Rabu, 20 Julai 2011

Mesin Wang..


 Mesin wang amat biasa kapada sesetengah orang,tapi tidak kapada aku,Aku kadang2 sangsi dengan benda alah ni,Apa tidak nya duit yang kita masuk beratus ringgit mungkin tak sampai kedestinasi nya,maklum lah mesin...Yang aku faham tentang mesin ni,dia tak hipokrit dan tak pandai pula untuk menipu,orang kata, kesalahan mesin tiada dalam seribu kali kita guna,Maksud nya prefect....Mungkin pengiriman melalui orang, duit langsung tak selamat,maklum lah orang,orang ramai yang menipu dan hipokrit.Maksud nya kalau terjadi sebarang kesilapan keatas sesuatu kiriman kita, yang silapnya adalah pengedalian kita keatas mesin...........................



Mula-mula sekali aku guna mesin ni semasa aku nak buat bayaran ansuran kereta aku,seram sejuk tau,maklum lah didalam bank yang aku nak berurusan tu ramai sangat yang hensen-hensen,Aku ni selekeh je, Sebelum aku pergi nak berurusan,hampir sekerat negeri aku tanya macamana nak kendali mesin ni,ada cikgu,orang-orang yang bekerja pejabat dan budak-budak biasa,setelah betanya tau lah aku ramai sangat yang jakun dengan mesin ni,klu kita nampak yang hensen belum tau orang tu pandai guna mesin ni....


Last sekali aku redah je,peduli apa...masuk je bank,dengan gaya aku,aku terus je kemesin tu.Rupa-rupanya pegawai bank dah ada untuk tunjuk cara pengendalian mesin ni,
"tekan hijau"kata pegawai tu,tersengeh aku,rupa2nya nak hijau,dah tak nak biru ke,ada-ada tu pulak orang takut warna kuning,macam fobia,hehehehehe....


Rupa-rupa nya senang sangat nak guna mesin ni,tekan butang hijau,kita terus ikut arahan,defosit ke atau sewa beli dan mungkin lai-lain urusan,selesai urusan, kita mungkin akan tersengeh kerana kita rasa  dah pun pandai setapak lagi dalam teknologi terkini.............


Dicelah mulut mesin yang ternganga inilah tangan aku nak digigit nya akibat tersalah memberi arahan.Arahan mesti tepat dan cepat,kalau tersalah,mungkin jari kita kena gigit,hehehehe...

 
Terfikir jugak aku,kita boleh menghantar duit dengan cara tu terus masuk akaun penerima,pelik jugak kan,tapi payah pada fikiran kita,senang pada pemikir teknologi tu.Sekarang ni teknologi sangat maju,ada radio,tv,internet dan sebagainya,kita mendengar suara tenguk gambar,berinteraksi dengan begitu mudah,tapi mampu kah kita nak pergi kesatu2 tempat sepantas kilat atau pun lebih laju dari tu.Banyak cerita fiksen yang mengisahkan hal semacam tu,contoh nya star gate,lost in space,space 1999,star war dan banyak lagi,kalau lah manusia mampu, tahun bila agak nya,kepantasan yang ada sekarang sudah menjangkau puluhan ribu kilometer sejam,tu pun hanya kapal angkasa sahaja yang zero seretan....

Kalau kita biasa dengan cerita star war tentu sekali adegan orang masuk kedalam kapsul dah biasa,serupa macam masukkan duit kedalam mesin,dengan sekelip mata akan sampai lah ketempat yang nak dituju,itu cerita star war..


Kalau lah Albert einstein massih hidup ada kah teknologi yang semacam ini akan bertambah maju dan berkembang,dia pernah berkata semacam mana pun manusia maju tak kan dapat mencapai kepantasan cahaya,Aku pernah jugak dengar kalau nak mencapai kepantasan cahaya kita mesti menunggang cahaya,sampai bab yang semacam ni aku rasa dah pun mengarut,sebab mana mungkin benda berjisim boleh menunggang yang berjirim....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan