Kalau kita pergi ketempat orang biasanya kita akan mengeluarkan belanja
yang tinggi untuk semua keperluan kita dalam bentuk apa saja dan kita
tak akan kedekut untuk memngeluarkan belanja walaupun apa yang kita
keluarkan rasa2 seperti sangat melampau...Kalau kita berada dirumah atau
kawasan sendiri biasa nya kita tak menghiraukan sangat tentang nilai
yang ada,padahal apa yang kita ada sangat jauh bernilai dari keberadaan
kita dirumah orang..
Baru2 ini aku menjejakan kaki aku kesebuah kawasan perkelahan dinegeri
pahang ia-itu disungai pandan,Pancing Pahang...Aku sangat dikejutkan
dengan bayaran untuk memasuki kawasan perkelahan tersebut,Bayarannya rm
5 untuk dewasa dan rm 2 untuk kanak2,sewa untuk parking ialah rm 2
untuk kereta,Jadi kalau kita berempat, bayaran yang dikenakan ialah rm
22..Punya lah mahal...Oleh kerana mahal bayaran dan tempat untuk parking
dah tak ada, aku mengambil keputusan untuk tidak memasuki tempat
perkelahan ini,Aku telah diberitahu tempat perkelahan ini mempunyai air
yang sangat cetek,jadi menambah rasa kurang untuk aku memasukinya...
Tempat untuk mengambil tiket mempunyai 2 buah kerusi dan sebuah meja,Tak
padan dgn harga yang mahal untuk memasuki tempat ni...Aku telah
diberitahu oleh penjaga tiket bahawa kawasan perkelahan sudah pun
penuh..
At
last aku berkelah sahaja dalam kebun kelapa sawit diluar kawasan
perkelahan sungai pandan,Bayaran pun tak kena,air kat dalam dan kat luar
sama sahaja,Tak ada bezanya,Formulanya tetap H2O,huhuhuhu
___________________________________________________________________________________
Setelah aku berkelah ditempat orang tak berkelah aku ingin kesatu
tempat lagi iaitu gua charah,Gua ini aku kesan semasa kedatangan aku
kesungai pandan tadi,Aku dapati ada bukit yang tinggi menjulang
disebelah kanan jalan,Nama gua ini aku ketahui sesampai nya aku ketempat
tersebut...
Tinggi gua ini dikatakan 1000 meter dari paras laut,Aku juga telah
diberitahu bahawa gua yang terjadi disisi nya tembus sehingga
kepuncak..Pandangan dari jauh tak memberi apa2 makna kapada aku tapi
setelah aku mendekatinya aku dapati zaman seolah2 berubah dari dunia
moden kapada dunia yang tak ada peradaban,Sesampai nya aku,aku dapati
seperti berada di lost world,macam dalam cerita lost world pulak.Bila
aku benar2 dekati gua tersebut baru lah aku ketahui tempat ini merupakan
sebuah tempat ibadat orang india iaitu kuil hindu..Jadi aku batalkan
saja niat aku nak kepuncak,Malas nk lalu depan kuil,lagi pun pemandu
arah tak ada.Dengan pemandu arah tak ada berkemungkinan aku boleh sesat kat dalam gua tu.....
Setelah aku keluar dari tempat tu aku telah buat2 ringan2 mulut bertanya penduduk disekitar tempat tu tentang keadaan dalam gua tersebut,Ada macam2 versi yang aku dengar,Yang sangat menarik pada pandangan aku ialah tentang cerita dalam gua charah,Dikatakan didalam nya terlalu purba,seolah2 masa tak bergerak langsung..
Dipintu gua ini lah aku ingin sangat nak pergi, mungkin disatu hari dan ketika aku akan sampai jugak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan