Isnin, 2 November 2015

cerita hantu 4

Cerita hantu aku pada kali ini telah terjadi dilebuhraya jerangau-jabor beberapa tahun yang lalu,Semasa itu LPT2 sedang dibina dan untuk kekuala lumpur atau kemaman lebuhraya jerangau-jabor lah yang menjadi pilihan.
Gambar hiasan yang aku ambil dari internet

Aku sering kali kerumah saudara aku di AMBS (durian mas),Biasanya aku kerumah saudara aku bersama dengan pakcik dan makcik aku kerana saudara yang aku maksudkan ialah anak2 mereka.Biasa nya kami akan bertolak dari kuala berang pada pukul 5 petang yakni selepas solat asar dan balik semula ke kuala berang awal tengah malam,pukul 11.00 atau pukul 12.00 malam.

Ke AMBS aku selalu bawa lap top untuk memuat naik video yang aku nak you tube kan,untuk memuatnaik video ke you tube memakan masa yang lama kerana aku hanya online mengunakan prepaid saja,aku jarang mengunakan wifi kerana kemudahan itu tak ada ditempat aku.Upload video mengunakan prepaid biasa nya memakan masa selama 150 minit untuk video yang berdurasi hanya 4 minit,oleh itu masa dirumah saudara aku di AMBS memakan masa yang lama,jadi untuk balik semula ke kampung aku tentu nya jauh malam

Masa balik semula kekampung aku ini lah telah terjadi peristiwa yang aku akan ingati..Setelah siap berupload dan makan2 dirumah saudara aku,aku dan pakcik/makcik bertolak balik,melepasi AMBS kederaan kurang dimasa itu,tak sampai beberapa minit memandu aku dapati pakcik dan makcik aku dah pun tertidur,jadi aku memandu sorang2 melayani lagu distesen radio THR,dimasa itu lagu2 yang diputarkan kebanyakan lagu2 lama,era yang lampau,Sedang rilek2 memandu sekitar 100km sejam aku dikejutkan dengan suatu lembaga yang besar,(ni bukan lembaga macam lembaga tanah negara atau lembaga tanah persekutuan,tapi lembaga macam raksasa,hahahaha)aku membrek kereta aku tetapi brek dah tak makan,bunyi tayar kereta berdesit mengelunsor,melintang jalan, aku tak sempat nak buat apa2 dan terus melanggar lembaga tersebut,bunyi yang sangat kuat telah mengejutkan pakcik dan makcik aku dan mereka bertempik dengan kuat,kereta berhenti disebelah kanan yakni dilaluan yang sebelah lagi,setelah kereta berhenti aku mengambil lampu suluh yang memang sentiasa ada dalam kereta aku,Pada jangkaan aku kereta dah pun remuk disebelah aku dibahagian belakang.Bila aku keluar,tempat yang mula2 aku suluh ialah bahagian yang aku sangkakan remuk tetapi sangat menghairankan kerana kereta aku tak ada sedikit pun calar,aku suluh sekeliling kereta dan aku dapati semua bahagian kereta tak ada yang calar jauh sekali remuk,Pakcik dan makcik aku riuh rendah bertanya apa yang terjadi,bagaimana kereta dan sebagainya,setelah itu aku suluh semua tempat dan pergi ketempat yang aku rasa perlanggaran tadi terjadi,aku dapati tak ada apa benda pun,lembaga besar atau binatang ternakan tak kelihatan.Makcik aku yang sentiasa bermulut riuh memanggil aku supaya masuk kekereta dan mengajak balik,Aku pun hairan macam mana makcik aku tak peka dengan apa yang terjadi.Setelah aku yakin tak ada apa yang rosak aku memandu balik dengan kelajuan yang serupa 100km-120km sejam..

Sesampai diajil iaitu trafik light ajil makcik aku telah membuka mulut dengan bercerita yang macam2 perkara,Makcik aku kata tempat yang terjadi tadi,memang tempat selalu orang kena usik oleh benda2 ghaib,selalu orang jumpa lembaga yang besar2,tempat tu selalu terjadi kemalangan yang teruk hingga ada yang kehilangan nyawa.makcik aku cakap bahawa kami bernasib baik kerana tak terjadi kemalangan (dah pun kemalangan,Cuma kereta jer tak berguling jatuh cerun..) Sebenarnya aku sendiri pun tau kawasan tersebut memang sering terjadi kemalangan tapi aku tak tau pulak kawasan tersebut ada hantu yang bergentayangan berkeliaran,huaaaaaaaa...Aku tak hairan dengan apa yang disebut oleh makcik aku sebab mulut makcik aku macam radio THR jugak,banyak sumber makcik aku ni..huaaaaa.


Sampai kerumah lebih dari pukul 1.00 tengah malam setelah berhenti minum nescafe dan pekena mee rebus dikedai laila,batu 22 jalan kuala berang-kuala terengganu.Makcik aku sibuk talipon anak2 nya yang berada dikemaman dan dungun serta kuala lumpur dan menceritakan kisah tadi,respon anak2 nya lebih teruk lagi dari apa yang makcik aku cerita,Tempat kejadian tadi merupakan tempat yang sangat keras,selalu terjumpa lembaga yang besar2 dalam pelbagai bentuk,macam raksasa,ada raksasa yang menyekat laluan sehingga tak nampak jalan dan macam2 benda lagi..Yang hairan aku sedikit pun tak rasa seram semasa aku keluar menyuluh disekitar tempat kejadian tadi,Rilek2 je aku suluh,macam suluh benda2 dalam rumah kita sendiri,Sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan