Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan
persekutuan,putrajaya memang tak payah diperkenalkan lagi, umum sangat
mengetahui fungsi dan bila kota ini dibina.Yang aku nak cerita tentang sikap
penghuni nya dan keangkuhan pegawai2 diputrajaya.
Aku dan kelab motor aku pernah datang race dikota raya ini
pada 2-11-2013 sempena hari belia negara yang diadakan ditarikh tersebut dan
baru2 ini pada 23 dan 24 haribulan mei 2015.Team motor kami yang datang
mengendeng diputrajaya setelah dijemput melalui facebook dan dari kawan2 dari
team motor yang lain.Team motor kami dari hulu terengganu merupakan team yang
sangat miskin,Tak ada penaja atau suppot dari mana2 pihak,datang hanya
mengunakan duit sendiri,berpakat2 mengunakan kederaan untuk save bajet
Sebelum datang kami dah talipon menganjurnya samaada kami
boleh memasak ditempat perlumbaan (paddok)atau pun tidak dan penganjur
membenarkan pihak kami berbuat demikian.Untuk Save bajet kami terpaksa buat
macam itu,membawa bekal dari rumah,masak ditempat perlumbaan. selama 3 hari
kami dilitar putra jaya tentu memakan kos yang tinggi kalau beli makanan
sedangkan kami datang ramai seumpama rombongan meminang,kami datang hanya
berbekalkan bajet yang ciput.
Sampai dilitar putra jaya kami mengeluarkan segala peralatan
kami dari periuk belanga dan pinggan mangkuk serta motosikal untuk
race,seumpama nak kenduri kawin.(tak lah macam nk kenduri sangat pun,Cuma
peralatan yang sepatutnya saja).Tiba2 kami dihalang oleh pegawai2 disitu untuk
memasak dikawasan litar (khemah kami). Pegawai tu cakap dengan angkuh nya..
“ini putrajaya tau, bukan kampung,” dan banyak lagi bebelan
nya.Bimbang kami buat sampah atau buang sampah merata2,(macam kami ni orang tak
ada tamadun langsung)
Sebab2 yang terjadi eksiden itu mungkin disebabkan pegawai
tu tau kami datang dari kuala berang terengganu.Kuala berang terletak didaerah
hulu terengganu,maksud nya kami orang hulu yang datang seperti rusa masuk
kampung,darat,tak reti basa.jakun dan bodoh.Darah dah menyirap kat muka setelah
dihina macam tu,ada yang mengajak balik dan macam2 lagi sikap rombongan
kami,setelah berbincang pegawai tersebut membenarkan kami memasak dikhemah.(itu
pun setelah membangkit kan janji pegawai dari penganjur yang mebenarkan kami
masak sebelum kami datang)
Persoalan yang bermain dalam fikiran aku ialah,benarkah
diputrajaya tak boleh memasak macam orang kampung,benarkah putra jaya sebuah
tempat yang sangat hebat,adakah penduduk putra jaya dibuat dari simen,besi atau
emas belian bukan dari bahan buang nya seperti h2o,carban,iron,fosforus dan
sikit bahan2 lain.Apa yang aku belajar kat sekolah,hanya itu saja bahan2 yang
ada pada tubuh seorang manusia bukan emas belian.Sikap pegawai tersebut
seumpama dia tak mampus baham tanah,seperti dia manusia klon,yang datang dari
masa depan,macam dalam cerita star gate,votrom dan yang seumpama nya.Atau telah
menjadi sikap rutin pegawai2 diputrajaya ni mesti sombong dan angkuh.Aku pun
naik heran dengan pegawai2 kerajaan,kami nak masak macam orang kampung dikeji
dan dibuat macam tu tapi pemimpin negara yang rasuah dan makan harta
rakyat,pegawai ni lah jugak yang terhangguk2 hurmat,pada aku pegawai2 mmg jenis yang tak hurmat orang,miskin budi bahasa,kami
orang kampung yang miskin, pegawai2 celaka yang sama lah tukang menghina
nya,tidak kah celaka nama nya tu.
Selain dari pegawai, sama2 rider pun terjadi hal yang
demikian,suka menghina dan merendah2.Kami dihina oleh satu team
diselangor,tetapi team tersebut mendapat malu setelah rider kami menjadi juara
dalam acara yang kami sertai,Slow2 team tu balik awal kerana mereka tak layak
masuk final dalam saringan yang diadakan (padan dgn muka)
Pada 23 dan 24 hb mei yang baru lalu kami datang jugak race
diputra jaya sempena dengan hari belia negara yang akan tamat pada
6-6-2015.Rider kami mendapat tempat yang agak baik (naik podium).Kami tak pergi
ramai2 sebab bimbang dengan eksiden yang lalu,kami jugak bimbang takut terjadi
perbalahan dengan pegawai2 kat situ lagi pun team kami tak cukup kewangan untuk
membawa ramai rider kerana memerlukan kos yg tinggi.
Sejak beberapa kejadian yang macam tu team kami selalu
berkhemah jauh dari paddok yang disediakan oleh pihak penganjur race motocross
sama ada race motor diadakan diterengganu atau dinegeri2 lain.,Biasanya kami
akan berkhemah disemak2 tepi litar dengan membuat khemah sendiri.Kami senang
macam tu,tak campur orang,malas nak dengar sikap angkuh orang lain.(orang
miskin memang macam tu).Team kami hanya ada moto cub,KLX dan klasik sahaja,Team
kami tak mampu berbelanja besar membeli moto yang melebihi 250cc,kerana harga
sebuah moto mencapai 50 ribu ringgit sebuah,Team kami memang tak ada penaja
langsung,jadi kekal dengan apa yang ada sahaja.Sikap team kami itu akan kekal
walaupun kami datang naik helikopter,malas nak sombong2 ni sebab kami tahu
sehebat mana pun kita sebagai manusia,last sekali akan ditanam kedalam
tanah.Sekian.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan