Khamis, 31 Disember 2020

Hiking bukit durian tarus

Bukit durian tarus terletak dikampung kua,hulu Terengganu.Tinggi bukit ni sekitar 549 meter dari paras laut.Bukit ni tiada keistimewaan apa pun, cuma dikemuncak bukit ni terletak stesen pemancar tv radio dan talipon.Laluan untuk ke stesen ni menggunakan jalan tar yg baik dan terletak pula dihutan simpan..Oleh kerana hutan simpan,kawasan ini merupakan tempat larangan, walaupun larangan,tidak menjadi masalah sangat untuk dikunjungi,Ada saja pengayuh basikal dan penduduk tempatan yg menguna laluan ini..penduduk tempatan mungkin menefaatkan hutan untuk mencari khazanah hutan seperti Chandan dan rotan dan mungkin juga untuk menjerat binatang hutan seperti ayam hutan,pelandok,landak dan sebagainya.Walaupun menjerat binatang hutan menjadi kesalahan tetapi ramai yg melakukannya dimana2.Diawal tadi dikatakan tempat ni hutan simpan tetapi kawasan ni telah diambil balak..jadi disimpan mcm mana tu..tp tak kisah lah itu memang mainan orang politik,orang politik tak tegas dalam mengendalikan negara,robek disitu dan robek disini..Jadi biar jer dia orang nak buat apa pun,kerana khazanah dalam sesebuah negara milik orang politik sepenuhnya....Sungguh benci tingkah orang politik..

Bergambar depan pintu stesen yg sentiasa berkunci..Lapan perempuan,empat lelaki,aku memang tak ada dalam gambar sbb aku tak suka bergambar,sorang lagi peserta lelaki sedang ambik gambar.jadi cukup2 12 orang. 


Sebelum aku melalut kutuk orang politik ada baik nya aku cerita berkenaan dengan hiking aku kebukit durian tarus.Aku kesini pada akhir dicember 31-12-2020 atas ajakan seorang kawan yang baru aku kenal.Bukit ni aku dah lama tenguk sejak berpuluh tahun yang lalu.sejak aku masih sekolah.Jelas cahaya lampunya yang berwarna merah,jadi bukit durian tarus tak asing kapada aku walaupun dilihat dari jauh..

Aku juga ada dengar cerita dari orang tempatan bahawa bukit durian tarus mempunyai rama2 yang berukuran besar,Orang tu cakap sebesar nyiru dan bermata merah,tapi semasa aku pergi tak ada pula rama2 tu,mungkin dia menyorok kat dalam hutan..Aku percaya cerita ni cerita yang berkaitan dengan alam lain,bukan cerita dialam nyata dan orang2 tertentu saja yang dapat tenguk perkara ganjil macam tu... 



Mula mendaki pada pukul 8.50 pagi dgn 12 org peserta dari team ngukah hulu Terengganu,ngukah tu maksudnya panjat atau daki tp boleh juga maksud lain seperti lasak, walau bagaimanapun ngukah itu banyak digunakan untuk panjat.


Cuaca yg sgt baik memudahkan pendakian lebih2 lagi laluan nya diturap tar,laluan ini dibuat untuk memudahkan kakitangan ke stesen kat puncak bukit untuk pergi kerja.Sebenarnya pendakian boleh saja menggunakan kereta atau motosikal untuk kepuncak tp ditakuti kena marah oleh pegawai stesen dan pejabat hutan kerana kawasan tersebut merupakan kawasan larangan.Jarak laluan ialah 5 km dgn pendakian berkecerunan 20-30 darjah.Sampai dipuncak pada pukul 10.30 pagi.Dikemuncak ini lah menara telekomunikasi dibina,mempunyai kawasan yg agak luas,dalam setengah ekar.berpagar jaring dan pintunya sentiasa berkunci.Mempunyai beberapa buah binaan,pejabat dan tempat tidur staff,binaan lain tentu pencawang pemancar,staff ada dua orang untuk satu masa,mungkin menggunakan shiff.Aku bertanya kat staff disitu,ada hantu tak..staff tu hanya mengilai terkekeh2.Selain dari tu ada pokok pisang yg ditanam,mungkin untuk buat main mata..

Sampai puncak

Sesampai sahaja dikemuncak,sekeliling dah gelap,awan menutupi kawasan,sehingga bangunan pejabat dah tak nampak,pencawang lebih2 lagi kerana ketinggian nya,serentak dgn itu hujan pun turun dgn sederhana lebat,dgn angin yg kuat,Memang kena sangat dgn pepatah.."kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari".Nak ambik gambar pun tak boleh tapi kalau tak hujan pun dikemuncak bukit durian tarus ni tak sesuai untuk ambik gambar kerana view langsung tak ada disebabkan kemuncaknya ada pokok yg tinggi dan melindungi pemandangan.Suhu nya lebih kurang 21°celsius.sejuk,ditambah dgn hujan.

Suka nya

Aku serta team bertolak balik pada pukul 11.00 pagi dgn berjalan menurun dlm hujan yg agak lebat.Sampai kat kereta pada pukul 12.00 tepat2 dan majlis bersurai..hihi.

Gambar-gambar









Tiada ulasan:

Catat Ulasan