Ahad, 25 Mac 2018

pengalaman jadi juru gambar cap ayam dikenduri kawin.


Pada musim cuti sekolah yang bermula dari 16-3-2018 hingga 24-3-2018 terlalu banyak jemputan kenduri kawin,tak ketinggalan dikampung aku sendiri.Sekurang2nya ada enam walimatulurus dikampung aku,Jemputan kawin dari luar kampung memang bertali arus umpama kederaan dilebuh raya,memang tak terlayan.Walau pun banyak dan tak mungkin aku menghadirinya tetapi mesti jugak hadir atas sebab kawan2 dan saudara mara.Hubung kait aku dengan kenduri  kawin kat kampung aku atas sebab jiran sekampung dan saudara mara,kenduri diluar kampung  atas sebab saudara mara dan kawan2.Kalau kenduri kat luar dari kampung aku sendiri memang tak jadi masalah lansung,Pergi, lepas tu makan,lepas tu bersalam kaut, last sekali balik,memang tak ada hal,yang jadi masalah apabila kenduri dikampung aku sendiri,dari pagi sehingga petang aku terpaksa duk terconggok tunggu pengantin,tujuan nya nak ambik gambar dia orang berarak,dia orang bersanding,dia orang makan sambil suap menyuap kecik2 yakni makan hipokrik.Kalau hari itu ada banyak jemputan kawin yang melibatkan kenduri luar kampung dan dalam kampung aku,aku akan terkejar2 umpama anak anjing yang dahaga,kejar keluar kampung lepas tu masuk plk dalam kampung.tujuan terkejar2 tu hanya lah snap gambar pengantin baru,Tujuan nya hanya lah nak buat catitan kegiatan dalam kampung aku,Musim kawin ni lah aku menjadi macam sibuk,terhanje2 kebanyak tempat untuk mencari sudut yang paling bagus nak shoot gambar.Sebenarnya catitan yang dibuat hanya nak memenuhi kehendak JKKK kampung aku,kalau tak dibuat mungkin ajk nya akan cakap,aku payah untuk berkira,last penyakit buat catitan ni terkena kapada aku.Catitan yang aku maksudkan ialah blog,Kampung aku ni ada blog nya sendiri,Macam nak mengada lah sangat,ada blog lah sangat,last aku jgk yang kena,padan dgn muka.Sebab apa yang aku kena buat,mungkin sebab aku yang paling cerdik,hahahaha...tak ada lah memang aku yang paling bodoh sebenarnya kerana kat kampung aku ada yg kerja macam2, ada yang jadi pegawai2,cikgu cikgi,misi2,kontraktor2,ramai yang ada kebun kelapa sawit yang luas2,aku sendiri apa ada?,kosong papa kedana,pendek kata aku lah yg paling bodoh dan miskin,kalau sudah miskin tentu banyak masa nak hadap komputer,kalau kaya memang tak ada masa nak hadap komputer sebab nak kira duit jer,heeee...Atas sebab itu aku yang kena buat blog untuk JKKK kampung aku,bayaran nya ialah minum air jer,lepas tu dia orang puji2,memang kenyang pun kena puji ni,huhuhu..Sebut JKKK tentu ada yang terasa kecenderungan politik nya kapada parti pemerintah dan itu adalah benar,tak ada yang tak benarnya tapi aku sendiri bukan lah cenderung kapada parti politik yang memerintah tetapi aku hanya boleh berkerjasama untuk kemajuan setempat.Boleh pakai baju lain dimasa yang sama,tak ada masalah.Buat blog pulak terbahagi kapada banyak cabang plk,blog aku sendiri yang ni,blog jkkk,blog motocross team aku.Banyak punya kerja.. :)

Yang aku nak cerita tentang blog jkkk ni,Blog jkkk yang aku handle ni melibatkan banyak cerita yang berkait dengan kegiatan penduduknya,pertanian,permainan,kegiatan seperti gotong royong,kenduri kawin dan semua yang berkaitan dengan kampung aku.


Gambar perkawinan sepupu  aku,dia ni tinggal dikuantan,aku jarang berjumpa dengan sepupu aku ni,lebih2 plk dia perempuan.Gambar ni sekadar hiasan,tak ada kena mengena dengan blog jkkk kampung aku,sbb dia bukan orang kampung aku,hahaha.

Yang aku nak cerita ialah yang berkaitan dengan kenduri kawin,kenduri kawin mempunyai masa yang panjang iaitu sehari suntuk atau lebih dari tu.Lagi pun kenduri kawin tak boleh hanya buat2 cerita,mesti cerita betul,kalau yang tak melibatkan kenduri kawin seperti sejarah kampung,tentu saje tak melibatkan orang,hanya kita mesti jumpa orang dan kita sendiri boleh kontrol cerita,kalau kenduri kawin kita tak boleh sama sekali nak kontrol cerita kerana kejadian mesti ikut langkah2 nya sendiri. Sebagai contoh ketibaan pengantin,ketibaan pengantin  biasanya terlewat dari jadual,kadang2 sampai berjam2,sepatutnya datang pagi tapi tiba nya waktu petang.kejadian seperti ini memang menyulitkan.Pengantin baru plk mempunyai banyak kerenahnya,ini tak kena,itu tak kena,perangai mcm ni memang menyulitkan juru gambar2 dan termasuk aku juru gambar cap ayam.Kebanyakan yang banyak kerenah ialah pengantin perempuan.Ambik gambar pengantin yang datang pula bermula dari keluar pintu kereta,berarak kerumah pengantin,bersanding,makan beradat dan ada sikit2 out door,Juru gambar pengantin sendiri mempunyai banyak acara nya,aku tak kuasa nak ikut..Kalau aku sorang yang jadi jurugambar,aku terpaksa control majlis,dari acara pertama hingga habis.Kadang2 ada jgk yang berkaitan dengan make up aku terpaksa handle.Majlis yang terpaksa aku kontrol disebabkan tuan rumah tak sewa DJ,Juru acara disatu2 majlis biasa nya akan mengawal setiap perjalanan acara kenduri kawin.


Dia ni jgk sepupu aku,dan dia bukan orang kampung aku,jadi dia tak ada kena mengena dgn blog jkkk kampung aku

Cerita kerenah pengantin ni macam2,disatu majlis menghantar menantu (tempat aku dipanggil macam tu) aku menjadi juru gambar tak rasmi pengantin,pengantin sendiri baik sangat dengan aku,mungkin pengantin ni syok kat aku sebelum dia kawin,hahahaha.Pengantin ni selalu mengekor aku dan menyuruh aku snap sebanyak2 gambar,semasa singgah disebuah masjid utk berehat pengantin baru dah tak larat nak pakai kasut tumit tinggi dia,selipar aku yang jadi mangsa nya,aku sendiri yang bawak kasut nya dan aku memandu berkaki ayam,last aku beli selipar jepun bila sampai distinasi,tak kan aku nak berkaki ayam kemajlis kampung orang. Disatu majlis lain plk,seorang pengantin yang sudah di make up oleh mak andam nya menjadi tak tentu arah dgn make up nya,sama ada jadi ke tak,bila pengantin ternampak je aku,dihulur nya muka dia kat aku,suruh aku tenguk jadi ke tak,comel ke tak..Terasa jgk diwaktu itu menjadi satu dosa bila duk renung muka pengantin perempuan sebegitu dekat,terasa jgk nak cium pengantin tu hahahaha....last aku kata,
”saya ni lelaki,saya tau apa yang saya tenguk,” Aku plk tak kan nak ckp tak comel,nanti kena hempuk dgn mak andam dia. J,Kadang2 kerenah pengantin memang tak disangka2,(Maksud aku pengantin perempuan je,pengantin lelaki tak ada masalah lansung,dilumur dengan tanah liat pun tak pe)
Contoh gambar2 yang aku ambik,bukan sekadar gambar pengantin sahaja.
Walau pun aku dah lama buat kerja ambik gambar kat rumah pengantin baru dikampung aku,baik pengantin lelaki atau pengantin perempuan sama ada dikampung aku sendiri atau dikampung orang,aku memang terasa atau ada rasa segan untuk kemajlis yang melibatkan orang berada.Aku yang cap ayam ni terasa segan benar melibatkan majlis yang gilang gemilang.Terasa ada kasta disitu,atau pun aku sendiri yang membina kasta.Kalau rumah orang kaya kat kampung dan aku segan untuk pergi,aku meminta orang  kuat JKKK dikampung aku utk ambik gambar dan mengambil maklumat dari mereka,jadi cerita nya aku yang tulis.

Tu lah cerita aku sebagai juru gambar cap ayam kat kenduri kawin dikampung aku...Kamera yang aku guna ialah jenama Nikon  D3300 dan handycam berjenama sony.Kalau tempat pernikahan yang jauh dari kampung aku,aku akan bawa lap top,supaya senang save gambar.

Contoh blog kenduri kawin yg aku buat kat link ni http://bukitgemuroh-community.blogspot.my/2017/05/ton-jiwa-teratur-menyambut-menantu.html

Ni plk contoh blog team motocross..http://htmcc-motocross-cubcross.blogspot.my/2013/06/htmcctasik-kenyir-motocross-challage.html

Gambar yang macam ni pun aku snap..haha

2 ulasan: