Selasa, 28 Januari 2020

Cengal besar 2020..

Tajuk cengal besar aku dah tulis banyak kali..Aku dah pergi ke cengal besar dah 4 kali dan kawasan tersebut dah berpuluh2 kali,aku tak henti2 pergi kekawasan ni kerana main motor, Walau pun aku telah dikategorikan sebagai tua tp aku tak pernah insaf dari menceburi bidang ini, aku boleh dikatakan sebagai sama naik dgn budak-budak muda, budak2 muda tersebut ialah anak sedara aku sendiri dan beberapa org lagi dari group motocross htmcc.Main moto kekawasan cengal besar merupakan permainan yang sangat ekstrem.laluan yg sgt gila,memerlukan kudrat yg bukan sedikit maknanya bukan kaleng2.Makna nya kalau kurang semangat samada mental dan fizikal mmg tak boleh pergi ke tempat tersebut.

Aku pergi pada 24 dan 25-1-2020..seramai 14 peserta.
Jauh tempat ni mengikut Google map ialah 37km,melalui jalan sejauh 50-60km.melalui jalan tar 22km,38 km lagi melalui jalan hutan sepenuhnya.terletak didaerah Dungun Terengganu.

Perjalanannya
Bertolak dari rumah pada pukul 10 pagi hari jumaat,melalui felda Mengkawang,sampai sungai kelemin pukul 11 lebih,sungai loh pada pukul 1 tgh hari,solat jumaat di masjid kg jongok batu,bertolak kecengal besar pada pukul 3.30 dan sampai ke camp cengal besar pada pukul 4.15..malam berkhemah dgn jayanya,makan nasi lauk ikan kelah gulai air..keesukan naik kecengal besar pada pukul 9.30 dan sampai pukul 11.30 pagi.balik ke camp dan masak2 makan tgh hari,bertolak balik pada pukul 5.00ptg dan sampai rumah pada pukul 8.30 mlm.perasan suka yg sgt giler.. :)

Pada masa yg terdekat ni aku nak pergi tengok pokok yg terbesar di Malaysia yg terdapat di tasik Kenyir.. InshaAllah..

Gambar2
Melalui sungai kelemin,sungai cetek semasa aku pergi,boleh dilalui dgn mudah..sungai kelemin berkualakan sungai Dungun..
Laluan mcm ni sangat biasa, memerlukan tenaga yang bukan sikit..
Makan malam berlaukkan ikan kelah gulai air..resepi yg sgt mudah..kunyit,bawang putih,bawang merah dan dicampur dgn budu..hahaha,sedap tak terkata.
Sungai loh diwaktu pagi yg sangat damai berlatarbelakangkan lagu love story..
Ni lah pokok cengal besar,ukuran lilitnya 16 meter.dikatakan berusia 1300 tahun
Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan