Air terjun disungai bangan terletak dikampung syukur didaerah dungun terengganu.Tempat berkelah sg Bangan ni dinamakan sebagai lubuk kain.Terletak sejauh 390 km dari kuala lumpur, 130km dari bandar kuala terengganu,sejauh 70km dari bandar dungun dan 90 km dari kuala berang.Untuk ke sungai bangan dari mana2 distinasi sangat mudah kerana kawasan perkelahan sungai bangan dihubungi dgn jalan raya yg baik.Air terjun sg bangan tidak tercemar kerana pembalakan telah tiada utk sekian lama,sungai bangan jgk merupakan salah satu air sungai yg paling jernih tetapi jernih nya air sungai bangan hanya terletak jauh keatas gunung,ditempat perkelahan air nya biasa2 sahaja.Kawasan air terjun sungai bangan telah menjadi tempat perkelahan sejak 10 tahun yg lalu tetapi popular nya sejak tiga tahun yg lalu.Air terjun ni mungkin bukan kawasan dibawah pengawasan jabatan hutan kerana air terjun ini tak ditutup kpd umum seperti kawasan perkelahan yg lain.Biasanya kawasan perkelahan akan ditutup kpd umum dimusim tengkujoh yakni pada bulan november hingga febuari.Mungkin jgk kawasan perkelahan sungai bangan diselia oleh pihak berkuasa kampung sahaja.Hendak ke air tejun sungai bangan sangat mudah,taip saja sungai bangan di google map dan perkhidmatan itu akan tunjuk arah yg sepatutnya..
Kemudahan yg ada...
Oleh kerana air terjun sungai bangan bukan dibawah mana2 jabatan maka kemudahan yang ada sangat sedikit,yg ada hanya tandas serta kedai2 yg diusahakan oleh penduduk kampung,Kedai2 hanya lah dibuat dgn kayu hutan sahaja,walau mcm mana pun pengunjung ke sungai bangan tak boleh dipandang rendah terutamanya masa hari cuti...Kemudahan lain yg ada ialah pelampung dan tilam pelampung utk kemudahan para pengunjung mandi manda dan bermain air sekeluarga..Kadar sewaan pelampung ialah..
tiga pelampung untuk rm 10
pelampung tilam kecik rm 5
pelampung tilam besar rm 10
Masa sewaan untuk semua pelampung tak ada had,boleh guna sehngga lebam,maksud nya tak lebih dari sehari,Untuk sejam pun itu lah kadar sewaan nya dan sehari suntuk pun kadar itu lah jgk..
Air terjun disungai bangan patut dikunjungi sekeluarga keran tempat ini kurang sikit bahaya nya kalau terjadi fenomena kepala air kerana sungai bangan agak landai ditempat perkelahan,,sekian
Cik kak ini lah yg byk bercerita tentang sungai bangan kpd aku,semua yg aku tulis bersumberkan dari dia,orang nya sgt peramah,dia salah seorang dari perniaga di kawasan perkelahan sungai bangan sejak sekian lama..Aku telah mintak izin utk snap gambar nya..Tapi jangan salah terkam,nanti ada yg kena godam..haha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan