Selasa, 7 Mac 2017

lubuk merang



Lubuk merang merupakan tempat perkelahan yang terletak disungai Loh.Sungai Loh pula ialah salah satu dari cawangan sungai dungun.Lubuk merang terletak berhampiran dengan kampung jongok batu.Jongok batu pula dibawah mukim kuala jengai,Kuala Jengai pula terletak dalam daerah Dungun terengganu.Lubuk merang sangat terkenal kapada pemancing kelah sejak dahulu kala.Dikala itu lubuk merang jarang dikunjungi sehingga lah kawasan lubuk merang telah dinaik taraf pada akhir tahun 80an (itu yang telah diberitahu).Lubuk merang satu tempat yang sangat indah dengan airnya yang sangat jernih,Kawanan ikan boleh kelihatan hanya berdiri ditebing sungai..Itu lah serba sedikit cerita lubuk merang dahulu kala.

Pada masa sekarang lubuk merang telah pun dinaik taraf dengan menamakannya sebagai taman biodiversity.Biodiversiti sesuatu nama yang agak asing kapada penduduk dan mungkin kapada ramai orang yang mengunjungi tempat ini.Apa yang difahami maksud biodiversity secara mudah difahami ialah tempat penjagaan sungai,mungkin lebih mudah lagi tempat penjagaan supaya semua hidupan didalam sungai dapat dipelihara dan dikekalkan untuk generasi yang akan datang.Mungkin itu salah satu dari maksud biodiversiti.

Taman biodiversity ini terletak dibawah selian jabatan perikanan negeri terengganu.Beberapa inisiatif telah dibuat untuk mengekalkan hidupan air nya.Pejabat perikanan telah mengariskan beberapa tindakan yang perlu diambil,Contoh nya dengan menanda kawasan yang boleh memancing dan kawasan yang langsung tak boleh ada aktiviti penangkapan ikan sama ada memancing atau dengan cara2 yang lebih ektrem.Penguatkuasaan atas tindakan ini tak pula diketahui.Itu lah serba sedikit tentang taman Biodiversiti..

Taman biodiversiti menyediakan beberapa tempat untuk pengunjung,contohnya surau,tandas,wakaf dan beberapa kemudahan lain.

Baru2 ni aku telah pergi ketempat itu untuk singgah sebentar kerana sangat tertarik dengan papan tanda arah ke taman biodiversity.Aku baru balik dari melihat pokok chengal besar yang terletah 12km dari situ.Sudah tertenguk nama bio tu aku masuk jer lah.Mana tau kut ada orang nak bagi emas perak kat situ,baru untung besar,hahahaha.

Nama biodiversiti telah benar2 menarik aku untuk pergi lihat apa ke bendanya.Hantu kah,rimau kah atau saja2 nak tulis pesen gitu,Kadang2 terfikir juga aku,sebab apa nama macam itu dipilih.Tak ada kah nama yang mudah untuk difahami untuk menamakan   sesuatu projek.Atau pihak tertentu ingin berselindung dibalik nama sedangkan projek yang ada tah hape2,kerana aku dapati pasarana yang disediakan tak langsung menempati tempat untuk dikunjungi,Semak situ dan semak sini,cuma kawasan yang benar2 dijaga hanyalah tempat yang dipagar rapi.Aku cuba juga untuk masuk kekawasan tersebut tapi pekerja kat situ nampak macam aku ni datang dari planet marikh.Nampak macam kawasan tersebut seperti kawasan larangan,bukan kawasan umum.Walau macam mana pun tempat yang aku dakwa semak mungkin bukan dalam jagaan taman tersebut tetapi mungkin dalam jagaan jabatan lain,mungkin jabatan hutan contoh nya.Pada pandangan aku tempat tersebut mesti diselaras semua nya supaya menjadi tempat kunjungan yang ada power supaya ramai pengunjung.Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan