Kebetulan aku melawat kawan dibukit besi dungun terengganu,Masuk kesimpang bukit besi biasanya kita terpandang bukit yang tinggi dan dikiri kanan jalan ada tasik yang agak luas,Biasa nya tasik tersebut akan dihiasi dengan bendera UMNO sejak berzaman,Tak kira lah samaada nak pilihan raya atau pun tak,Aku pun hairan jugak apakah motif bendera2 tu tepacak kat situ,Nak dikata disitu tempat yang paling kuat UMNO tak lah menesabah,Sebab tempat2 lain lagi kuat UMNO tapi tak pulak dipacak zaman berzaman yang semacam tu,Tapi tak kisah lah masing2 punya strategi..........
Bendera-bendera ni memang sentiasa berkibar sejak lama dahulu,Walau macam mana pun aku pasti ini bukan lah kempen pilihan raya hanya sekadar hiasan sahaja,mungkin orang-orang kat sini terlebih untuk berhias....
Bukit besi yg tinggi menjulang sentiasa menarik perhatian aku bila melalui jalan ni untuk kekemaman,kuantan dan kekuala lumpur,untuk masa yg terdekat jalan ini akan menjadi sepi,tidak serancak sekarang kerana sudah ada lebuh raya pantai timur yg hampir siap.........
Menara ni aku tak tau apa kegunaan dia,saja tak nak tanya orang kat situ..
Yang menarik perhatian aku adalah tinggalan nya,membuatkan aku berimagenasi bermacam-macam,kalau lah ada yang tak tau tempat ni bekas lombong tinggal tentu macam-macam yang cara orang membuat andaian,kadang2aku tenguk tinggalan ni macam kubu perang atau tempat makhluk asing tinggal,hehehe,Aku sempat juga snap beberapa gambar.
Stonehenge kat bukit besi, dungun terengganu
Kalau nak diikut cerita fiksen sains,kat bawah serombong ni ada kapal selam yang tah bila nak beroperasi,:)
Tasik dibukit besi yang luas indah lagi permai..Tinggalan dari perlombongan yang terdahulu telah dihias dengan sebaiknya dan sangat sesuai menjadi kawasan perkelahan..
Sejak lombong ini ditutup pada tahun 70an ianya tinggal sepi tersisih dari segala pembangunan,sehingga lah terbina lebuhraya jerangau jabur, pekan kecil ini mula membangun sedikit demi sedikit dan ianya bernafas kembali.
Pada awal tahun 2011 lombong ini dah pun beroperasi kembali, memberi peluang pekerjaan kapada penduduk setempat,adakah kegemilangan bukit besi akan kembali?,ianya terserah kapada hasil yang akan digali kedalam perut nya...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan