Isnin, 23 April 2012

Mencari telur tuntung

Video ini menunjukan susah payah untuk sampai ketempat tuntung bertelur
Hidup dikampung macam2 perkara bolih dilakukan,tapi kegiatan nya hanya lah berkisar cara kekampungan.Pada bulan tertentu salah satu kegiatan nya ialah mencari telur tuntung,Bulan2 yang menjadi musim tuntung bertelur ialah pada april hingga september pada tiap2 tahun.

Mencari telur tuntung memerlukan keazaman yang kuat kerana pencarinya terpaksa berjaga malam untuk menunggu tuntung naik bertelur,(sangat serupa menungu penyu bertelur di Rantau Abang,terengganu) Kegiatan ini bolih lah dikatakan sebagai hobi sahaja,Menunggu tuntung bertelur dimulakan seawal isyak hingga dinihari,Klau bernasib baik tuntung akan naik bertelur,kalau tuntung tak naik bertelur maka balik mengantuk sahaja lah...


Tuntung  salah  satu haiwan yang dilindungi olih jabatan yang berkenaa,Banyak kawasan yang telah diwartakan sebagai tempat lindungan haiwan ini,Salah satu tempat pembiakan dan perlindungan tuntung ialah dipasir kampung temir kuala berang hulu terengganu
Pada satu malam aku telah diajak olih seorang jiran aku yang sangat mahir dalam pencarian telur tuntung,Memang aku tersangat malas untuk pergi kerana mencari tuntung bertelur bukan lah daari hobi aku tapi untuk mendamaikan keadaan aku ambik hati juga dengan pergi mengikut nya,Tempat yang beliau maksudkan disekitar kampung jiran,walau pun agak jauh,umtuk pengalaman tak salah aku mencuba.


Aku dan jiran aku pergi pukul 10 malam,tempat yang sangat payah kerana terpaksa melalui kawasan rumput yang panjang dan dan banyak pacat,sesampai nya aku ketempat yang dikatakan tuntung bertelur jiran aku dah mula beraksi,terhendap sana dan terhendap sini,satu kerja yang amat memboringkan aku,Pacat dah penuh kepala semasa aku meredah rumput nan panjang tadi,Puas aku dan jiran aku berjalan dimerata tempat diatas pasir yang luas, aku dah mula putus asa kerana tanda2 tuntung bertelur memang tiada berdasarkan tiada bekas seretan diatas pasir. Setelah 3 jam aku berada dikawasan itu sambil menanti,, jiran aku dah pun mengajak aku balik kerana mata dah pun mengantuk,maka selamat lah aku dari menunggu benda yang tak kunjung tiba bak kata pepatah seperti menunggu durian luruh,huhuhu


Kat bawah aku turunkan gambar2 lama dari handphone jiran aku..


Tuntung dalam sarangnya
Telur resing,

Telur tuntung
Sarang tuntung..



2 ulasan:

  1. Telor tungtung boleh makan tk?

    BalasPadam
  2. Samalah saya pun nak tahu juga. Ada sahabat cerita pengalaman makan telur ni. Tak tahu pula orang makan

    BalasPadam