Rabu, 14 Mac 2012

akad nikah

  Lafaz ijab:
 "aku nikahkan akan dikau dengan sipolan binti sipolan berwakil wali bapanya kapadaku dengan mas kawinnya dua puluh ringgit tunai"
Lafaz qabul:
"aku terima akan nikahnya dengan mas kawin yang tersebut itu"

Bermula rukun nikah itu lima perkara:
1)Lelaki
2)Perempuan
3)wali
4)Saksi
5)Lafaz ijab dan qabul 

Beberapa hari yang lalu dan dua tiga hari yang akan datang aku akan hadir di banyak majlis akad nikah perkawinan ,Yang paling penting dalam perkahwinan ialah akad nikah nya,Tetapi dalam majlis akad nikah mcm2 perkara yang terjadi,yang pertama aku perhatikan ialah upacara mendera pengantin,seolah2 part ini adalah wajib dilakukan,sesi ini dibuat dengan secara halus dan disedari olih ramai hadirin,cuma para hadirin menerimanya dengan terbuka hati kerana proses ini seolah2 menjadi keutamaan,Walau macam mana sekali pun sesi ini mungkin patut dihadapi olih pengantin sebagai ujian awal dialam berumah tangga,Kadang2 dalam upacara keugamaan seperti ini majlis jangan kelihatan terlalu serius.

Dalam video kat atas tidak mempuyai unsur2 tersebut tetapi sebelum pengantin dinikahkan macam2 perkara yang terjadi,usik mengusik antara sesama yang datang mungkin merimaskan pengantin,yang paling berat mata memandang,berat lagi bahu memikul ialah datang nya dari jurunikah sendiri,Kadang kala ada dari juru nikah sengaja melambat2kan majlis,memberi khutbah yang panjang dan mntafsir plk akan khutbah yang disampaikan,Selain itu pertanyaan yang berjela2 dari jurunikah seperti menyuruh pengantin membaca Fatihah,rukun mandi wajib,rukun islam dan rukun iman.
Perkahwinan ini antara muhamad zul ridzuan bin shamsudin dan siti nur baizura bt haji jafri.
Hairan juga dengan sikap jurunikah yang seperti itu sedangkan beliau hanya ditugaskan untuk melaksana kan sahaja.Sepatutnya jurunikah tak payah membuat kerenah yang bukan2 kerana apa yang disuruh semuanya telah pun ada semasa kursus nikah kawin yang setiap pengantin wajib mengikutinya sebab setiap nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan.sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan