Jumaat, 20 Januari 2017

Hutan negeri terengganu


Kat atas tu peta negeri terengganu.Negeri yg dikatakan sebagai negeri cantik,budaya menarikTajuk blog aku ialah hutan negeri terengganu.Yang aku nak cakap ialah hutan negeri terengganu dah pun dimusnahkan oleh kegiatan pembalakan.Kegiatan pembalakan  bukan lah kegiatan haram tetapi kegiatan halal.Tentu lah permain utama nya kerajaan sendiri.Kalau tenguk peta kat atas tiada apa2 masalah tapi kalau pergi tempat nya mesti terlihat kawasan sudah pun musnah..Kalau nak jelas lagi dipesilakan buka google map,dari situ akan ternampak semuanya..
Gambar video ada aku ambik tapi untuk muat naik memerlukan kos,masa aku buat blog ni kouta aku hanya ada 100mb sahaja,dan2 untuk publish,Aku bukan kaya macam YB2 tu,miskin jer  hehehe

Hutan merupakan tempat aku, sama ada pergi memancing atau hanya bermain2,Bermain maksudnya ialah bermain motor,dari situ aku mengesan banyak sangat kemusnahan sama ada kemusnahan baru atau kemusnahan yang lama,memang betul kawasan yang sudah ditebang akan ditanam semula tetapi kemusnahan terjadi memerlukan masa yang lama untuk pulih.Tempat  yang pernah aku pergi sama ada dimana sahaja akan kelihatan jalan balak disitu dan disini.Maksudnya jalan balak lama dan yang baru.Aku dah beberapa kali sampai sempadan terengganu kelantan disebelah terengganu mati lebih dari 15 tahun yang lalu dan aku pernah sampai sempadan terengganu pahang untuk lihat kerja pembalakan ini..

kawasan yang hampir seribu kaki dari paras laut

Tempat2 yang aku maksudkan ialah seluruh negeri terengganu,bukan hanya sebahagian kecik dari wilayah negeri terengganu.Untuk lihat semua kemusnahan itu mungkin tak payah pergi ketempat tersebut kerana ramai orang tak mampu untuk kesitu kecuali orang2 yang tertentu sahaja dan salah seorang orang tertentu itu ialah aku...Mulakan saja dengan google map,Google map tidak menipu tetapi google map tak boleh beri maklumat yang sepenuhnya tentang kerosakan tersebut.Sikit yang terpapar diskrin komputer menunjukan lebih banyak kerosakan ditempat yang sebenar..

Mula saja disempadan kelantan terengganu berhampiran dengan jertih,disitu kawasan hutan pelangat,disitu ternampak sedikit saja jalan balak,kawasan ni telah diambil balak pada tahun 80 an dan mungkin kerosakan telah dibaiki secara semula jadi sedikit demi sedikit,Scroll lagi kebawah menghala kehulu besut disini kelihatan kawasan pembalakan yg sangat serius terutamanya hulu sungai tenang,kat situ seprti padang bola,seperti tanah disitu nak buat kebun kelapa sawit,Pergi lagi kebawah tapi jangan lepas dari sempadan terengganu kelantan,ke hulu sungai terengganu mati,jalan balak kelihatan sangat jelas disini.Pergi lagi hingga ke lebuhraya kuala berang gua musang dan seterusnya sampai ke gunung mandi angin dan sekitarnya terutama kawasan air terjun cemerung.Permulaan disini sehingga kekemaman tak payah disebut lagi,memang dah tak ada apa2 dah,semua tempat tu telah diteroka balak seperti langsung tak terkawal.Sungai cerul,sungai kemaman,pembalakan sampai ketepi sungai.Dibahagian hulu sungai kemaman didapati ladang kelapa sawit yg sangat luas,saujana mata memandang,Tempat yang aku ajak tenguk dengan google map merupakan sempadan negeri antara terengganu kelantan dan terengganu pahang sebab kawasan tersebut memungkinkan kawasan hutan nya tak ditebang tetapi apa yang didapati kawasan hulu yg jauh lah telah diratah dengan teruk oleh pihak yg jahat ini,mereka buat hutan dan harta benda negeri terengganu seperti hak mak bapak dia orang,sungguh jahat pemerintah yang macam ni.Maksud jahat tadi ialah pihak kerajaan seperti tak cukup kos untuk memerintah,minyak ada,kebun kelapa sawit yang luas tetapi masih lagi tak cukup,celaka sungguh puak2 ni.Sedangkan rakyat boleh apa?boleh BR1M,Haaduhhhhh.

Hutan2 yang berdekatan dengan kawasan penduduk tak payah cakap,orang boleh tenguk dengan mata sendiri.Tak percaya pergi lah tenguk sendiri,sewa helikopter ke,atau naik jet atau pergi dengan motor scram macam aku atau pergi saja mengunakan pacuan empat roda..Dalam hutan yang jauh tu jalan nya sperti lebuhraya..tak susah untuk sampai.
Sempadan antara kelantan dan terengganu.Hulu sungai tenang,hulu sunagai besut dan sungai lai..

Last sekali aku harap YB-YB yang berkenaan supaya tinggalkan sebahagian dari hutan untuk kepenting semua.Setidak2nya kamu mesti tinggalkan untuk hantu atau jin yg nak tinggal ditempat tu,jangan rakus sangat mengumpul kekayaan tanpa memikir kan orang lain,Kalau kamu tak nak fikir hal hantu dan jin,kamu mesti fikir tentang gajah,harimau,rusa,kijang dan binatang buas yang lain untuk tempat tinggal mereka,Lagi pun dengan pembalakan lah binatang2 ini dah semakin pupus,Takkan benda macam tu punya bodoh pun kamu tak boleh nak fikir.Lagi pun hutan rimba tu bukan tok kamu yang punya,kamu diberikan kuasa sedikit sahaja untuk kendali hal ehwal dunia.Selepas tu kamu pun makan tanah seperti orang lain,redha orang ramai selamat lah kamu,Kutuk orang ramai kapada kamu,merana lah kamu.Dalam kepala kamu tentu beralaskan untuk memajukan negeri tetapi adakah kamu buta untuk melihat singapura yg tak ada sebatang balak pun boleh maju malah negara yang termaju didunia,Sebenarnya kamu wakil2 rakyat adalah orang yang sangat bodoh untuk berfikir dan kamu juga cerdik untuk muat naik harta benda ni kedalam diri kamu.Pada dasarya kamu kelihatan sangat baik didepan umum tetapi kamu sebenarnya jenis kelingking berkait,Motif sebenar kawasan hutan ditebang sebegitu rupa kerana kamu mengambil menefaat daripadanya... ...Sekian..

Sungai kelemin dan sungai sangka dua,didaerah hulu dungun

Hulu terengganu.Berhampiran dengan kawasan perkelahan air terjun sekayu

Daerah setiu berhampiran dengan kampung pelung


Sempadan pahang dan terengganu.Disini dikatakan jalan yang menghubungkan antara kampung bantal dihulu tembeling dan kampung pasir raja.Dungun sedang giat dibina,Dikatakan juga jalan ini sepatutnya siap pada tahun 2014 tetapi sehingga tahun 2017 hampeh pun tak ada..Buat jalan macam kokok dengan tangan..
Sempadan pahang dan terengganu.Sebelah bawah gambar merupakan empangan sungai bakah pahang dan diatasnya negeri terengganu,Kelihatan jelas disebelah terengganu jalan balak kelihatan,macam sarang labah2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan