Aku tak tau macam mana nak cerita tentang tajuk ini kerana melibatkan hukum hakam,bab hukum hakam mesti kpd yg arif sahaja mcm ustaz2 dan orang alim, sedangkan aku bukan ustaz tp aku ni jenis kargo je,Tp mcm ni je lh,aku nak citer pengalaman aku mengambil saf ketika solat maghrib disebuah masjid kat Terengganu ni..
Gambar hiasan
Pada satu hari aku berurusan disebuah tempat yg jauh dari kampung aku sehingga terlewat balik membawa kewaktu maghrib.Kalau aku pecut selaju mana pun aku takkan sampai rumah utk solat maghrib di rumah,jadi nak tak nak aku mesti berhenti di mana2 masjid utk menunaikan perintah Allah.
Aku singgah di sebuah masjid yg sgt besar,oleh kerana masjid nya besar tentulah kampung nya besar dan penduduknya ramai.. sesampai aku dimasjid aku dapati solat dah pun didirikan,aku dapati ada tiga orang ahli jemaah,satu imam dan dua makmum,tapi agak pelik dua orang makmum nya berdiri sebelah kanan imam.kedua2nya aku dapati mengambil saf seperti makmum yg berseorangan yakni dekat dgn imam,aku dah jadi gelabah mcm mana nak buat kerana aku makmum yg ke-3,nak tak nak aku ikut je saf makmum yg lain,jadilah saf yg tak ada peraturan.Menjelang habisnya solat maghrib ada dua orang lagi yg datang dan juga mengikut bersolat atas saf yg cacat tadi,jadi ada lima orang makmum sehingga solat selesai, Setelah solat selesai dan imam membaca doa pendek dan berwirid pendek,imam telah tazkirah kami kelima-lima orang makmum yg bodoh itu dan yg bodoh itu termasuk lah aku, hahaha...
Tazkirahnya ialah cara nak mengambil saf,kerana kami makmum yg lima orang dah mcm tak ada ilmu, nampak sangat Kami ni bodoh2 belaka, :) Cara2 nya macam ni,kalau makmum seorang saf nya mesti dekat dgn imam disebelah kanan,tapi kalau makmum yg kedua datang ketika solat didirikan,makmum kedua mesti mengambil saf seperti lazim,tp sebelum mengambil saf makmum yg kedua mesti cuit sedikit makmum yg pertama yg dekat dengan imam,makmum pertama mesti faham dia mesti berundur kebelakang,begitu juga dengan aku makmum yg ketiga,setelah didapati dua makmum yg pertama dan kedua tadi disaf yg berdekatan dgn imam,makmum yg ketiga mesti cuit makmum yg kedua dan buat saf seperti lazim,dan makmum yg pertama dan kedua mesti faham dan berundur kebelakang,begitu juga bila datang nya makmum ke-4 dan ke-5 dan didapati makmum yg terdahulu buat saf ditepi imam dia mesti cuit yg dihadapan untuk buat saf yg lazim,oleh kerana kami kelima2 makmum tak ada ilmu maka terjadi lah saf bodoh kami tu.Walau mcmana pun saf yg nak dibuat mesti imamnya sentiasa ditengah2,maksudnya makmum mesti pandai atur,kanan kiri kanan kiri,Kalau makmum 5 orang,imamnya mesti setentang dgn makmum yang ke-3. Setelah bagi tazkirah imam tu menangis,dia cakap,sesalah2 kami mengambil saf,salah lagi dia sebagai imam,dia cakap lagi, macamana dia sebagai imam tak boleh perintah kan penduduk kampung nya mendirikan solat dimasjid sehingga terjadi kemalangan mengambil saf seperti kami lakukan.Dia cakap lagi perkara mcm ni tak mungkin berlaku kalau semua orang bersolat di masjid.
Setelah selesai tazkirah oleh imam,kami berkenalan antara kami sebagai makmum,dari situ lah aku ketahui bahawa semua kami bkn dari pemastautin tetap kampung tu,ada antara kami boleh bersolat jamak..kesimpulannya,dimana kah ahli jamaah kampung tu,masjid besar tapi kosong, rupa2nya imam sorang je orang kampung tu,yg lain nya orang musafir termasuk aku..kesimpulannya lagi ialah mengapa kami2 ni bodoh sangat sehingga benda yg basic mcm tu pun tak tau..aduhhhhh. sejak itu aku cuba cari ilmu yg basic yg kita ambik ringan, padahal yg ringan itu lah kita ramai tak tau...untuk makluman,semua makmum solat maghrib kami merupakan orang yg ada2 berdasarkan kpd pakaian dia orang dan kenderaan yg dia orang pakai, seorang tu pakai merc. sekian

Penghuni dunia semakin lalai 😟
BalasPadam