Kemalangan jalan raya biasa kita dengar dan mungkin
kemalangan jalan raya pernah kita sendiri alami.Biasa juga kita dengar apabila
terjadi kemalangan jalan raya tak ramai orang yang sudi menolong,Bila terjumpa
kemalangan,terutama nya dilebuh raya, pemandu2 lain seperti tak hirau dengan
apa yang terjadi,ramai pemandu berlalu begitu sahaja tanpa memberi
pertolongan.Ada yang kata,bimbang nak tolong sebab takut itu adalah taktik
orang jahat yg nak merompak.Ada juga yang kata,takut nak tolong kerana takut
jangkitan HIV,terutama nya yang melibatkan penunggang motosikal.
Bagi aku alasan2 itu tak menesabah walau pun ada yang
betul,Bagi aku setiap kemalangan mesti ditolong sama ada siang atau malam,Aku
sendiri telah banyak mengalami peristiwa yang berkaitan dengan kemalangan jalan
raya dan setiap yang aku jumpa mesti aku tolong dan sepanjang yang aku tolong
tak ada lagi yang merompak aku dengan erti kata lain kemalangan yang aku jumpa
adalah kemalangan betul.
Disatu peristiwa,di-lebuh raya pantai timur,berhampiran
dengan hentian kuantan,aku terlihat sebuah mpv tersadai diatas guard rel,kereta
tu berasap dan tak ada sebuah kederaan pun yang berhenti memberi pertolongan,sedangkan
diketika itu keadaan trafik bertali arus,Aku terus brek kereta aku agak jauh
dari kederaan yang malang itu untuk berjaga2, dan berlari kekederaan yang
malang itu,sebelum itu kawan aku melarang aku menolong, tapi aku menyindirnya
dengan kata,
”ni hari dia,klu hari kita plk cm mana?,” Tiba dikederaan tersebut
aku dapati dua orang perempuan china yang umur nya dalam 20an,Kedua2nya
cedera,seorang dari nya agak cedera ringan dan sudah pun berada diluar
kederaan, seorang lagi nampak nya parah,darah tak berhenti keluar,yang cedera
ringan nampak sangat takut kapada aku,aku dapati juga perempuan china tu tak
pandai berbahasa melayu dan aku pula tak pandai untuk berbahasa china,jadi
jalan penyelesaian ialah dengan ber cakap bahasa inggeris walau pun aku tak
pandai berbahasa tersebut,
Aku cakap dengan mereka,”dont not be scared,I want to help
you,what can I do?”
Dan aku sentiasa
bercakap dengan mereka untuk meyakinkan mereka bahawa aku benar2 nak tolong
mereka tapi dalam bahasa inggeris yang berterabur..
tah betul atau tidak
apa yang aku cakap tapi ada respon yang baik dari awek china ni,mereka meminta aku
hubungi peronda lebuh raya,Dikala itu ada beberapa buah kereta yang berhenti
melihat apa yang terjadi dan mereka bertanya kapada aku,mungkin mereka dengar
aku bercakap inggeris yg berterabur tu dan mereka tentu sangka aku lah yang tau
apa yang terjadi.
“nak buat guaner ni,” kata seorang, dan diketika itu
komunikasi jadi sangat mudah kerana keterenganuan nya,kerana aku pula datang
dari kuala berang,terengganu.Aku menyuruh nya menalipon peronda lebuh raya
kerana itu yg diminta oleh awek china yang kemalangan.
Tak sampai 15 minit sebuah peronda sampai,mungkin peronda
yang sampai telah berada dekat dengan tempat kemalangan dengan hubungan yang
baik membolehkan hubungan telekomunikasi menjadi cekap.Setelah semua nya
terkawal,pertolongan telah pun sampai,aku meminta diri untuk pergi dan
berkata,
”I got to go,” kapada awek china yang kemalangan,.Aku rasa awek china
tu mengucapkan terima kasih kapada aku sebanyak berpuluh2 kali.
.
“Thank you,
”thank you”
“thank you”
“thank you so much,”
kata mereka..Diketika itu awek china yang parah dah agak pulih dan mampu
tersenyum kapada aku,terasa jgk sedih nya sebab pada mula2 tadi awek yg parah
ni mengeletar tubuh nya,aku terasa mcm dah nak mati,tapi itu mungkin hanya
kejutan sahaja kerana mungkin itu pertama kali dia kemalangan.
Setelah aku sampai kekereta aku,ada sebuah kereta berhenti
dan bertanya kapada aku apa yang terjadi,Aku jawab dua orang perempuan china
yang kemalangan.Aku terkejut bila dia menjawab,
“oooo china,tak payah lah,” Aku seperti tersindir dengan
kata2 itu sebab aku yang tolong,aku yakin dia pun tak tau aku yang memberi
pertolongan,Oleh kerana aku rasa tersindir aku pun jawab,
“boss!! Nak tolong orang tak kira orang,keling ker,melayu
ker,iban ker,china ker,”
Aku membentak panas,apa yang aku nampak orang itu sangat
berprestij,dengan cara berpakaian serta kederaan yang dipandunya,Kalau setakat
gaji tiga empat ribu memang tak boleh pakai kereta macam dia,aku agak dia ni
orang kaya,tapi aku peduli apa dengan orang kaya. Dan orang yang aku agak kaya
ini telah menunjukkan kesombongan nya didepan aku.Orang itu berlalu pergi tanpa
jawab apa2.
Kesimpulan aku...Setiap kemalangan mesti ditolong dengan apa
yang terdaya oleh kita,samada hanya menalipon polis atau bomba,bayangkan yang
kemalangan itu kita sendiri atau saudara2 kita dan tak ada pulak orang yang
memberi pertolongan. Jangan terfikir sangat orang nak merompak atau sebagainya,apa yang perlu kena berhati2,tenguk keadaan Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan