Sabtu, 20 Julai 2019

Over dose

Lama btol aku tak berblog,yg aku yakin blog aku ni mmg tak ada peminat,tak ada yg tertunggu2 penulisan aku.tak ada penting nya baca blog aku ni,hahaha..Sebab2 aku kurang benar menulis kerana mungkin tak ada apa yg nak ditulis kerana kekurangan idea,Sebab2 lain aku tak menulis  kerana aku serabut disebabkan mak aku sakit,orang tua apabila sakit tentu banyak kerenahnya.maklumlah dah tua.Sentiasa inginkan perhatian terutama nya dari anak2.Mak aku sakit sejak setahun yg lalu dan sejak itu mak aku mula berulang alik kehospital.Pada mula2 jatuh sakit mak aku tak lah inginkan perhatian sangat tetapi sejak tiga bulan yg terakhir ini kesihatan nya sangat merosot,memerlukan kita sentiasa ada disisi.nya terutama ketika ingin kebilik air,dibimbangkan takut jatuh,klu jatuh lagi lah parah keadaan nya.oleh kerana aku satu2nya anak mak aku yg tak kawin2 jadi tugas menjaga mak, seolah2 diserahkan kpd aku.jadi suka tak suka mesti bertanggung jawab.Sejak setahun yg lalu aku lah yg masak untuk aku dan untuk mak aku.Memasak memang tak jadi masalah kpd aku,memasak pun sekadar masak nasi,rebus ikan,goreng ikan,sayur plk aku suka sayur air,lemak santan ni aku tak suka,tetapi klu gulai daging atau ayam mmg santan kelapa mesti digunakan,susu mmg aku tak suka klu masak gulai,Jaga mak plk sejak dari pagi hingga malam,dari malam plk bawak sampai pagi,pendek kata 24 jam.walau mcm mana pun 24 jam tu bkn lah aku duduk rumah je tp sempat  jgk kekebun,Dikebun plk aku tanam macam2,dari kangkung,ubi keledek,sawi,ubi kayu dan lada,punya lah rajin aku ni  hahahaha..Waktu aku kekebun anak sedara aku yg tamat sekolah  tolong tgk kan tok wan mereka tu pun tak sampai 2 jam aku dipanggil utk balik..Sejak mak sakit ni aku mcm malas nak meneruskan aktiviti berkebun aku,cuma layan2 je klu kekebun..Tentang belanja hari2 bkn lah masalah sgt sbb adik2 aku yg bekerja tolong hulur2 utk aku buat belanja.Sebab2 hulur2 ni lah yg menjadikan aku malas utk bekerja.
Kebun ubi kayu aku

Kemuncak mak aku sakit pada 2.30 pagi 25-6-2019.pada awal malam,mak aku tercicir kerana tak sempat kebilik air,terbuang air besar dan air kecil.Sebelum tu pada 24-6-2019 aku telah bawak mak aku kespital kerana pada sebelah malamnya dia sakit2,balik dari spital mak aku sakit lutut yg amat sgt mendorongkan aku bawa mak keklinik disebelah malam nya pada 24-6-2019.Doktor cocok sejarum tp dia sgt lemah bila  balik dari klinik.Oleh kerana keadaan nya sangat tenat pada pandangan aku,aku memanggil adik2 aku,dimasa itu lah.mak aku tak sedarkan diri,nyawa pun sgt lemah,aku telah kejutkan semua adik beradik aku yg berdekatan dan memanggil adik2 aku diluar dari terengganu dgn mengatakan mak dah tak ada.Semua ipar duai dan cucu2 yg ramai tu telah datang.Semuanya baca yasin sehingga lewat pagi,ipar aku yg pandai berurut,tekan situ tekan sini kat badan mak aku tiba2 mak aku memanggil aku utk dekat dgn nya,Aku melompat kesisi nya,dia mengatakan sgt letih..Alhamdulillah mak aku sedar setelah keadaan nya sgt tenat tadi..Tenat yg dimaksud ialah senyap seperti tak bernyawa dan bacaan alat tekanan darah tak berfungsi lansung.Keadaam nya begitu sehingga subuh dan adik aku yg tinggal jauh dan pun sampai kecuali yg dijohor,dari johor keterengganu mengambil masa lapan jam utk sampai,tapi aku tak kisah sbb mak mcm dah ok...
Kebun lada

Jadi dimana over dose nya..Pada 24-6-2019 aku kespital kerana mak sakit seperti yg disebut diatas,sepatutnya rutin bulanan nya pada 30-6-2019,ubat masih ada lagi enam hari tp oleh kerana kespital awal,doktor telah bagi ubat sebulan seperti biasa,Balik dari spital mak aku telan semua ubat yg baru dan yg lama,sepatut makan sebiji tp dah jadi 2 biji untuk tujuh jenis ubat nya,ditambah plk bila dicocok sbb sakit lututnya,Aku sendiri tak tau apa2 tentang ubat2 ni,disedari termakan terlebih setelah kakak aku yg bekerja kat spital memeriksa ubat yg mak aku makan,dari situ lah kami semua sedar yg mak aku over dose kerana terlebih makan ubat,Mak aku yg tenat pada malam tu kerana ubat yg dimakan nya...Dalam masa empat hari mak terlebih makan ubat, telah membawa dia berhalusinasi,mak aku cakap ada org dlm bilik air,pakai baju warna merah tp bila org tu keluar berbaju hitam plk..Aku tak rasa apa2 cuma bila mak ketakutan,aku heret katil jauh dari bilik air dan aku sendiri terconggok tunggu kut2 ada makhluk tu muncul, mmg tak ada punya,Oleh kerana sikap mak aku mcm tu,aku panggil tok bomoh utk jampi serapah,hasil nya mmg mak aku dah tak takut lagi,walau mcmana pun hari tu jgk kakak aku periksa ubat nya dan mak aku makan ubat ikut yg sepatutnya..mmg antara ulama fekah dan ulama tasasuf payah nak bertemu..hua hua hua hua...

Yg untung nya bila mak aku sakit ialah perubahan penjagaan,Pada siang hari ipar2 aku serta adik beradik dan anak2 sedara aku bergilir2 jaga mak aku.Hanya waktu malam sahaja diserahkan kpd aku bahagian penjagaan walaupun begitu ada juga anak2 sedara aku yg datang tidur dirumah tok wan mereka,begitu jgk tentang makan,aku dah tak payah masak2 lagi dah cuma sesekali aku buat jgk mee goreng dan nasi goreng pada waktu malam,tu pun klu mak aku meminta nya..Oleh kerana perubahan penjagaan,aku boleh bebas utk kekebun dan buat benda yg sepatutnya disiang hari...

Begitu lah cerita aku tentang ovedose...

9 ulasan:

  1. Ada yang masih baca blog tuan. Suka dengan tulisan tuan berkenaan dengan alam sekitar, sungai-sungai dan kawasan perkelahan yang berada di terengganu. Harap tuan dapat tulis lebih banyak berkenaan sungai-sungai dan air terjun di terengganu yang masih belum diterokai (di hulu terengganu terutamanya). Saya yakin tuan tahu masih banyak sebenarnya air terjun & sungai-sungai indah yang tidak dikomersialkan di terengganu.

    BalasPadam
  2. Untuk makluman tuan, saya dari kuala terengganu, isteri orang kuala berang. Kami berdua pecinta alam sekitar. Sebab tu saya tertarik dengan tulisan tuan berkenaan keindahan alam & sungai-sungai cantik di hulu terengganu yang tidak komersial / tidak diketahui umum. Teringin nak tengok keindahahan air terjun bukit batu kapal. Khabarnya di sana ada air terjun yang sangat cantik & belum diterokai. Teringin nak pergi sebenarnya, tapi belum berkesempatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo sy dah beberapa kali sampai ke batu kapal tu,air terjun nya biasa2 shj,tp mmg molek utk mandi manda,batu kapal nya plk org ckp sgt bhantu tp bila sy pegi xde plk hanti nya..hahaha 100x

      Padam
  3. Hahaha. Biasa lah tempat2 gitu memang ada cerita pasal hantu. Jauh ke kena panjat bukit sebelum nok jumpa air terjun? Tempat dia pulok macam mana ye, sunyi ke? Teringin nok pergi sambil ambil2 gambor. Kalau tuan kebetulan nok pergi lagi, ambil lah gambor air terjun byk2. Kalau x pun, inform la saya jugok mane tahu kot2 boleh join tuan sekali hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy x penah sampai ke btol2 air terjun cuma nya bila nk ke batul kapal mesti melalui anak sungai yg jernih air nya,masa utk smpi ke batu kapal dlm 2 jam untuk yg kurang larat,dlm sejam lebih2 sikit utk yg kuat.sepanjang laluan ini lah kita akan lalui sungai hingga puncak..

      Padam
    2. Ooo. Kena lalu sungai di sepanjang laluan, menariknya.. Kalau tuan kebetulan pergi lagi, tolong ambik gambor byk2. Teringin sangat nk tgk. Thanks in advance :)

      Padam
  4. wlaupun sye duk bndar ganu, sye sker tgk sungai2 hutan rimba ni....cume xdok pluang nk g..haha

    BalasPadam