambah plk dgn hari yg sgt gelap..
Setelah kejadian tu,aku bertanya kpd org tua2 kat kampung aku tentang kejadian yang menimpa aku,dia orang cakap penunggu kat situ nak bergurau,dia org cakap lagi,aku bernasib baik tak ikut suara yg memanggil aku, kalau aku ikut nescaya aku akan hilang untuk semalam, Wallahualam..

Lain kali tangkap la gambar kebun encik azram. Nak tengok..
BalasPadamAda bossku,asas nya tanam sawit,menanti sawit berbuah, tanam ubi kayu,keledek,lada besar,sawi dan serai..
BalasPadam