Pada hari ini perintah kawalan pergerakan (PKP) sudah mengjangkau 22 hari,Berkurung selama 22 hari menjadikan ramai dari kita kegusaran dan bosan,Dan ramai juga menjadikan perintah berkurung dengan membuat sesuatu untuk mengisi masa yang tersangat lapang.Ada juga menjadikan perintah berkurung utk buat sesuatu yg kelakar.Salah satu yg kelakar itu seperti video kat bawah.
Video ini aku ambik kat facebook.
Aku sendiri mengisi masa yg ada dengan merenung diri sendiri akan kesudahan cerita yg seperti tak akan sudah2.Yang paling mengharukan ialah tidak dibenarkan untuk bersolat berjamaah dimasjid.Bersolat jamaah mungkin ada kelongarannya tetapi sehingga tak boleh solat jumaat memang tersangat malang.Aku telah diberitahu oleh seorang tua dikampung aku yg umurnya dlm 90 tahun,seingat nya belum pernah berlaku dlm sejarah hidupnya solat jumaat tak dibenarkan.Kadang2 mari jgk terpikir bahawa tuhan sekian alam sedang marah dgn kelakuan manusia.Bagi aku tak boleh solat jumaat itu merupakan tanda bahawa dunia dah tersangat hujung.
Dengan ada nya wabak ni,seolah2 semua manusia dah sama taraf,Sebab manusia boleh mati pada bila2 masa untuk semua nya,Sama ada dia kaya atau dia miskin,Manusia dah tak boleh bercakap besar antara satu sama lain,Dimasa ini orang yg berkuasa seolah2 akur dgn apa yg terjadi,wabak lansung tak boleh dibendung,Wabak dah menembusi tembok yg paling teguh sehinggakan pemimpin2 dunia ramai yg dah mati kerana wabak ini,Yg terbaru perdana menteri England telah dimasukan ICU.
Berbalik kpd kreativiti ramai org untk mengisi masa yg ada akibat PKP,Ada macam2 ragam yg dibuat oleh org kena kurung untuk menhiburkan hati mereka sendiri,Nak tenguk kreativiti dia org boleh sajer tgk dlm youtube atau facebook dan IG..Kreativiti aku dalam video kat bawah.Tp tak ada lah kreatif sangat,Bodo2 jer..
Salah satu kerja aku ialah letak kamera depan rumah aku,Rakam sebanyak mana kederaan yg lalu lalang ketika tgh hari,Hulu terengganu merupakan kawasan hijau virus corona,hulu Terengganu tak ada satu kes pun yg positif covid 19 setelah 22 hari PKP.Dalam video yg aku rakam selama 15 minit terdapat 45 kederaan yg lalu lalang,kalau tempat aku ni dah mcm tu kederaan nya tetapi tiada kes covid,tempat lain yg banyak kes tentu lah lebih sibuk.
Oleh kerana aku banyak ubi kayu yg ditanam,sehingga tak laku,terbiar gitu jer,Selain dari rebus,aku buat kerepek,Selain buat kerepek aku buat kueh seperti dalam video,Kueh ni senang sangat utk dibuat,Tumbuk dalam lesung batu ubi kayu yg masak direbus,kalau sikit dan boleh ditumbuk dalam lesung kayu utk buat banyak,Setelah ditumbuk,boleh dimakan dengan cicah dgn gula melaka yg dimasak cair,Selain tu boleh dibuat mcm kueh puteri mandi..Kueh ni popular semasa aku miskin sangat hari tu,masa aku kecik2..Nak buat kueh puteri mandi dengan pulut atau gandum memang tak ada duit ,hentam sajer dgn ubi kayu yg ditumbuk lumat,Kesian sangat2 kpd mak dan ayah aku dimasa tu..nak bagi anak2 makan sedap tak berdaya,Buat sajer apa yg ada..hehe.
Salah satu masakan yg aku buat ialah buat mee goreng,Buat mee bagi aku sangat senang,Tak perlu sangat ingat apa yg patut di isi,Lagi pun aku memang sentiasa berselera walau pun makan benda yg sama setiap hari,Aku mampu makan nasi hanya dengan ikan kering goreng sahaja,Oleh kerana musim PKP ni,bantuan selalu dapat dan memperbagai masakan boleh dibuat,Bantuan berupa beras,gandum,sardin,gula,teh,telor,ikan kering.Jadi tak ada masalah untuk keluar beli barang kat kedai,Aku jadi hairan dengan penduduk di hulu terengganu,ramai yg masih keluar ,bersesak2 utk beli barang kat bandar,sedangkan bantuan dah dapat,kedai kat kampung masih ada banyak lagi barang,mungkin kesilapan nya terletak kpd bantuan perihatin nasional yg berjalan sekarang,Bersesak kat bandar boleh terdedah kpd jangkitan virus,Semua orang mesti belajar makan dgn ala kadar dimasa sesak macam ni,tp itu tak terjadi,tapi apa boleh buat,dah ada duit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan