Sabtu, 21 April 2018

Kuala perlis


Kuala perlis merupakan pintu masuk kepulau langkawi.Kuala perlis merupakan sebuah pekan yg mempunyai kemudahan awam seperti pekan2 yg lain.Untuk kekuala perlis tak lah susah kerana kuala perlis dihubungi dengan sistem jalan raya yg baik.Kalau dari selatan tanah air,ambik saja lebuh raya utara-selatan dan turun di alor setar kedah,dari alur setar terus saja ke kuala perlis.Kalau dari pantai timur tentu saja melalui lebuh raya timur barat terus ke kuala pegang (baling),ambik gurun,naik lebuh raya utara selatan dan turun dialor setar dan terus ke kuala Perlis.Kalau dari terengganu mungkin ambik masa selama 8 jam sehingga 12 jam pemanduan.Walau mcm mana pun lama pemanduan bergantung kpd kekerapan berhenti rehat,Kalau tak berhenti dibimbangi enjin kereta plk panas.
Dikuala perlis aku tak pergi ke jati Feri untuk ke langkawi kerana masa tu traffik sgt sibuk jadi malas nak pusing ke jeti,lagi pun aku tak berniat untuk ke langkawi. Jadi aku singgah kat hotel ditengah laut,hotel apa tah,malas nak baca.Lagi pun aku ke kuala perlis hanya dalam perjalanan aku nak balik terengganu,aku sekadar ambik gambar dan minum nescaffe di warung kat tepi laut.(bapok mahal harga nescaffe)

Bagi aku Kuala perlis sebagai tempat yg biasa2 saja,tak ada lebih nya tp kuala perlis boleh melengkapkan kalendar percutian kita,kalau orang sampai kita pun sampai jgk...Aku lepak kat situ hampir sejam setelah mengorat awek2 kat situ,aku bertolak balik terengganu pada pukul 5.00 petang melalui bandar alor setar,ke gurun dan terus ke kuala pegang dan ke lebuh raya timur barat,SEKIAN..









Tiada ulasan:

Catat Ulasan