Aku sangat terasa dengan beberapa peristiwa tentang kesusahan yg dihadapi oleh ramai orang sejak PKP dilaksanakan di negara kita Malaysia,Maksud PKP ialah perintah kawalan pergerakan yg disebut sebagai MCO dalam bahasa inggeris iaitu movement control order..Kesusahan yg dihadapi oleh beberapa orang yang sangat mengejutkan kapada aku seperti tiada sedikit pun makanan dirumah mereka sehingga ada yg keluar melanggar PKP semata2 untuk menarik perhatian orang atau pihak berkuasa.Kadang2 aku seperti tak percaya apa yg berlaku,tak mungkin sehingga begitu sekali miskin nya mereka.Terasa bodoh sangat ada yg tak punya apa2,adakah mereka memang sangat malas atau pun apa atau pun orang2 ni hanya berpura2 miskin.Yang aku maksudkan miskin itu sehingga tiada apa2 untuk dimakan,Macam tak lojik kan.Aku tak hairan kalau yg tiada makanan atau pun mati kebulur tu pendatang asing,pendatang asing memang lojik kalau lapar kebulur.Orang tempatan tak mungkin seperti itu,lagi pun pihak kerajaan dah bagi bantuan semasa menghadapi petaka covid 19.Kerajaan telah berbelanja sebanyak lebih dari 200 billion ringgit supaya rakyat nya tak lapar,dan dimanakah lojik nya masih ada yg tak punya apa2 utk dimakan.
Yang aku nak cerita bukan lah tentang orang2 yg menderita dengan kemiskinan tu,yang aku nak cerita tentang bantuan yg aku dan orang kampung aku dapat,Sejak PKP berlansung. Aku sekurang2nya telah dapat bantuan sekurang2nya sebanyak enam kali,Yang memberi bantuan plk terdiri dari parti politik,iaitu PAS dan UMNO,kat kampung aku memang tak ada parti politik lain seperti PKR,PAN dan parti bunga,jauh sekali DAP,memang DAP tak ada nyawa pun kat kampung aku yg 100% melayu,Selain itu dapat juga bantuan dari syarikat2 seperti agro bank,Felcra dan egensi kerajaan seperti jabatan pertanian,Selebih nya dari orang perseorangan.Bantuan pula berupa perlu pertama seperti beras gula dan barang2 perlu pertama lain nya,tak berhenti setakat tu sahaja bantuan seperti sayur,ikan daging pun dibahagi,bukan sekadar tu saja bantuan lauk pun ada yg diterima,punya lah mewah orang kampung aku dengan bantuan2 sehingga kat rumah aku boleh dibuka kedai runcit,punya lah banyak bantuan,Oleh kerana banyak sangat bantuan,aku plk telah bagi banyak dari bantuan tu kpd jiran terdekat dan adik beradik aku yg lain,Kalau lah aku tak bahagi2 bantuan yg aku terima,nescaya sampai raya korban pun bantuan2 tu tak habis utk dimakan.Aku kan bujang dan duduk dgn mak je,mana boleh habis..Selain bantuan itu bantuan perihatin nasional boleh dikatakan telah diterima oleh ramai penduduk kampung aku,sehinggakan aku pun dapat bantuan BSH sebanyak RM 800 ringgit,Aku kan bujang tentu lah dapat,lagi pun aku miskin kikikiki,
Atas sebab2 yg aku bagi tu lah aku hampir tak percaya masih ada yg tak ada duit utk berbelanja dimasa PKP ni.Walau mcm mana pun aku bersangka baik,tentu ada sebab2 tertentu yg menyebabkan masih ada yg sesusah itu,Kita tak rasa maka kita tak tau,mungkin org yg susah itu duduk dibandar kerana orang yg tinggal dibandar lain cara nya nak hidup,Hidup dikampung boleh jgk tanam sayur sendiri,Boleh jgk mamah ubi kayu bakar,boleh cari pucuk paku ditepi sungai,boleh jgk mancing ikan seluang utk dibuat lauk,terasa plk aku mungkin orang2 yg dikatakan susah kerana tak nak makan barang local ni atau macam mana,naik hairan aku...SEKIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan