Khamis, 4 Ogos 2022

kerenah jaga orang tua..

 ASSALAMUALAIKUM..

Kerenah jaga orang tua,tu tajuk aku pada kali ini,orang tua yang aku maksudkan ialah emak aku,Ayah aku telah pulang ke rahmatullah hampir lapan tahun yang lalu,jadi sekarang aku jaga emak aku pula.kalau dulu kedua2 nya aku jaga tapi sekarang emak aku pula,Dimasa ayah aku sakit dahulu,emak aku tak sakit sangat,masa tu dia masih lagi boleh berjalan,masih mampu lagi untuk masak dan kegiatan yang sepatutnya dibuat.Dimasa sekarang emak aku dah tak mampu buat perkara yang dia mampu buat seperti dimasa lampau sehinggakan untuk makan kadang kala emak aku minta disuap,kadang kala je lah,bukan sentiasa.

Gambar dari internet

Emak aku bukan lah orang yang berkerenah sangat,kadang2 je..Dia seboleh2nya akan melakukan sendiri apa yang dia mampu,contoh nya basuh baju kain nya,Aku rasa itu sahaja yang dia boleh buat selain itu ialah mandi dan ambil air sembahyang,Ambik air sembahyang ni pula,kadang-kadang aku juga yang ambil untuk dia,selain itu rasanya dah tak ada seperti masak,sapu rumah.Kebanyakan dari harinya ialah tidur.Walau mcmana pun dia mempunyai jadual nya yg tersendiri.

Gambar dari internet

Seawal pagi,dalam pukul 5.oo pagi kedengaran mak aku mengaji AL quran sambil tunggu solat subuh,selepas itu solat subuh,selepas solat biasanya dia sambung mengaji balik,lepas tu makan pagi, lepas makan pagi dia biasanya akan basuh baju kain nya,selepas tu tidur balik,bangun ketika dekat nak zohor, dalam pukul 12 tgh hari.lepas tu makan tengahari dan bersolat zohor, lepas solat zohor dia mengaji,lepas tu tidur hingga asar,lepas asar,masa ni dia tak tidur dah,petang Gini dia makan macam2,goreng pisang, keropok lengkar,bubur dan apa2 saja, selain tu aku bawa berjalan,malamnya mak aku tak makan, pada malam hari dia tidur seawal 10.00 malam.Begitu lah rutin hari2nya.

Aku pula dlm rutin jaga mak aku ialah,pagi2 mesti rebus telur,rebus air kerana mak aku minum air panas masa sarapan nya,pukul 7pagi mesti tersedia sarapan nya..sarapan berupa,telur rebus,roti keping disapu dgn susu,kueh lain seperti apam,kueh bakar,pulut panggang,baulu,biskut dan adalah beberapa kueh lain,Bukan bermaksud mak aku makan semua tu dlm sehari tp kueh berlainan pada setiap hari,Tengah hari biasanya aku masak nasi dan lauk nya simple,ikan kering,sayur air,kadang2 aku bergulai juga,bergulai ikan atau ayam,daging tidak boleh kerana bahaya,tu kata mak aku,tapi doktor pakar yg pernah aku jumpa cakap,mak aku boleh mkn apa saja dalam kadar yg sederhana,Pada petangnya mesti beli goreng pisang, keropok lekor dan makanan lain yg menesabah.Adik beradik aku bukan lah tak tolong lansung, tp kalau dah berkeluarga ni faham-faham saja lah.

Kalau aku nak pergi keluar seperti hiking,berkayak,main motor, aku mesti pesan kpd yg ganti jaga mak aku jadual makan seperti diatas,tak boleh lari dari tu.Kalau semua adik-beradik aku terlibat  dengan jadual out door ni,aku minta sepupu-sepupu perempuan aku yg jaga mak aku.Memang sepupu-sepupu perempuan aku boleh diharap untuk jaga mak aku untuk semalam atau dua malam kerana mak aku tu mak saudara dia orang...hehehe.

Kerenahnya..

Kerenah nya tak adalah sangat, cuma kalau mak aku lambat bagi sarapan dia tarik muka,kalau dah tarik muka macam tu aku cepat-cepat bertindak,seperti cepat-cepat pergi beli kueh yang dikehendakinya,Kueh kegemaran nya ialah apam,baulu dan kueh bakar.Kalau kueh yg dia nak tp aku tak beli,jangan harap dia nak makan,kalau makan pun disebelah tengah hari atau petangnya.Walau macamana pun perkara itu payah terjadi sebab apa yg dia nak tu memang mudah didapati,bukan sesuatu makanan yang pelik-pelik yang dia nak.Setakat ni mak aku tak lah menangis2 merajuk tak tau ke benda, mungkin tua nya masih berkurang..šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£

Sejak setahun yang lalu kesihatan  mak aku boleh dikatakan sebagai sangat baik, walau bagaimanapun ada juga masa tertentu dia sakit kepala dan demam,kalau demam sekadar makan Panadol je,Dimasa mcm ni lah perlu nya kpd orang yang menjaga untuk ambil pil dan air, kadangkala terpaksa juga picit2 kepala.Sejak setahun yang lalu mak aku suka sangat berjalan-jalan, berjalan-jalannya bukan lah jalan kaki atau berjalan ditengah jalan atau berjalan ke rumah orang tapi berjalan naik kereta, boleh dikatakan setiap hari aku mesti membawanya bersiar-siar ke pekan atau  keluar pekan,sehabis dekat dalam 20 km,sehabis jauh dlm 80km setiap hari.Apa yang mak aku buat ialah duduk kat seat belakang dan ikut kemana aku bawak,kedalam hutan atau bandar, Kegemaran nya makan2 dalam kereta sambil minum air,Yang paling dia suka berjalan semasa hujan lebat, Aku sendiri tidak faham dengan kesukaan pergi didalam hujan, Didalam kereta dia biasanya bercakap kisah-kisah silam, bercerita tentang waris Warah,Soal cucu-cucunya yang ramai tu..Aku rasa tu lah saja rutin hidupnya dan kerenahnya,aku rasa tak berat sangat.Memang tak berat pun,hanya beli kueh, masak nasi,bergulai berempah,Goreng ayam,goreng nasi,buat mee rebus, Mee goreng,kadang-kadang tu buat lempeng gandum,buat jeput2..Mudahkan tu..

Sesuatu yang aku ingat ialah pesanan  ni.."berbudi lah kapada mak kita selagi dia masih hidup,jasanya tak akan terbalas walaupun kita mengdukung nya hingga ke Mekah" Aku ingat sangat pesanan ni....SEKIAN..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan