Ahad, 5 Ogos 2018

syiling lama.



Aku ada cerita tentang siling lama,bila teringat aku jadi geli hati tp tak ada sikit pun perasaan malu untuk aku naikan kpd satu penulisan kerana aku memang tak mudah tertipu dgn tipu helah manusia.Pada suatu hari aku telah dihubungi oleh  seorang fren facebook aku dari amerika syarikat,beliau menanya kpd aku sama ada aku ada mempunyai duit siling lama,Aku jawab ada dan aku  memuat naik gambar coin yg aku maksudkan,Coin yg aku ada bertarikh 1920,agak lama lah,dan ada beberapa keping lagi yg aku tak pasti tarikh nya.Fren facebook aku buat2 terperanjat (aku agak) dan ingin membelinya,dia tawarkan harga USD 15000,Aku relek dgn tawaran tu,tak terkejut,aku cakap kat fren aku tu,mengapa mahal sngt,Murah2 dan lah,kata aku,dia menurunkan kpd usd 10k,aku cakap mahal jgk tp that ok dlm bahasa english aku yg aku translate dari google translate,hahahaha..


Salah satu syiling lama aku,yang aku nak pos ke USA tu,hahahaha.
hitam legam rupanya...cap ayam sunguh

Aku bertanya cara2 nak send siling tu,dia jawab gunakan saja pos laju,aku agak terkejut mcm mana dia tau perkataan pos laju,aku tya kat fren aku tu,can you speak malay,betul tak betul pertanyaan aku tu tak tau lah,yg sebenarnya yg aku maksudkan ialah awak tau bahasa melayu...haaa mcm tu..lansung lah dia cerita dia memang berurusan dah lama dgn org malaysia sbb tu dia tau pos laju.Setelah dia menerangkan cara2 nak pos coin tu dan cara payment nya,aku bungkus coin tu semolek2nya,Aku ke pejabat pos,aku memang berniat nak bagi free je kat fren aku ni dan tak harap sangat tentang harga tp aku memang harap dia bayar balik kos penghantaran seperti  fren aku yg pernah aku hantar barang,harga lansung aku tak sebut,sbb aku tau Cuma pelawok belaka (menipu),tentu menjadi satu pertanyaan,klu tak percaya mengapa nak pos,aku memang nak berkawan dgn siapa sahaja tak kira mat saleh atau siapa,klu ada yahudi mabuk nak kawan dgn aku memang tak jadi masalah,hahaha.

Sebelum dari tu dia minta nombor akaun bank aku untuk pembayaran,aku cakap,nanti item tu sampai baru aku bagi nombor akaun bank aku.Maksudnya bila barang tu dia terima baru lah aku bagi nombor akaun bank aku,sbb aku dah berniat nak bagi free coin aku kat dia tp klu kena cara dan rasa2 tak ada tipu menipu mungkin aku akan bagi nombor akaun aku kat orang tu,aku memang berjaga2 awal,tak mau terkena masalah,lagi pun coin tu memang aku tak sayang lansung,aku yakin coin yg bodo tu tak sesekali menjadikan aku ni kaya raya hahahaha...Aku jgk terasa fren aku ni macam berat nak terima syarat aku iaitu coin tu sampai kat dia baru nombor akaun aku bagi kat dia,tak pernah dibuat orang,hahahaha,,.Last dia terima syarat aku,bila barang sampai baru bagi nombor akaun ( klu barang dah sampai dia tak nak bg bayaran mcm mana? Pergi mampus dia lah,aku mmg tak sayang pun coin aku tu)


yang warna biru tu speaking aku,hahaha,mcm ya ya jer

Aku sampai di pejabat pos aku terus ke kaunter pos laju,aku tanya kat pegawai disitu cara2 nak pos barang ke over sea,pegawai tu tanya,barang apa,aku terus jawab nak pos coin ke amerika syarikat,Pegawai tu cakap pos laju tak menerima barang2 tu,menjadi satu kesalahan bawak kluar coin malaysia keluar negara walau pun coin yg dah tak laku kat malaysia,Aku jadi lega selega2nya sbb masalah dah selesai,Dah jadi salah mengapa nak bersungguh2 kan,biar je lah dan aku dah cakap bkn jadi kaya pun ada coin lama ni.

Aku balik rumah terus saja hubungi fren facebook aku dan cerita masalah,Dia plk tak percaya yg pos laju tak terima item aku,last aku cakap kat dia,terpulang kat tuan lah nak percaya atau tidak dan dia mengalah,sekian cerita bodoh aku,huhuhuhu.

Catitan,aku ni plk guna perkataan barang lah item lah,lepas tu siling,coin plk,sajer je tu...

4 ulasan:

  1. Owh.. baru saya tahu mengenai coin tu.. satu ilmu saya dapat hari ni. hehehe.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada jgk org ckp,pasaran coin ni bkn semua tipu,ada jgk yg betol tp nak yg betol tu lah pyh,,apa2 pun jgn mudah tertipu...

      Padam
  2. Membantu untuk saya..tpi dia akan bank in dulu kat saya..tapi kalau x lepas kat pos laju macam mana..nanti kita jugak kena cop scam..tolong jawab sat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak gaya macam bersungguh dia nak..deal kami aku nak dia bank in dulu..so dia setuju..cuma aku x g post je lagi..macam mana nak lepas kat post laju. Ke memang x boleh?

      Padam