Ahad, 28 April 2013

Awek..

Sejak aku berinternet aku telah mnerima mcm2 emel,Kebanyakan emel hanya berkaitan dgn laman sosial yg telah aku sertai..Tetapi banyak juga emel yg aku terima merupakan emel yang pelik,Salah satu contoh emel pelik ialah aku diminta untuk mengesahkan penghapusan seekor anjing di New York,Berkali2 emel itu aku terima,oleh kerana bosan dgn emel tersebut aku telah sahkan pelupusan anjing tersebut dgn cara menklikkan ditempat yang telah diberikan,Urusan yang tak ada kena mengena dgn aku dah jadi satu kewajiban kapada aku untuk membantu dalam urusan mereka...Sejak aku sahkan pelupusan tersebut aku tak pernah lagi menerima sebarang emel berkaitan dgn anjing tersebut....

Awek ni berasal dari manchester,England,Dia ni bagi nombor talipon nya kat aku,aku mesej je kat dia,tak berani talipon..nama nya jeniffer

Selain dari emel2 laman sosial, aku telah terima beberapa emel dari orang biasa yg datang dari USA,Turki,Brazil,India,mesir,goergia,bosnia,Enland dan afrika,Penhantar emel semua perempuan yang umurnya sekitar 20- 30 tahun..Selain emel2 dari awek2 ni,aku telah terima satu jemputan bermain motocross di Florida,Amerika Syarikat,Jemputan ni telah dikhususkan kapada kelab motor aku,HTMCC,Tapi aku rasa jemputan itu hanya main2 sahaja kerana keupayaan htmcc hanya ciput je..
 Awek ni bernama Nurul yg berasal dari England,Tinggi orang nya, islam ugamanya

Salah satu emel yang kerap aku terima datang nya dari  negara goergia,eropah,yang dihantar oleh seorang awek,bagi aku org putih ni mmg lawa2,Mula2 aku tak rasa apa dengan emelnya kerana emelnya biasa2 sahaja,Yang awek ni cerita dan cerita aku kapada awek ni hanya lah berkaitan hal2 biasa sahaja,cuma bertanya kabar,cerita hal negara masing2 serta hal2 kampung..Mula2 aku agak awek ni merupakan satu kumpulan sindiket penipuan antara bangsa yang melibatkan dadah dan kewangan kerana awek ni bimbang emelnya dipintas,aku sendiri tak faham apa itu dipintas,oleh kerana kekerapan emelnya dan menceritakan kapada aku tentang nya dan tentang hidup, aku menjadi lupa tentang tohmahan aku kapada nya...

Perkenalan aku dengan awek ni berlangsung untuk beberapa bulan,Sesudah lama aku dan awek ni beremel,awek tersebut dah menceritakan kapada aku tentang kisah nya dengan lebih lanjut lagi,,Rupa2 nya awek ni pengidap sakit jantung kronik.Aku menjadi kasihan sebab apa yang diceritakan oleh nya kapada aku,aku jadi percaya dan hubungan emel menjadi berterusan,dan aku menjadi setia untuk membaca emelnya,Adakah aku dan awek ni bercinta? Aku rasa tak,sebab masing2 tau tentang kedudukan masing2,Tak kan lah aku nak pergi jauh ke-goergia dan dia yang sakit tentu lah tak ada apa2 yang dikehendaki lagi..Perhubungan menjdi semakin lama dengan cerita2 yang biasa, yang telah diceritakan sejak lama dahulu..


Beberapa minggu yang lalu aku telah tidak menerima emel dari nya lagi,Dan baru2 ini aku telah menerima emel dari seseorang yang telah memberi tahu aku, awek ni dah pun meninggal dunia kerana sakit jantungnya,Sebak juga lah aku kerana apa yang diceritakan kapada aku adalah benar belaka iaitu tentang sakit nya dan tentang susah payah nya untuk meneruskan hidup akibat dari sakit yang dialaminya.(aku tak tahu lah plk kut awek ni tipu aku,dia malas nk emel aku dia ckp je dia dah mati).Yang aku paling terkilan ialah aku tak pernah bercakap tentang ugama dengan nya, jauh sekali untuk berdakwah menyeru dia untuk menganut ugama Islam tapi setelah aku fikir2kan siapa lah aku untuk berdakwah kapada nya.(awek ni berugama kristian dan dia cerita kpd aku keluarganya tak ada masalah kewangan..)


Terus terang aku katakan aku kasihan kapadanya dan hari aku tau berita kematiannya, aku rasa air mata ku tergenang,Tapi aku bukan lah nak ucapankan semoga rohnya dirahmati ALLAH pulak atau membaca fatihah untuknya kerana ugama nya...Sejak itu aku rasa betul2 kehilangan emel dari nya,untuk aku menghilangkan ingatan itu aku delete semua emel yang telah dihantar oleh nya...

(yang aku hairan macam mana  orang2 ini boleh tau emel aku,sedangkan aku tak tau langsung Alamat Emel orang.walau macam mana pun aku telah terima emel dari pasukan google yang menyatakan emel aku dah beberapa kali diceroboh.Apakah itu?? aku sendiri tak faham) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan