Selasa, 19 Mei 2020

Dilemma bulan ramadan

Assalamualaikum, selamat berpuasa,semoga ibadat puasa kita diterima oleh ALLAH,Puasa pada bulan ramadan dah berpuluh2 tahun aku lalui,Senang cerita aku tak pernah meninggalkan puasa sejak dari dulu2,walau mcmana pun aku meninggalkan puasa sebanyak tiga kali iaitu pada umur 11 thn,15 thn dan 17 thn,punya lah baik aku kan,walau mcmana pun jgk aku telah ganti semua puasa2 yg aku tinggalkan..
Ayam pasu cheta

Kali pertama aku tinggal puasa kerana sgt terliur buah rambai,jd aku makan tanpa bg tau kpd mak dan ayah aku,umur 11 thn merupakan budak lagi,dlm darjah 5,puasa mmg tak wajib keatas aku sbb masih budak tp akibat dari didikan, aku sangat mengambil berat ttg puasa,kali kedua masa tingkatan 3,tak puasa pada kali ini kerana terpengaruh oleh kawan,aku terikut sama tak puasa,meninggalkan puasa merupakan kekesalan yg sgt berat kpd aku dan aku bertaubat tak kan tinggalkan puasa walau apa jadi.Kali ke-3 kerana nasihat doktor mengenyurkan aku utk berbuka kerana mengambil  suntikan kat spital.Aku dah tak ingat apakah sakit aku sehingga dicocok dan itulah kali akhir aku cocok  sehingga tahun 2014 aku di cocok sekali lagi kerana digigit lipan,tahun 2014 merupakan tahun dimana banjir besar terjadi dikelantan dan terengganu.

Dilemma bulan puasa ialah tentang juadah berbukanya,Hari2 sentiasa ditipu oleh nafsu sendiri,Pada siang nya seolah2 tak teringat sejarah yg kelmarin,sentiasa nak buat atau beli sebanyak mana juadah berbuka,sedang dah tau makanan yg pertama masuk mulut merupakan makanan yg paling sedap,tak kira apa makanan tu,selebih dari makanan yg pertama makanan tu dah jadi tak sedap walau pun makanan itu yg paling sedap.Masalah tertipu oleh nafsu sendiri ialah aku sgt terliur kpd makanan yg dijual,sepatutnya kita tak payah masak kalau dah beli makanan dan sepatutnya kita tak payah beli makanan kalau dah masak kat rumah,

Juadah berbuka mesti yg senang je,mcm sedikit kueh,nasi dan lauknya,lauk nasi tak payah banyak,sekadar sejenis je,sehabis banyak pun dua jenis.Air plk sekadar air sejuk masak atau air tea o,kalau lebih dari tu mmg membazir.Bab juadah berbuka mmg tak kan sudah sehingga bila2 kerana godaan nya besar sangat.Walau pun otak dah set semua yg patut utk berbuka puasa tetapi godaan tetap sentiasa ada walaupun dimusim covid 19.Iklan juadah berbuka puasa di facebook dan whasaap tak dapat ditolak2.Yg bagi iklan plk terdiri dari kawan2 yg menyebabkan  rasa nak tolong kawan berniaga,di tambah plk dgn khidmat COD,iklan nya plk sgt mengoda,contoh iklan kawan2 aku..
Iklan ikan bakar,siap dgn COD plk tu.
IKLAN AYAM PASU CHETA,
TAK TAU LAH AKU APA YG CHETA.

Selamat berpuasa yg tinggal lagi empat hari dan disambung plk dgn puasa enam


2 ulasan:

  1. Selamat hari raya encik azram 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya maaf zahir batin cik hidayah razak.terima kasih banyak2 sbb sentiasa ikuti blog sy yg tak seberapa.

      Padam